Bab 36

1.6K 107 3
                                    


"Aris kenapa anak ibu jadi macam ni? Mana anak ibu Aris Daniel yang nak jadi doktor satu hari nanti? Berubah lah nak. Ibu tahu Aris kuat".

"Bila Aris nak datang jumpa abah? Aris dah lupakan abah ke? Abah selalu ingat pada Aris. Abah selalu tunggu Aris balik. Sebelum abah pergi, abah nak peluk anak abah".

Matanya terbuntang luas. Tubuh Aris terasa berpeluh walaupun suhu pendingin hawa sudah direndahkan. Wajahnya diraup serta rambutnya dikuak ke belakang. Aris menapak ke tandas dan memulas pili air. Dia menadah air dengan tapak tangannya lalu membasuh wajahnya beberapa kali. Pili air dipulas semula. Aris memandang wajahnya di cermin. Nafas dihela.

Aris membuka almari bajunya dan mengambil sehelai t shirt biru gelap. Tabiatnya memang suka tidur tanpa memakai baju. Hanya memakai seluar panjang. Aris melangkah keluar bilik dan turun ke ruang tamu. Pintu rumah dibuka luas. Angin malam menerpa tubuhnya. Pintu ditutup dan dikunci.

Aris mengatur langkah ke luar rumah sendirian. Hari sudah pukul 2:47 pagi. Kawasan rumahnya sunyi. Memang lah sunyi kan? Siapa saja yang jalan pada waktu macam ni selain daripada Aris Daniel bin Dato' Hanafi? Cuba beritahu.

Langkah Aris mati. Banglo mewah di hadapannya dipandang. Sebuah pondok pengawal di hadapan rumah itu dilihat. Seorang pengawal lelaki menapak menghampiri Aris bersama lampu suluh. Lampu itu disuluh pada wajah Aris.

"Oh tuan muda. Ada apa datang pagi buta ni?"soal pengawal itu atau lebih mesra dipanggil Pak Din. Tuan muda? Terkejut dengan panggilan tu? Jangan lupa abah Aris berpangkat tinggi orangnya dan disegani ramai. Cuma anaknya sahaja bermasalah sikit.

"Abah ada?"

"Dato' ada dekat dalam. Tuan muda nak tidur sini ke?" Pak Din membukakan pagar rumah sebesar alam itu untuk Aris. Rasa seperti anak raja.

"Tak. Aku datang nak ambil barang".jawab Aris dingin. Pak Din mengangguk lalu memberi laluan kepada Aris. Aris menapak masuk ke dalam rumah. Dia menuju ke tingkat atas.

Sebuah bilik dipandang lama. Aris menghela nafas. Pintu bilik dikuak perlahan lahan. Sekujur tubuh seorang lelaki yang sudah berumur sedang lena di katilnya. Aris menapak menghampiri lelaki itu atau abah kandungnya sendiri.

Wajah Dato' Hanafi dipandang lama. Sudah lama Aris tidak menatap wajah abahnya. Dato' Hanafi telah menghabiskan masanya dengan menguruskan syarikat dan segala projeknya. Tak pernah jemu.

"Aris minta maaf sebab lukakan hati abah. Aris halau abah keluar. Aris kejam. Aris anak derhaka. Aris tak hormat abah langsung tapi abah tetap layan Aris dengan baik. Aris hargai sangat layanan abah. Abah dah tua. Abah penat uruskan syarikat abah. Abah... Kalau dipanjangkan umur, Aris akan kembali dalam hidup abah sebagai anak abah".

Tangan Dato' Hanafi disalam. Aris melangkah keluar dari dalam bilik abahnya. Kasut disarungkan lalu dia menapak ke pagar hadapan. Pak Din masih menunggunya di luar pagar.

"Pak Din jangan beritahu abah yang aku datang sini". Pak Din mengangguk faham. Aris bersalam dengan Pak Din lalu dia beredar. Pak Din hairan dengan kelakuan Aris. Dia selalu berjalan keluar pada waktu malam. Tak penat ke jalan jauh? Pak Din menggelengkan kepalanya.

Jururawat memandang tubuh seorang lelaki dari jauh. Dia sudah berangan angan ingin berkahwin dengan lelaki itu. Dia tersenyum seorang diri. Aris berjalan di hadapan jururawat itu. Tak lepas pandang jururawat itu daripada melihat wajah Aris.

Pintu wad dikuak lalu Aris menapak masuk ke dalam. Sekujur tubuh seorang lelaki terbaring di atas katil. Lena dibuai mimpi. Wayar yang berselirat berada di tubuhnya. Rasa serabut bila lihat semua wayar itu. Mata Aris melilau melihat setiap wayar itu disambungkan dari mana ke mana.

Bingo!

Gunting diambil lalu Aris memotong wayar yang disambungkan pada sebuah mesin hayat. Kalau dia buat cara begini memang lambat lelaki itu mati. Perlahan lahan Aris menghiris pergelangan tangan lelaki itu. Sasarannya pada nadi lelaki itu. Berkerut dahi lelaki itu menahan kesakitan.

Mesin hayat sudah tidak berbunyi. Aris menarik senyuman psikonya. Seorang mangsanya sudah mati. Aris menapak keluar dari dalam wad dan berjalan ke sebuah wad lain. Dia merebahkan diri di atas sofa. Afiq tidak sedar akan kehadirannya.

Dalam masa yang sama dia menunggu saat lelaki tadi menghembuskan nafas terakhirnya.

THE END (4)Where stories live. Discover now