Terlopong mulut perempuan tersebut apabila mendengarnya. Dia menarik lenganku dengan kuat. Dia fikir aku anak patung ke nak main tarik suka hati. Nasib baik tak putus. Langkahku terhenti."Kenapa kau nak bawa aku pergi balai polis pula? Apa salah aku? Kau dah gila ke apa?" Bertubi tubi soalan keluar dari mulutnya.
Sumpah aku cakap. Perempuan ni memang bising. Dia ni dari planet mana?
"Kau dah mencuri tadi kan. Dah salah tak nak mengaku salah".jawabku dingin. Dia menanggalkan topinya lalu memukul kepalaku dengan kasar. Dia terpaksa menjinkit sedikit untuk mencapai kepalaku. Pendek juga dia ni.
"Bila masa aku mencuri pula ni? Tadi tu duit aku la! Lelaki tu gila. Dia yang ambil beg tu dari aku. Sekarang mana aku nak dapat duit tu balik?" Perempuan itu merengus geram. Dia mencangkung di hadapanku sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.Tak ubah macam beruk jalanan.
"Duit kau? Mana aku tahu tu duit kau". Aku memandangnya. Dia meraup wajahnya sambil membebel sendiri. Aku menapak pergi meninggalkannya.
Dia yang gila atau lelaki tadi yang gila? Atau dua dua gila? Okay sekarang aku dah naik gila nak fikir semua benda tu. Bukan urusan aku.
Tiba tiba sahaja bahuku dicengkam kuat. Dia berjalan ke hadapanku dengan muka bengisnya. Rambutnya disingkap ke tepi.
"Nak apa lagi?"
"Mana maaf kau?! Dasar lelaki tak ada adab". Dia memeluk tubuhnya sambil memandang ke tepi. Aku menghela nafas panjang.
"Sorry". Dengan muka yang tak rasa serba salah aku terus beredar meninggalkan dia sekali lagi.
"Woi budak! Aku belum habis lagi la!" Dia berlari mendapatkanku.
Wait... Budak? Dia panggil aku budak? Aku belum pekak lagi. Heh budak?
"Kau panggil aku apa tadi? Budak? Kau sedar tak siapa yang budak sekarang ni. Aku ke kau? Kau kan. Kau lagi muda dari aku".
"Mana kau tahu". Mukanya bingung.
Aku memang dilahirkan dapat membaca sesuatu perkara daripada seseorang. Contohnya umur. Sebab itu aku boleh melakukan sesuatu pembunuhan mengikut peringkat umur. Kebanyakkannya dalam kalangan sebaya denganku dan tua dua tahun dari aku.
"Woi! Aku tak suruh kau berangan!" Aku tersedar dari lamunanku. Mataku beralih pada wajahnya. Keningku diangkat sebelah.
"Kau fikir comel ke buat macam tu? Dah sekarang aku nak kau cari balik orang gila tu".
Dia fikir aku anak buah dia? Dia fikir dia bos? Dia belum kenal siapa aku. Aku Aris Daniel bin Hanafi. Tak ada siapa yang berani arah aku melakukan sesuatu perkara kalau tak nak terima padah.
"Bagi aku sebab".
"Sebab duit tu aku guna nak bayar along la. Nanti aku mati kena bunuh. Rumah aku dari warna biru dah bertukar warna merah. Kereta aku pun dah bertukar warna. Semua merah. Dia fikir aku UMNO ke apa?!" Bebelnya sendiri. Aku dengar acuh tak acuh.
"Salah kau. Siapa suruh pinjam duit dengan along. Kau tanggung la". Aku meneruskan langkahku. Perempuan itu mengikut langkahku. Dia berjalan di sebelahku.
"Jangan ikut aku boleh tak. Semak". Dia berhenti mengikutku. Aku terus menuju ke sebuah hospital. Ex rumah aku dulu. Tiga tahun aku menetap dekat sini.
Aku melangkah masuk ke dalam. Baru sehari aku tinggalkan tempat ni. Aku datang pun sebab aku bosan duduk dekat rumah. Bukannya aku nak jadi gila balik.
"Daniel! Daniel!"panggil Tariq sambil melompat lompat. Aku mendapatkan Tariq di bangku. Tempat kebiasaannya kalau dia hendak melukis.
"Kenapa?" Aku melabuhkan punggung di sebelah Tariq. Dia masih melukis sesuatu pada buku lukisannya.
"Semalam dia datang lagi. Dia hadiahkan aku buku lukisan ni. Dia cakap aku lukis cantik". Tariq tersenyum sendiri. Aku mencuri lihat apa yang dia lukis.
Walaupun Tariq tak sempurna mentalnya, tetapi bakat dia tak tumpah seperti arwah ayahnya. Pandai melukis.
"Dah siap! Daniel tengok la ni! Tengok la apa yang Tariq lukis!" Dia menunjukkan lukisannya padaku.Pada mulanya aku tersenyum. Apabila aku teliti gambar itu aku terkaku. Sudah kali kedua Tariq cakap dia datang sini. Tak mungkin dia datang sini. Apa tujuan dia sebenarnya?
"Aris Daniel?" Aku tersentak.
YOU ARE READING
THE END (4)
Mystery / Thriller"Aku laparkan daging manusia. Dahagakan darah segar dari tubuh manusia. Mereka cari pasal dengan aku, akan datang bala pada mereka. Hidup mereka tidak lama. Bila bila masa akan terkorban". Bermula dari zaman kolej hingga sekarang, dia tak pernah ber...