Aris tersedar dari tidurnya lalu bangun dan meraup wajahnya. Hari sudah menunjukkan pukul 12:35 pagi. Dia terlelap di sofa ruang tamu sejak petang tadi. Irsa? Mungkin dia masih marahkan Aris atau dia takut dengan sikap Aris sekarang?Baju hoodie putih disarungkan ke tubuhnya lalu dia menapak keluar rumah. Pintu rumah ditutup dengan rapi lantas dia mengatur langkah ke rumah agam milik Uncle Bear. Hari masih berbaki empat hari sebelum Irsa menghela nafas terakhirnya.
"Aku akan pastikan Irsa pulih seperti sediakala".
Sepasang mata melihat tubuh Aris berjalan di bahu jalan seorang diri. Irsa terus mengambil baju sejuknya yang labuh lalu turun ke tingkat bawah. Keadaan Aris masih lemah. Irsa perlu hentikan kerja gila yang Aris akan lakukan.
Langkah Irsa agak perlahan. Berat badannya sudah mula susut dari hari ke hari. Selera makannya hilang tetapi Aris tetap memaksanya makan. Layanan Aris terhadap Irsa sangat kasar. Tidak seperti sebelum ini.
"Saya tahu awak tak bencikan saya Aris. Awak masih jaga saya walaupun nyawa awak terancam".
Langkah Irsa terhenti tatkala melihat sebuah rumah agam yang dipenuhi dengan lalang itu. Aris meneruskan langkahnya masuk ke dalam rumah itu. Irsa mengikut Aris secara senyap. Dia perlukan beranikan dirinya. Sudah banyak kali Aris membantunya. Biar lah kali ini dia turun padang bersama Aris.
Pintu rumah dikuak perlahan. Suasana di dalam rumah itu agak malap. Hanya beberapa lampu sahaja yang menyala. Jimat elektrik? Irsa bersembunyi di sebuah pasu bunga yang agak besar. Kelihatan Aris mundar mandir di sekeliling ruang tamu rumah itu.
"Aris Daniel? Wow. Kau datang sini? Tak sangka". Lantas Aris menoleh ke belakang apabila mendengar namanya dipanggil. Matanya tajam melihat figura di hadapannya itu.
"Aku tak ada masa nak layan kau. Aku akan baik dengan kau kalau kau terus bagi aku vaksin dan Afiq". Layla tergelak sinis apabila mendengarnya. Dia menapak menghampiri tubuh Aris.
"Apa kau ingat senang senang je aku nak beri kau semua tu? Hello.. Ini Layla okay. Sudah la Aris. Lebih baik kau balik je luangkan masa yang ada ni dengan girlfriend kau tu. Sebab tak lama lagi dia akan... Mati". Layla tergelak lagi sambil menepuk bahu Aris.
"Diam Layla! Kenapa kau buat benda ni pada Irsa?! Kenapa?!" Wajah Layla ditumbuk berkali kali dengan pantas sehingga Layla rebah di atas sofa.
"Sebab aku nak balas dendam pada kau la bodoh!" Satu tendangan kuat diberikan kepada abdomen Aris. Tubuh Aris terdorong ke belakang menahan senak. Sakit petang tadi masih belum hilang kemudian ditambah pula dengan tendangan daripada Layla.
"Tapi apa kena mengena dengan Irsa! Apa kena mengena dengan Afiq?! Cakap la!" Satu tumbukan dihayunkan namun cekap Layla menangkap tumbukan itu. Layla tersenyum sinis.
"Kau dah seksa aku tahu tak?! Kau bunuh ayah aku! Kau bunuh Naim! Kau bunuh kakak aku! Kau bunuh Hani!" Layla melepaskan geramnya dengan menyepak serta menumbuk Aris dengan beberapa kali. Aris terduduk di atas lantai menahan sakit.
Hani. Kakak kepada Layla. Aris sudah membunuhnya tempoh hari kerana berkasar dengan Afiq. Okay tamat throwback.
Aris menunduk. Dia memandang setiap luka dan lebam pada tangannya. Layla menguak rambutnya ke belakang lalu menapak ke arah Aris. Wajah Aris diangkat dengan kasar.
Irsa menutup matanya. Hatinya sudah sakit apabila lihat Layla memukul Aris dengan kasar dan kuat sekali. Dia terduduk sambil memeluk lututnya. Kalau boleh dia nak sangat pergi dekat Aris sekarang tapi keadaan tidak mengizinkan. Layla sedang berang.
"Kau nak tahu. Dah lama aku cintakan kau Aris! Sebelum aku kenal Naim lagi! Tapi kau buta. Kau buta Aris Daniel! Kau nampak perempuan tu! Aku benci korang berdua! Benci!" Wajah Aris ditepis kasar. Aris merengus geram.
"Layla! Stop it!" Layla memaling ke belakang. Irsa muncul dengan wajahnya sudah memerah. Dia menapak ke arah Layla lantas menghadiahkan satu tamparan pada pipi Layla.
"How dare you?!" Layla merentap lengan Irsa dengan kasar lalu ditolaknya tubuh Irsa ke lantai.
Anak mata Aris kian membesar apabila melihat Irsa diseksa oleh Layla dengan kasar. Aris mula bengang. Dia mengumpulkan segala tenaga yang dia ada lalu dia bangkit.
"Layla! Don't you dare touch my girl!" Layla menarik senyuman sinisnya.
YOU ARE READING
THE END (4)
Misterio / Suspenso"Aku laparkan daging manusia. Dahagakan darah segar dari tubuh manusia. Mereka cari pasal dengan aku, akan datang bala pada mereka. Hidup mereka tidak lama. Bila bila masa akan terkorban". Bermula dari zaman kolej hingga sekarang, dia tak pernah ber...