"Bagus anak abah! Bagus!" Uncle Bear menapak turun ke bawah lalu merangkul erat tubuh Afiq. Afiq memandang wajah Aris yang menahan sakit itu. Dia tersenyum puas.Namun senyumannya mati begitu sahaja. Afiq menikam perut Uncle Bear sama seperti dia menikam perut Aris sebentar tadi. Afiq mencampakkan pisau ke tepi lalu dia berlari ke tempat duduk Uncle Bear tadi. Sebuah peti dibuka lalu dia mengambil sebuah tiub kecil yang dipenuhi dengan cecair pelik. Afiq membawanya turun ke bawah lalu diberikan kepada Aris.
"Abang... Jangan mati... Abang bangun la.. Maafkan Afiq.. Abang Aris..". Tangan Aris diangkat lalu mengusap perlahan pipi Afiq.
"Beri vaksin ni pada kak Irsa. Jangan lupa". Mata Aris terpejam rapat.
Dengan kesempatan ini, Uncle Bear cuba untuk melarikan dirinya walaupun dalam keadaan yang sakit dengan tikaman Afiq tadi.
"Jangan bergerak! Kami polis!" Uncle Bear tersentak. Dia tidak dapat lari ke mana kerana polis sudah berjaya mengepung dirinya.
Uncle Bear diberkas polis. Afiq dan Irsa dibawa ke balai polis untuk disoal siasat. Aris pula dikejarkan ke hospital setelah kehilangan banyak darah. Oh ya mesti korang tertanyakan macam mana polis boleh tiba ke sini?
Irsa dalam keadaan yang tidak senang duduk itu terus menelefon pihak polis dan memberitahu segala maklumat yang berkenaan. Pihak polis tiba di situ tepat pada masanya. Irsa dan Afiq dibawa ke balai polis untuk disoal siasat.
Usai disoal siasat, mereka dibenarkan pulang. Uncle Bear pula akan dihadapkan ke mahkamah esok pagi bagi menjalani hukuman yang setimpal. Irsa mendapat tahu yang Uncle Bear juga terlibat dalam kes penculikan dan pembunuhan Khairina, atau dikenali sebagai Khai.
"Kak Irsa. Mana abang?" Lamunan Irsa terhenti apabila Afiq datang menegurnya. Afiq sudah kembali pulih daripada kena pukau.
"Dekat hospital. Nak pergi lawat ke?" Afiq tersenyum nipis. Dia masih lagi sedih apabila lihat tubuh Aris yang dipenuhi darah disebabkan dirinya.
"Nak". Afiq mengangguk laju. Irsa membawa Aris ke hospital. Nasib baik balai polis dan hospital jaraknya tidak begitu jauh. Tidak ramai orang ketika waktu begini. Siapa je datang melawat dalam pukul 5 pagi?
Puas Irsa berunding dengan jururawat di kaunter itu dan akhirnya dia diberikan pelepasan untuk melawat Aris. Seorang doktor lelaki baru sahaja menapak keluar dari dalam sebuah wad. Irsa mendapatkan doktor itu.
"Aris macam mana doktor? Dia okay ke?"
"Alhamdulillah. Pesakit tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius. Cuma darahnya agak banyak keluar". Irsa menghela nafas lega.
"Doktor! Ambil la darah Afiq. Afiq yang buat abang Aris sakit". Doktor itu tergelak kecil melihat gelagat Afiq.
"Adik jangan risau. Sudah ada orang yang datang menderma darah pada abang adik". Irsa terkelu. Ada orang datang menderma darah kepada Aris? Siapa?
"Siapa orang tu doktor?" Doktor itu sekadar tersenyum.
******
Dua minggu telah berlalu. Layla dimasukkan ke dalam hospital untuk jangka masa yang lama sebelum dia dipenjarakan. Sepanjang dia di hospital, terdapat dua orang pegawai polis yang menjaganya.
Langkah diatur masuk ke dalam sebuah rumah banglo. Pak Din tersenyum gembira apabila melihat kepulangan anak majikannya itu lantas menyapanya.
"Tuan muda apa khabar? Lama tak nampak". Aris tersenyum nipis lalu menyalam tangan Pak Din. Pak Din menepuk bahu Aris perlahan.
"Abah ada dekat dalam?" Pak Din mengangguk. Laju sahaja Aris menapak masuk ke dalam rumah. Segenap ruang diperhatikan lalu matanya terpaku pada susuk tubuh seorang budak lelaki yang leka bermain permainan video bersama seorang lelaki yang dalam lingkungan 20-an. Mereka lah Afiq dan Iqbal.
"Afiq". Namanya disebut. Afiq segera menoleh lantas mencampakkan alat kawalan itu dan mendapatkan tubuh Aris. Iqbal sekadar melihat mereka berdua berpelukan.
"Afiq minta maaf. Afiq buat abang sakit". Aris sekadar mengangguk faham. Afiq tidak sengaja. Dia dipukau semasa dia menikam Aris dulu.
Dato' Hanafi menapak turun ke ruang tamu. Dirinya seolah olah terpaku apabila melihat anaknya balik ke pangkuannya.
"Aris. Anak abah dah balik". Aris mengangkat wajahnya lalu meleraikan pelukannya bersama Afiq tadi. Dia mendapatkan ayahnya itu lantas mendakap erat tubuh ayahnya.
"Aris minta maaf abah... Maafkan Aris. Aris tinggalkan abah. Aris bukan anak yang baik. Maafkan Aris sebab berkasar dengan abah. Aris sayangkan abah". Air matanya mengalir laju.
"Abah maafkan Aris. Walau apa pun terjadi, Aris tetap anak abah. Abah gembira anak abah dah balik. Abah rindu Aris".
Kedua-dua anak beranak itu berpelukan. Melepaskan rindu yang telah kian lama terpendam. Kasih sayang antara seorang anak dan ayah tak akan terpisah walaupun bertahun lamanya tidak berjumpa.
*****
Afiq melilau mencari kelibat seseorang. Senyumannya ditarik apabila melihat Irsa yang sedang duduk sendirian di bangku. Afiq berlari anak mendapatkan Irsa.
"Kak Irsa!" Irsa menoleh lalu tersenyum manis apabila melihat Afiq muncul di hadapannya.
"Kenapa ni? Rindu eah?" Pipi Afiq ditarik perlahan. Afiq tersengih.
"Nah. Ada sorang abang ni yang beri". Sebuah kotak berwarna merah yang kecil dihulurkan kepada Irsa.
"Siapa?" Afiq memusingkan tubuhnya ke belakang diikuti Irsa. Tiada sesiapa.
"Irsa". Terhinjut bahu Irsa apabila mendengar namanya dipanggil dari belakang lantas dia menoleh. Aris.
"Will you be my queen till Jannah?" Irsa membuka kotak yang dia terima tadi. Sebentuk cincin. Irsa mengangguk tanda setuju. Aris tersenyum puas. Akhirnya dia dapat memiliki Irsa.
"Afiq. Mulai hari ni jangan panggil abang Aris. Panggil papa. Sebab abang nak ambil Afiq as anak angkat papa Aris and mama Irsa". Afiq terlompat gembira lalu memeluk tubuh Aris.
"Aris Daniel. Thank you". Irsa menarik senyuman di bibirnya. Aris membalas senyuman itu.
"You're welcome, my queen".
THE END
YOU ARE READING
THE END (4)
Mystery / Thriller"Aku laparkan daging manusia. Dahagakan darah segar dari tubuh manusia. Mereka cari pasal dengan aku, akan datang bala pada mereka. Hidup mereka tidak lama. Bila bila masa akan terkorban". Bermula dari zaman kolej hingga sekarang, dia tak pernah ber...