Bab 6

2.6K 166 21
                                    


Sinaran matahari menerjah masuk ke dalam bilikku. Rambut disikat rapi. Aku memandang cermin. Terpantul diriku yang makin berubah dari segi fizikal. Beratku makin susut. Wajahku sedikit cengkung. Mataku seolah olah macam mata panda. Tak cukup tidur punya pasal.

Baju hoodie putih masih tergantung di pintu bilik. Tiba-tiba sahaja ingatanku kembali. Seingat aku kali terakhir aku memakai baju ni masih terdapat kesan tompokan darah. Tapi kenapa baju ni bersih seperti baru? Ada orang basuh ke? Kau ke yang basuh? Ah tak kan la. Korang semua ni pemalas.

Ke tepikan hal tu. Tak penting.

Baju itu diambil. Lama aku tenung. Semua kisah hitam mula menerjah ke dalam fikiranku.

"Kalau Aris buang baju ni, maknanya Aris buang ibu".

Pipiku ditampar kuat. Baju itu dilipat lalu disimpan ke dalam almari semula. Mulai hari ni baju itu akan dimakamkan ke dalam almari ni semula untuk selama lamanya.

"Maafkan Aris. Baju ni dah bawa Aris ke dunia jahat".

Langkah diatur keluar dari bilik. Perutku berbunyi minta diisi. Nasib baik aku tak ada gastrik kalau tak merangkak aku mencari makanan merata tempat.

Aku mengatur langkah ke ruang tamu. Rasa lapar makin menguasai diri aku. Pintu rumah dikunci lalu aku mengatur langkah ke kedai makan berdekatan. Terasa kekok apabila berjalan di siang hari. Nasib baik aku bukan vampire. Kalau tak dah lama aku terbakar kat bawah matahari yang terik ni.

Aku tahu aku banyak merapu. Terima kasih atas pujian anda semua.

Kerusi ditarik lalu aku melabuhkan punggung di meja makan. Tangan diangkat lantas seorang pelayan perempuan menghampiriku bersama buku nota kecil di tangan. Dia tersenyum simpul padaku.

Ya, aku tahu aku handsome. Jangan pandang lama lama.

"Erm...nak pesan apa?"soalnya lembut. Matanya tak lepas dari memandang wajahku. Aku hanya bermain dengan bekas habuk rokok. Jangan tanya kenapa. Sebab tangan aku tak boleh kawal.

"Nasi minyak dengan teh ais". Dia mengangguk. Masih berdiri di sisiku. Apa lagi dia nak?

"Itu je?"

Aku tahu kau nak tenung aku lama lama kan dekat sini sebab tu lah kau banyak tanya macam mak cik sebelah rumah aku tu. Anak beranak kut. Itu yang terikut ikut perangai.

"Hmm". Aku mengangguk. Dia akur lalu menapak ke dapur.

Tanganku terasa seperti ada sesuatu cebisan yang banyak. Aku memandang tanganku. Meja makan itu sudah kotor dengan habuk rokok yang aku tumpahkan.

Patut lah tangan aku hitam semacam. Aku bangun lalu menuju ke sinki. Tanganku dicuci. Aku mengangkat wajahku. Terpantul perempuan tadi di cermin itu. Dia terus melarikan diri.

Kantoi. Aku tersengih sendiri.

Aku kembali duduk di meja makan. Makanan sudah terhidang. Cuma air sahaja yang belum tiba.

Aku pelik betul dengan kedai ni. Selalunya kalau pesan makanan, air yang sampai dulu. Ni makanan sampai dulu. Baru nak kutip air batu dekat gunung Everest agaknya.

Sedang aku makan segelas air dihulurkan padaku. Tiba tiba air tersebut tumpah ke dalam nasi minyakku. Perempuan itu tersentak. Aku mengundur ke belakang.

Sekarang nasi minyak dah bertukar jadi nasi teh ais.

"Sorry... Sorry... Saya tak sengaja. Biar saya pesan yang lain. Saya belanja". Baru sahaja dia hendak melangkah pergi pantas aku menarik lengannya. Langkahnya terhenti.

Cewwaah macam drama klise melayu.

"Tak apa. Saya dah kenyang". Aku menghulurkan not lima puluh ringgat pada perempuan itu. Aku menarik senyuman lalu melangkah pergi. Senyumanku tadi seolah olah membekukan dirinya.

"Woi jangan lari! Pencuri!" Langkahku terhenti. Seorang lelaki mengejar seorang perempuan yang memakai topi serta jaket. Kebetulan dia berlari ke arahku lantas aku menarik tangannya. Tubuhnya terdorong ke belakang menghampiri tubuhku.

Beg bimbit diambil dari tangannya. Lelaki tadi termengah mengah.

"Terima kasih". Dia tersenyum gembira lalu mengambil beg bimbitnya. Dia terus beredar.

Aku meneruskan langkah sambil mengheret perempuan itu. Dia meronta ronta melepaskan diri. Aku berhenti berjalan.

"Kau nak bawa aku pergi mana hah?!" Aku memaling. Topinya ditanggalkan supaya aku dapat lihat wajahnya. Dia merenung ke arahku dengan mata yang tajam.

"Balai polis". Kepalanya ditutup semula dengan topi tadi. Dia merengus kasar.

THE END (4)Where stories live. Discover now