Bab 21

1.7K 118 2
                                    


Tangan Afiq erat memegang tanganku. Dia masih belum berhenti menangis. Beberapa kereta polis berada di hadapan rumah banglo itu. Aku menapak rapat ke arah rumah itu. Terdapat pita dilarang masuk di sekeliling rumah itu. Seorang anggota polis lelaki menahanku daripada masuk ke dalam.

Aku tak faham apa yang dia katakan sebab aku tak pernah belajar bahasa di Singapore ni.

"Abang... Mana papa". Afiq menarik lengan bajuku. Aku mencangkung supaya Afiq dapat naik ke atas belakangku. Aku rasa dia penat sangat sebab asyik berlari dari tadi. Afiq memeluk leherku erat. Kepalanya diletakkan pada bahuku.

"Mana papa? Afiq nak papa". Aku masih diam. Tak mampu hendak menjawab apa yang dia katakan. Empat orang anggota polis membawa keluar seorang mayat yang ditutup dengan kain hitam. Aku pasti itu papa Afiq.

"Abang kenapa papa kena tutup dengan kain? Abang mana papa nak pergi?" Bajuku dicengkam kuat. Afiq menangis lagi. Ambulans telah membawa mayat itu ke hospital. Semua orang diminta untuk beredar supaya polis dapat buat siasatan dengan lebih teliti.

Aku segera mendapatkan teksi. Hospital dituju. Afiq masih memelukku. Dia masih dalam keadaan trauma selepas melihat papanya dalam keadaan berdarah dan terbaring di atas lantai. Duit dihulurkan. Aku mendukung Afiq masuk ke dalam hospital.

Aku meninggalkan Afiq di bangku sementara aku berjumpa dengan doktor. Selepas dapat berita, aku melangkah dengan lemah ke arah Afiq. Dia tertidur di bangku. Aku melabuhkan punggung di sebelahnya. Wajahku diraup.

"Abang Aris? Mana papa Afiq?" Aku menoleh ke sebelah.

Tangan Afiq dipegang lalu aku membawanya ke bilik mayat. Afiq tertanya tanya kenapa aku membawanya ke bilik ini. Dia merangkul lenganku erat.

Di hadapan kami terbaring sekujur tubuh seorang lelaki yang ditutup dengan selimut putih. Aku menarik sedikit supaya kelihatan wajahnya. Aku mendukung Afiq supaya dia dapat melihat wajah papanya untuk kali terakhir.

"Papa... Bangun la.. Ni Afiq. Kenapa papa tidur? Abang? Kenapa papa tak nak bangun? Ni Afiq la.. Papa.. Papa..". Afiq mengusap wajah papanya. Dia mencium dahi dan pipi papanya.

"Abang Aris.. Afiq dah kejut papa. Papa tak nak bangun. Papa penat kerja ke?"

Aku menurunkan Afiq. Kain putih tadi ditarik ke atas semula dan menututup wajah papa Afiq. Afiq hairan dengan tindakan aku. Aku menapak pergi keluar daripada bilik mayat. Afiq menurut langkahku.

Aku mengambil tempat di bangku luar hospital. Wajahku diraup.

Siapa punya angkara semua ni? Kenapa Afiq? Kenapa bukan budak lain? Afiq dah tak ada sesiapa. Tolong lah faham.

"Abang... Kenapa abang nangis? Abang kesiankan dekat papa ke? Tak apa. Nanti papa bangun la. Papa penat kerja tu. Mesti papa ngantuk". Wajahku diangkat. Perlu ke aku beritahu perkara yang sebenar pada dia?

******

Hujan renyai turun membasahi bumi. Semua saudara islam yang hadir telah berkemas untuk pulang. Mayat papa Afiq telah selamat dikebumikan. Tiada seorang pun saudara mara Afiq yang hadir. Memang betul kata Afiq. Mereka memang bencikan keluarga Afiq.

"Abang kenapa papa dalam ni? Papa bangun la! Papa!" Afiq terduduk di sisi kubur papanya.

"Afiq mulai hari ni.. Ini lah rumah baru papa kau. Dia tak kan bersama kau lagi dah. Dia akan tinggal di sini. Dia dah ikut mama kau".

"Mana boleh! Kalau papa ikut mama, Afiq macam mana? Kenapa papa tinggalkan Afiq! Bangun la papa! Keluar la!"

"Papa kau dah tak ada. Tapi dia akan sentiasa tengokkan kau dekat atas sana".

Afiq menangis teresak esak. Dia masih budak budak. Tak matang lagi. Dia tak akan faham apa yang aku katakan. Tangannya aku pegang lalu mendukungnya. Afiq memeluk kuat leherku.

Masih terasa air matanya mengalir. Kedua ibu bapa Afiq dah tiada. Afiq tiada tempat untuk dia bergantung. Siapa nak jaga dia? Saudara mara dia? Aku akan cuba.

*****

Lapangan terbang tempat dituju. Lagi lima belas minit penerbangan aku akan tiba. Afiq menilik gambar pada tangannya. Aku duduk di sebelahnya. Gambar ditangan Afiq dipandang. Arwah papanya bersama Afiq.

"Abang nak bawa Afiq pergi mana?"

"Balik Malaysia".

Aku harap bila aku jejakkan kaki dekat sana, tiada apa yang berlaku. Tujuanku hanya satu saja. Hantar Afiq pada saudara dia dan aku akan pulang ke Singapore semula.

THE END (4)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang