Matanya dibuka perlahan lahan. Irsa memandang ruang di sekelilingnya. Terasa badannya agak lemah sedikit. Tangan dilekapkan pada dahi. Terdapat sehelai kain lembap di dahinya lalu Irsa mengambil kain itu diletakkan ke dalam mangkuk yang berisi air. Dia demam ke?Langkah diatur keluar bilik. Segenap ruang rumah itu dipandang. Rumah siapa ni? Kenapa macam tiada penghuni langsung? Irsa menapak turun ke ruang tamu. Sunyi. Tiada sesiapa di dalam rumah itu melainkan dirinya.
Sehelai jaket labuh di atas sofa diambil lalu disarungkan ke tubuh. Tubuhnya yang lemah itu dibawa keluar rumah lalu dia berjalan di sekitar taman di hadapan rumah itu. Di luar ini tidak lah sunyi seperti di dalam rumah tadi. Ramai kanak-kanak yang bermain di taman ini.
"Putri Irsa Amani binti Saiful Muiz". Tiba-tiba sahaja Irsa terdengar nama penuhnya disebut oleh suara seorang perempuan. Langkahnya mati. Perempuan itu menapak menghampiri tubuh Irsa lalu berhadapan dengannya. Irsa tersentak apabila melihat wajah perempuan itu. Sudah bertahun perempuan itu menghilangkan dirinya dan sekarang berada di hadapan mata Irsa sendiri.
"Kau nak apa Layla? Kacau hidup aku lagi?" Irsa menunduk. Tidak memandang wajah Layla itu. Layla tergelak sendiri lalu mengangkat dagu Irsa supaya mereka dapat bertentangan mata.
"Aku dah pun kacau hidup kau tapi kau sendiri belum sedar. Oh mungkin boyfriend psiko kau belum beritahu perkara itu. Hmm.. Pandai Aris berlakon depan kau".
Irsa terkejut lantas menepis tangan Layla dan menapak ke belakang. Apa yang Layla mengarut tu? Perkara apa yang Aris sembunyikan daripada pengetahuan Irsa?
"Kau cakap apa ni Layla? Perkara apa yang Aris sembunyikan? Sudah la. Lebih baik kau kembalikan Aris yang dulu. Aku tahu kau dah gunakan otak dia untuk balas dendam atas kematian Naim kan?"
Saat nama Naim disebut terus membulat mata Layla. Sudah bertahun lamanya Naim pergi meninggalkan Layla dalam keadaan yang terseksa. Semua disebabkan Aris Daniel yang sanggup bunuh abang kandungnya sendiri itu, Naim Daniel.
"Hah kawal otak dia? Hey bukan kerja aku nak kawal otak orang. Aku ada rancangan lagi baik dari dia. Kau just wait and see. Lagi beberapa hari sahaja tempat tu akan jadi rumah baru kau untuk selamanya". Layla menundingkan jarinya ke arah kubur yang terletak di atas bukit. Irsa terlopong dengan kata-kata Layla.
"Kau cakap apa ni Layla? Layla!!" Layla sudah menghilangkan dirinya. Irsa mendengus geram. Betul ke apa yang Layla katakan tadi? Atau dia hanya ugut Irsa sahaja?
Irsa terduduk di bangku. Fikirannya mula serabut dengan kata-kata Layla tadi. Irsa menekup wajahnya. Betul ke yang dia akan mati tak lama lagi? Tiba seseorang menarik tangan Irsa ke bawah. Aris.
"Kenapa kau dekat luar?" Irsa menyeka segala air matanya yang mengalir tadi. Dia menghela nafas.
"Aris, saya nak awak terus terang dengan saya. Ada perkara yang awak tak beritahu dengan saya kan? Jujur dengan saya. Please". Mata Irsa tepat menikam mata coklat cair milik Aris. Aris tidak melarikan matanya ke tempat lain.
"Apa yang kau nak tahu?" Irsa mengeluh kecil. Susah nak cakap dengan orang yang macam Aris. Dia akan bermain dengan soalan psikonya.
"Everything. Awak jangan tipu saya sebab Layla sendiri yang cakap dengan saya. Ada perkara yang awak sembunyikan dari saya". Mata Aris terbuntang apabila mendengar nama Layla.
Layla ada dekat sini? Maknanya, rumah Uncle Bear tidak jauh dari sini lah kan. Desis hati Aris.
Aris bangun lalu menapak pergi. Irsa menrengus geram. Dia tahu Aris pasti akan mengelak daripada menjawab soalannya itu. Dia memegang lengan Aris dengan kuat menyebabkan langkah Aris terhenti.
"Aris please. Jangan lari dari soalan saya. Jawab Aris! Betul ke saya akan mati?!" Aris bengang lantas memaling ke belakang bagi menatap wajah Irsa.
"Yes! Kau akan mati sebab Layla dah masukkan virus dalam badan kau! Dia upah Farid suruh cucuk jarum pada badan kau masa kau demam hari tu!" Irsa tersentak mendengar kata-kata Aris. Aris rela dengan kematian Irsa yang lagi beberapa hari saja lagi?
"So.. Sekarang.. Awak nak saya mati ke Aris? Tolong lah saya... Kenapa awak tak beritahu semua benda ni dari awal?"
"Sebab aku tak ada masa nak terang semua benda ni pada kau. And aku tak kan biarkan kau mati. Vaksin ada pada mereka". Lengan Irsa ditepis perlahan lalu Aris menapak ke rumahnya dan mengurungkan dirinya di dalam sebuah bilik.
*****
Irsa masih memikirkan kata-kata Aris tadi. Walaupun Aris berkasar dengan dia, Aris tetap ada perasaan sayang dalam dirinya itu. Dia masih sayangkan Irsa. Nafas lemah dihela. Tubuhnya seolah olah makin berkurangan tenaganya.
Irsa menapak turun ke bawah lalu ke pintu rumah. Langkah diatur ke sebuah kereta yang terparkir kemas di halaman rumah. Irsa menjenguk keadaan di dalam kereta itu. Aris lena dibuai mimpi di dalam kereta itu. Aris sanggup tidur di dalam kereta daripada tidur serumah dengan Irsa. Senyuman terukir di bibirnya.
"Goodnight Aris Daniel".
YOU ARE READING
THE END (4)
Mystery / Thriller"Aku laparkan daging manusia. Dahagakan darah segar dari tubuh manusia. Mereka cari pasal dengan aku, akan datang bala pada mereka. Hidup mereka tidak lama. Bila bila masa akan terkorban". Bermula dari zaman kolej hingga sekarang, dia tak pernah ber...