Seorang lelaki tergesa gesa keluar dari dalam perut keretanya dan berlari anak masuk ke dalam sebuah rumah bangol dua tingkat. Dia berlari naik ke tingkat atas lalu menerjah masuk ke dalam sebuah bilik. Nafasnya termengah mengah."Ada apa ni? Macam kena kejar dengan hantu".ujar seorang perempuan dalam lingkungan 30-an. Lelaki itu memandang wajah perempuan di hadapannya itu lalu berdiri tegak.
"Saya harap bos dapat terima semua yang berlaku ni. Terdapat hikmah di sebaliknya. Bos kena reda dengan qada dan qadar. Ini semua takdir Allah. Kita tak boleh nak undurkan masa. Kita kena sabar dan tabah pada setiap dugaan dan cabaran yang kita hadapi. Moga moga..."
"Eh banyak cakap pula ustaz ni! Cakap la direct terus. Tak payah nak belok sana sini". Perempuan itu mendengus geram.
"Kakak bos dah meninggal semalam".
Perempuan itu tercengang. Dia tidak percaya apa yang dia dengari tadi atau ini semua hanya prank?
"Jangan tipu aku. Kakak aku sihat. Dia tu doktor pandai saja jaga kesihatan. Mana kau tahu yang dia dah mati?! Cakap!"
Terkebil kebil lelaki itu mengeluarkan telefon pintarnya. Aplikasi whatsapp dibuka lalu dia menekan ikon perbualan dalam kumpulan. Telefon itu dihulurkan kepada perempuan itu.
"Aku nak balik sekarang".
"Baik bos". Lelaki itu menerima arahan lalu beredar keluar. Pintu ditutup rapat. Empangan air mata perempuan itu pecah. Dia terduduk di atas lantai. Dia dengan kakaknya tidak begitu rapat tetapi kakaknya masih mengambil berat tentangan keadaannya.
"Maafkan Layka akak... Kakak banyak tolong Layla. Layla selalu marah kakak dulu. Maafkan Layla..".
Ya. Layla. Hatinya sudah remuk apabila semua ahli keluarganya sudah tiada. Baru sahaja mendapat berita tentang kematian kakaknya itu sudah membuat dirinya goyah. Dia sudah tiada sesiapa di sisinya lagi.
******
Telefon pintar ditatap lama. Satu senyuman nipis terukir di bibirnya. Dia puas dengan apa yang dia telah lakukan. Doktor Hani sudah mati dan dikebumikan pagi tadi. Baru sahaja tadi adiknya membuat status di aplikasi whatsapp.
Kakak dan adik sama saja. Dua-dua tidak berguna dalam hidupnya. Mereka berdua suka menyusahkannya dan Aris sangat benci akan mereka berdua. Doktor Hani dan adiknya, Layla. Aris mula mendapat satu akal.
Layla pasti tahu yang Aris telah membunuh kakaknya itu dan Layla akan membalas dendam terhadap perbuatan Aris. Jadi, Aris dapat bersua muka dengan Layla dan dapatkan semula vaksin itu untuk menyembuhkan Irsa.
Okay idea yang bijak. Tetapi aku tak ada masa yang lama. Virus dalam badan Irsa akan bertindak pada masa yang terdekat ini. Jadi, aku perlu cari Layla dengan segera. Desis hati Aris.
Dia mengambil cap di atas meja lalu dipakaikan di kepala lalu beredar. Baru sahaja beberapa tapak, langkahnya mati. Baru lah dia teringatkan sesuatu. Dia pergi ke taman ni bukan seorang diri. Matanya melilau mencari kelibat Afiq.
Aris berlari anak ke arah taman permainan itu dan mencari kelibat Afiq. Puas dia mencari tetapi tiada langsung bayang Afiq di sekitar taman ini. Aris mula resah.
Mana budak ni menghilang? Afiq kena culik? Tapi Afiq hanya bermain di sekitar ini sahaja dan punya lah ramai budak budak dekat sini, kenapa Afiq juga jadi mangsa.
Aris segera membuka langkah seribu ke arah keretanya. Tiba-tiba dia terlanggar seorang perempuan yang bertentangan arah dengannya. Tubuh perempuan itu terjatuh ke atas tanah. Aris berpatah balik ke arah perempuan tadi.
"Cik okay ke?" Aris menghulurkan tangannya dan perempuan itu menyambut hulurannya itu. Dia cuba berdiri dengan stabil lalu mengangkat wajahnya memandang Aris.
"Aris Daniel?" Aris terkedu. Kenapa waktu begini dia perlu bertembung dengan Irsa? Kenapa?
"Sorry. Aku pergi dulu". Langkah Aris terhenti apabila Irsa menarik tangannya. Aris membelakangi Irsa. Nafasnya dihela.
"Saya dah dengar apa yang awak cakap dekat mama. Kenapa awak cuba lari daripada saya Aris? Mama saya dah berbaik dengan awak".
Okay. Sekarang dia nak buat drama. Afiq. Maafkan abang Aris.
"Aku tak sanggup lihat kau sakit disebabkan aku. Aku tak nak perkara yang lepas berulang. Tolong faham Irsa. Let me go". Perlahan-lahan Irsa melepaskan tangan Aris lalu dia segera beredar meninggalkan Irsa sendirian.
Aris menapak masuk ke dalam perut kereta lalu pintu kereta dihempas kuat. Stereng kereta diketuk beberapa kali. Wajahnya diraup. Dia tak kuat.
"Saya masih sayangkan awak Irsa. Saya akan jaga awak tapi bukan macam dulu. Saya jaga awak dari jauh".
YOU ARE READING
THE END (4)
Mystery / Thriller"Aku laparkan daging manusia. Dahagakan darah segar dari tubuh manusia. Mereka cari pasal dengan aku, akan datang bala pada mereka. Hidup mereka tidak lama. Bila bila masa akan terkorban". Bermula dari zaman kolej hingga sekarang, dia tak pernah ber...