Bab 40

1.7K 112 3
                                    


Kasut ditanggalkan lalu Aris melangkah masuk ke dalam rumah. Ruang tamu dituju dan Aris melabuhkan punggung di sofa. Puan Mariana melangkah ke ruang tamu bersama segelas air oren lalu diletakkan di atas meja. Mereka duduk secara bertentangan. Aris lagak seperti biasa.

"Aunty nak bincang pasal Irsa. Sejak kebelakangan ni Irsa macam selalu sakit. Lepas saja kematian Rayqal, kesihatan Irsa macam tak menentu. Dia nampak penat je selalu tapi dia kerja bukannya dua puluh empat jam sehari". Wajah Puan Mariana nampak risau.

Virus itu. Aris mula teringatkan virus tu. Jadi memang betuk la virus tu sudah merebak ke seluruh badannya dan cuma menunggu masa untuk virus itu menguasai sepenuhnya tubuh Irsa.

"Aunty nak minta maaf dengan Aris. Aunty halau Aris. Aunty buat macam macam dekat Aris selama ni. Aunty nampak Irsa tu sayang sangat pada Aris. Aunty nak minta satu je daripada Aris".

Aris terkedu. Dia mengharapkan apa yang Puan Mariana minta itu ialah perkara yang baik baginya.

"Tolong jaga Irsa dengan baik dan.... Aunty nak dia sihat semula". Mengalir air mata seorang ibu. Aris menghela nafas berat.

Dia tidak tahu sama ada dia mampu menjaga Irsa dengan baik. Dia risau kalau sikap psikonya akan datang secara tiba tiba. Dia risau kalau dia akan sakiti Irsa lagi sekali. Dia tak sanggup.

"Aris tak boleh aunty. Aris minta maaf. Aris pergi dulu". Aris terus menapak keluar rumah dengan keadaan Puan Mariana yang masih terpinga pinga dengan keputusannya. Setahu dia, Aris sangat sayangkan Irsa dan sebaliknya juga.

Enjin kereta dihidupkan lalu Aris memandu laju ke hospital. Dia mendapat berita daripada doktor yang mengatakan keadaan Afiq sudah semakin sembuh.  Aris mengambil Afiq pulang ke rumah. Sebelum ini, dalam kereta Afiq akan banyak bercakap berbanding sekarang. Afiq banyak berdiam diri.

Afiq terus menapak masuk ke dalam bilik tidurnya. Aris risau akan keadaan Afiq sekarang. Afiq seperti sembunyikan sesuatu daripada Aris. Perasaan itu ditolak sejauh mungkin. Aris mengeluh kecil lalu menapak masuk ke dalam biliknya.

Komputer riba dihidupkan. Rakaman suara yang dia dapat tempoh hari dimainkan semula. Aris mendengar dengan teliti pemilik suara itu. Dia hanya tahu suara itu milik seorang perempuan. Puas dia memikir siapa perempuan itu.

Rakaman suara tamat. Aris termenung seketika. Suara itu dia kenal sangat dan dia benci pada pemilik suara itu. Dia mula teringatkan sesuatu. Semasa di kolej dulu, dia pernah membunuh... Bukan.. Terbunuh abang kandungnya, Naim Daniel.

Laci di meja dibuka dengan pantas lalu sebuah telefon pintar dibawa keluar dan dihidupkan. Telefon itu milik Naim Daniel. Kenapa Aris hidupkan telefon itu semula? Sebab Naim berkawan dengan ramai perempuan semasa di kolej. Aplikasi whatsapp dibuka. Satu per satu perbualan dibuka.

Banyak weh perempuan dia chat. Keliling pinggang perempuan dekat dia.

Aris terhenti. Dia membuka perbualan antara Naim dan seorang perempuan . Perempuan itu ada menghantar satu mesej kepada Naim melalui suara. Aris mendengar suara perempuan itu.

"Take care tau dekat sana. Nanti I rindu. Love you".

Loya tekak Aris apabila mendengar suara gedik perempuan itu. Aris menapak ke komputer ribanya semula dan mainkan video itu. Dia cuba samakan suara itu dengan suara perempuan yang menghantar mesej itu.

Ternyata. Seratus peratus sama. Senyuman ditarik.

"Layla".

*******

Irsa termenung jauh. Sesekali dia tersenyum sendiri apabila teringatkan peristiwa semalam. Aris membawanya pulang ke rumah. Memang tak salah lagi. Aris masih sayangkan Irsa tapi cuma dia ego. Dia tak nak beritahu semua perasaan dia kepada Irsa.

Puan Mariana membawa segelas air kosong bersama ubat di tangannya lalu meletakkan di sebelah Irsa. Dia melabuhkan punggung di pondok itu bersama Irsa.

"Makan ubat ni Irsa. Mama tak nak tengok Irsa sakit". Irsa menoleh wajahnya pada Puan Mariana lalu menarik senyuman nipis. Sebiji ubat diambil lalu ditelan bersama air. Puan Mariana tersenyum lalu memaut bahu anaknya itu.

"Mama nak minta maaf dengan Irsa. Mama banyak sangat buat salah pada Irsa. Tak sangka Akashah dan Rayqal tu buat Irsa. Mama memang buta. Mama nampak kebaikan pada luar mereka tapi dalam... Mama tak tengok. Irsa mesti dah sakit kan. Mama minta maaf ya sayang". Ubun ubun Irsa dicium lama.

"Irsa maafkan mama. Irsa tak pernah simpan dendam pada mama. Benda dah jadi. Nak buat macam mana kan. Irsa gembira sebab mama masih sayangkan Irsa".

Puan Mariana menggosok perlahan bahu anaknya itu. Dia tahu. Irsa dah lalui pelbagai cabaran. Dia tak pernah berada di samping Irsa ketika Irsa susah.

"Mama.. Irsa nak tanya satu soalan boleh?"

"Apa dia?"

"Irsa nak minta izin dari mama. Izinkan Irsa berkawan dengan Aris semula?" Teragak agak Irsa hendak bertanyakan soalan itu kepada Puan Mariana. Takut dimarahi.

"Mama izinkan. Mama tak marah". Irsa tersenyum lebar.

THE END (4)Where stories live. Discover now