Aku berjalan di sekitar bandar. Bukan nak buat apa pun. Cuma nak ambil angin. Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Seorang gadis baru saja keluar dari kedai kek yang berhampiran denganku."Irsa!" Aku berlari anak mendapatkannya. Dia menoleh ke belakang lalu tersenyum. Aku mengundur setapak ke belakang.
"Maaf. Salah orang". Dia beredar. Aku menghela nafas berat. Memang aku tak boleh lupakan dia. Telefon pintar dibawa keluar. Teragak agak aku hendak menelefonnya sekali lagi.
"Huh...". Telefon disimpan ke dalam poket kembali. Dia pun mesti boleh lupakan aku kenapa aku tak boleh. Move on Aris. Move on.
Masa tak akan tunggu kau untuk cari Irsa semula. Masa akan terus bergerak seperti biasa. Makin hari makin dia lupa pasal kau. Kau pun mesti lupakan dia. Kau tak layak untuk dia. Kau dulu bekas pembunuh.
Dia tak nak orang seperti kau. Kau jahat. Kau kena faham semua benda ni. Jangan fikir pasal dia lagi.
"Okay". Nafas panjang dihela. Langkah diatur kembali. Hari sudah makin gelap.
Rasa menyesal juga sebab lari ke sini seorang diri. Tiba tiba aku teringatkan pada Khai. Apa khabar dia? Aku risau kalau along lain akan cari dia.
Along cina hari itu pernah jadi sasaran aku dulu tapi aku lebih tumpukan pada Uncle Bear. Dia yang mengawal aku dengan gunakan kuasa yang dia ada. Dia pandai baca pemikiran seseorang.
Aku dapat rasakan yang Khai dalam bahaya. Tapi dia boleh survive kan? Biar dia.
Seorang lelaki yang tergesa gesa terlanggarku dan aku terdorong ke belakang. Filenya semua jatuh ke atas jalan. Aku hanya melihat. Kalau perempuan baru lah aku tolong. Kalau lelaki aku pandang dengan muka tak bersalah.
"Sorry... Sorry...".
"Eh suara ni".
"Tunang aku demam panas. Itu yang aku risau".
Dia mengangkat wajahnya. Aku dah agak dia. Lantas die menyalamku.
"Daniel kan? Kau buat apa dekat sini?" Dia tersenyum gembira. Aku pula sebaliknya. Masam. Jeling sana sini.
"Cuti satu malaysia. Kau?" Rayqal tergelak kecil mendengarnya. Terhibur? Good. Lepas ni boleh buat kerja part time jadi badut dekat sarkas.
"Aku ada kerja kat sini. Biasa la orang busy. Tak lama lagi busy jaga anak bini pula". Rayqal tergelak lagi. Aku pula sebaliknya. And again. Aku masam. Memandang Rayqal yang terhibur dengan lawanya sendiri. Aku tak faham.
"Eh jom pergi makan. Aku belanja". Bahuku dipeluk. Kami berjalan beriringan ke restoran. Kami mengambil meja kosong dan terus memesan makanan.
"Daniel kau kerja apa sebenarnya? Banyak duit melancong. Kau seorang je ke? Ingatkan bawa girlfriend sekali". Rayqal tergelak kecil. And again. Aku masamkan mukaku. Pandang Rayqal dengan wajah yang baru bangun tidur.
"Aku tak kerja. Duit ni abah aku bank in tiap bulan". Rayqal mengangguk kecil. Tiba tiba dia teringatkan sesuatu.
"Kau nak kerja dengan aku tak? Aku takut je kau bosan jalan sana sini tak ada kerja. Nak? Jangan risau aku ni bos baik". Rayqal mengangkat keningnya. Aku menghela nafas.
Kerja? Office? File? Menggunung? Ade mesyuarat? Kena turun site? Aris? Seriously?
"Tak apa. Aku selesa dengan hidup aku sekarang. Thanks". Aku menarik senyuman kelat.
Rayqal memandang tanganku yang dipakaikan gloves hitam. Dia memandang wajahku.
"Kenapa pakai gloves? Sini mana ada salji".
Oh aku ada kuasa yang boleh bekukan orang macam Elsa dalam Frozen tu sebab itu lah aku pakai gloves ni. Aku tahu semua benda tu Encik Rayqal Iskandar. Aku bukan budak budak.
"Ada parut". Rayqal mengangguk. Dia ni memang peramah. Tapi kadang kadang serabut.
"Boleh aku tahu mak ayah kau macam mana sekarang? Sihat?"
Aku menunduk. Memandang tanganku. Gloves dibuka sedikit. Masih jelas parut di tanganku.
"Aris.. Tolong ibu Aris.. Sakit!!"
"Ibu... Ibu.. Jangan pukul ibu la". Tubuh lelaki itu ditolak. Dia mengambil besi panas dan memukul tapak tanganku beberapa kali.
"Sakit! Sakit! Ibu!"
"Daniel?" Lamunanku terhenti. Gloves ditarik ke atas.
"Ibu aku dah tak ada. Abah aku sihat".
"Maaf la kalau kau tak selesa".
"Tak apa".
Makanan terhidang. Perbualan kami terhenti di situ saja.
YOU ARE READING
THE END (4)
Mystery / Thriller"Aku laparkan daging manusia. Dahagakan darah segar dari tubuh manusia. Mereka cari pasal dengan aku, akan datang bala pada mereka. Hidup mereka tidak lama. Bila bila masa akan terkorban". Bermula dari zaman kolej hingga sekarang, dia tak pernah ber...