No One POVKereta diberhentikan di hadapan sebuah restoran. Irsa menapak keluar dari dalam perut kereta dan melangkah masuk ke dalam restoran. Matanya melilau mencari kelibat seseorang. Dia melambai lambai tangan ke arah Irsa. Irsa segera mendapatkannya. Kerusi ditarik lalu Irsa melabuhkan punggungnya di meja makan.
"Sorry Khai aku lambat. Lama dah ke kau tunggu". Mulut ditarik muncung. Khai tergelak kecil melihat gelagat Irsa.
"Tak lama mana pun. Aku okay je la. Sementara tunggu kau aku chat dengan member aku". Pantas Khai menyimpan telefon pintarnya ke dalam poket seluar.
Sedang mereka leka bersembang dan menikmati makanan, seseorang berkaca mata hitam memerhatikan mereka dari jauh. Senyuman terukir. Telefon pintar dibawa keluar dari poket seluar. Pantas jari jemarinya menari di atas skrin telefon. Telefon dilekapkan pada telinga.
"Aku dah jumpa dia".
"Hold dulu. Ikut saja dia. Pastikan dia sendirian baru bawa pulang ke sini".
Talian dimatikan. Puntung rokok dicampak ke atas tanah. Asap dihembus keluar dari mulut lelaki itu.
"Irsa aku dah jumpa kau". Perlahan lahan lelaki itu menapak pergi ke keretanya. Memerhatikan gerak geri Irsa dari dalam keretanya.
Enjin kereta dihidupkan dan lelaki itu terus memecut laju meninggalkan restoran itu. Senyuman lebar terukir di bibir. Akhirnya pencarian dia telah berakhir. Dia akan bebas dari dunia gelap itu.
*****
Aris POV
Aku melabuhkan punggung di bangku. Mataku memerhati gelagat kanak kanak di sebuah sekolah di hadapanku. Mereka berlari ke sana sini dengan gembira. Kalau masa dapat diundur semula, aku nak jadi budak macam dulu. Jatuh sakit dapat dirawat.
Seorang budak lelaki menapak ke arahku bersama coklat di tangannya. Dia mengambil tempat di sebelahku. Mataku melirik ke arahnya. Budak lelaki itu asyik dengan coklat di tangannya seolah olah aku tidak wujud di sebelahnya.
"Kenapa abang pandang saya macam tu? Abang lapar ke? Nak coklat?" Aku tersentak. Kejap. Aku masih di Singapore. Aku bukan bermimpi kan? Budak tadi baru saja cakap denganku menggunakan Bahasa Melayu.
"Macam mana kau tahu cakap Melayu?"soalku tanpa memandangnya.
"Sebab saya orang Melayu. Nama saya Afiq. Apa nama abang?"
Budak melayu. Patut la fasih cakap melayu. Aku ingatkan dia kena sampuk ke apa tiba tiba cakap melayu dengan aku.
"Aris. Macam mana kau boleh sekolah sini?"
"Papa Afiq kerja sini. Jadi Afiq ikut la papa tinggal sini. Afiq tak ada sesiapa dekat Malaysia. Semua saudara Afiq benci keluarga Afiq". Afiq masih tidak memandang wajahku. Dia mengunyah setiap bahagian coklat itu.
"Mama kau?"
"Afiq dah tak ada mama. Mama meninggal semasa lahirkan Afiq. Papa cakap mama dekat syurga. Mama tunggu Afiq dekat sana".
Aku terkedu. Dia tak pernah dapat merasai kasih sayang seorang ibu. Tiba tiba saja aku teringat pada arwah ibu. Dah lama aku tak pergi lawat ibu.
"Kenapa saudara kau benci family kau?"
"Sebab Afiq anak luar nikah. Semua benci Afiq. Papa dah minta maaf dan mengaku salah. Papa dah kahwin dengan mama tapi semua tak terima Afiq".
Aku mengangguk faham. Aku tak tahu kehidupan dia kalau papa dia dah tak ada nanti. Lagi lagi dia masih budak. Masih perlukan ibu bapa.
"Afiq balik dulu". Dia melompat turun dari bangku dan beredar. Aku memanggilnya. Dia menoleh ke belakang dan menapak ke arahku semula.
"Kenapa?"
"Kau duduk sini buat apa je? Mana papa kau? Tak nampak pun". Afiq tersengih.
"Afiq duduk sini makan coklat lepastu Afiq balik. Bye". Afiq beredar. Aku melepaskan keluhan.
Tiba tiba saja aku teringin mengikutnya. Dia masih budak. Takut kalau apa apa jadi pada dia. Langkah diatur mengekori Afiq.
Langkahku terhenti. Afiq menanggalkan kasutnya dan menapak masuk ke dalam masjid. Aku menunggunya di luar. Beberapa minit kemudian Afiq menapak ke arahku. Dia memegang tanganku. Aku tersentak. Afiq memeluk tubuhku lalu dia menangis teresak. Aku membalas pelukannya.
"Abang Aris.. Afiq tak kuat. Papa selalu cakap kalau rindu mama.. Selalu la baca al fatihah dan doakan mama. Afiq nak jumpa mama".
Aku terdiam. Tak mampu hendak membalas apa yang Afiq katakan. Ilmu agama aku tidak tinggi.
"Afiq rindu mama".
Air mataku mengalir. Aku tak mampu bertahan lama. Wajah arwah ibu terngiang ngiang dalam fikiranku.
"Ibu... Aris rindu ibu".
YOU ARE READING
THE END (4)
Mystery / Thriller"Aku laparkan daging manusia. Dahagakan darah segar dari tubuh manusia. Mereka cari pasal dengan aku, akan datang bala pada mereka. Hidup mereka tidak lama. Bila bila masa akan terkorban". Bermula dari zaman kolej hingga sekarang, dia tak pernah ber...