Bab 15

2K 135 21
                                    


Sudah seminggu aku menetap di Singapore. Hariku berjalan seperti manusia normal. Tiada pendarahan di sana sini. Tiada pembunuhan. Tiada organ yang dicuri. Dan tiada...

Okay Aris stop it.

Aku mengikut Rayqal ke lapangan terbang. Hari ini hari terakhir dia di Singapore. Urusan kerjanya sudah selesai. Dia perlu pulang ke Malaysia semula.

"Terima kasih Daniel temankan aku". Kata Rayqal sambil tersenyum. Aku membalas senyumannya dengan memberi senyuman kelat.

"Cakap dekat tunang kau aku hi dia". Rayqal tergelak kecil. And again. Aku memasamkan wajahku. Memandangnya dengan wajah "bila kau nak berhenti gelak". Dia menepuk perlahan bahuku lalu beredar ke balai pelepasan.

Dia meninggalkan keretanya untuk aku. Hadiah katanya. Aku dapat rasakan dia ni kaya orangnya. Memang untung tunang dia sebab dapat lelaki macam dia. Bukan puji. Cuma fakta. Jangan autakan.

*****

Irsa POV

Aku menjemput Rayqal di lapangan terbang. Tiada paksaan daripada mama. Mama tersenyum bila melihatku. Seolah olah aku seperti sudah menerima kehadiran Rayqal dalam hidup aku. Aku sudah boleh melupakan Aris dalam hidup aku.

"Irsa biar saya yang pandu. Mesti awak dah penat kan tunggu saya". Aku sekadar tersenyum. Aku dah agak pasti dia akan sukarela untuk memandu kereta.

"Awak jom pergi makan dulu. Saya lapar". Aku menarik muncung panjang lalu memandang Rayqal. Dia tersenyum.

"Kesiannya dia. Jom". Aku tersengih. Mungkin aku tak macam ni dengan Aris kan? Ya memang aku bukan macam ni. Aris seorang yang dingin dan pendiam. Dia lebih suka sendirian. Tapi dari jauh dia jaga aku.

"Lapar sungguh ya bakal isteri saya ni". Rayqal tersenyum bila melihatku makan. Aku menyedut minumanku.

"Oh ya awak nak tahu something tak". Aku mengangkat wajahku. Bersedia mendengar apa yang dia hendak katakan.

"Saya ada jumpa seorang lelaki ni. Dia pun dah jadi kawan saya. Dia baik. Dia okay. Tapi saya rasa kesian dekat dia".

Wajah Rayqal berubah serta merta. Kunci keretaku dimainnya.

"Kenapa?"

"Parents dia. Mak dia dah meninggal. Ayah dia like tak cara pasal dia. Dia cakap macam ayah dia cara tapi saya tengok muka dia macam berlawanan dengan apa yang dia cakap".

Aku mengangguk. Satu kelebihan yang ada pada Rayqal. Dia dapat membaca pemikiran seseorang dengan tepat. Psiko? Bagi aku dia seorang manusia yang gifted.

"Kenapa awak tak tawar kerja pada dia? Office awak kan ada".

"Itu la. Saya dah tawar. Dia cakap dia selesa dengan hidup dia. Lagipun ayah dia bank in duit dekat dia tiap bulan".jawab Rayqal. Dia menghela nafas panjang.

"Lagi satu dia kirim hi dekat awak".

"Comel la dia tu. Apa nama dia?" Rayqal menarik muka.

"Saya bukan nak dekat dia pun. Saya dah ada awak". Rayqal masih diam.

"Saya janji dengan awak saya just sayang awak seorang je. Betul ni". Rayqal mengeluh.

"Nama dia Daniel".

Daniel? Nama itu memang sesuai untuk orang macam dia. Aku dapat rasakan yang Daniel tu hensem, baik dan comel. Tapi kenapa aku rasakan dia orang lain.

*****

Her POV

Kapal terbang mendarat di atas muka bumi. Aku telah pulang ke tanah air. Bagasi diseret. Cermin mata hitam ditanggalkan lalu digantung pada leher baju. Nombor perkhidmatan teksi segera didail. Sepuluh minit menunggu, teksi tiba di lapangan terbang. Alamat rumah dihulurkan.

Sudah hampir empat tahun aku menetap di Korea. Aku menyorokkan diriku. Aku larikan diri daripada semua orang. Empat tahun aku bersendirian. Kini aku pulang semula ke Malaysia. Ada janji yang perlu aku tunaikan di sini.

Teksi berhenti di hadapan sebuah rumah. Aku menghulurkan duit sebagai tambang. Aku menapak keluar dari dalam perut kereta. Bagasi diambil. Teksi tersebut terus beredar. Langkah diatur masuk ke dalam rumah.

Rumah ini sudah ditinggalkan sejak beberapa tahun dulu. Sejak arwah papa meninggal. Semua disebabkan budak tak guna tu. Aku menapak naik ke tingkat atas. Pintu bilikku dibuka. Bagasi diletakkan di tepi katil.

Tubuhku direbahkan ke atas katil. Gambar gambar lama di atas meja diambil. Aku tersenyum melihat gambar keluargaku. Mataku beralih pada wajah seorang lelaki yang aku rindu. Dia telah pergi meninggalkan aku selamanya.

"Saya akan tunaikan janji awak. Irsa akan jadi mangsa kita. Tapi sebelum itu, kita kena seksa hidup boyfriend dia dulu".

THE END (4)Where stories live. Discover now