Bab 13

2K 143 8
                                    


Seorang lelaki sedang memerhati gerak geri seseorang dari jauh. Apabila dia meneliti wajah orang tersebut, dia tersentak. Langkah diatur ke arahnya. Kelibat dia sudah hilang. Lelaki itu terus menapak ke keretanya dan menuju ke sebuah tempat.

Kereta diparkir di hadapan sebuah rumah agam yang besar. Rumah ini terletak jauh di pinggir bandar. Lelaki itu terus meluru masuk ke dalam rumah. Lif dituju dan punat bernombor empat ditekan. Tingkat paling atas. Sebuah bilik dituju.

Pintu diketuk lantas aku menapak masuk ke dalam. Seorang lelaki bertubuh besar sedang menilik telefon pintarnya. Lelaki tadi duduk berhampiran lelaki bertubuh besar itu.

"Apa cerita?"soal lelaki bertubuh besar itu.

"Bos... Tadi aku nampak dia dekat restoran. Dia masih hidup bos". Teragak agak hendak mengeluarkan suara. Telefon pintar dicampak ke atas meja. Lelaki bertubuh besar itu merenung tajam ke arah lelaki itu. Lelaki itu menunduk.

"Kau cakap dia dah mati! Macam mana dia boleh hidup?!" Lelaki itu mendiamkan dirinya. Takut hendak menjawab. Nafas panjang dihela.

"Budak tu tak habis habis menyusahkan hidup aku. Sebab dia lah semua misi aku tak berjalan dengan lancar. Semua orang aku dah mati sebab dia".

Pintu dibuka. Serentak mereka berdua memandang ke muka pintu. Seorang lelaki tersenyum lalu menunduk.

"Kau nak apa?" soal lelaki bertubuh besar itu.

"Bos.. Teddy bear bos dah siap dibasuh. Saya dah letak di tempat biasa".

"Okay. Dah pergi sana". Pintu ditutup kembali.

"Sekarang aku nak kau pergi cari dia. Aku nak mayat dia depan aku. Kalau kau tak dapat mayat dia, dapatkan dia hidup hidup. Kalau kau tak dapat kedua duanya... Nyawa kau melayang".

Lelaki itu mengangguk lalu beredar keluar dari bilik. Lelaki bertubuh besar itu berjalan menghampiri tingkap. Senyumannya ditarik.

"Hidup lagi rupanya kau. Aku akan pastikan kau akan dapat balasan atas apa yang kau dah buat pada aku.... Aris Daniel".

*****

Aris POV

Singapore? Tak ada lah jauh mana aku larikan diri. Negara jiran saja aku mampu. Abah sering masukkan duit ke dalam akaunku setiap bulan. Duit yang abah berikan lebih dari cukup. Bukan setakat Singapore, aku boleh pergi jauh lagi dari sini.

Tetapi aku malas nak terbang jauh sangat. Lagipun aku dah biasa pergi ke Singapore berbanding negara negara lain. Aku lebih selesa berada di sini. Selok belok tempat ini pun dah ada dalam poket aku.

Apa aku nak buat dekat sini?

Aku akan belajar hidup seperti biasa. Seperti manusia biasa. Makan minum semua seperti biasa. Organ? Darah? Aku akan berhenti daripada makan dan minum benda itu.

Baju hoodie putih akan disimpan di dalam almari. Aku tak akan pakai. Baju ini ibarat membawa aku ke jalan pembunuhan. Semua pisau aku dah diletakkan ke dalam sebuah kotak besi yang berkunci dan kunci itu aku letakkan di dalam laci.

Aku yakin aku akan lupa di mana aku simpan semua benda itu.

Telefon pintar diambil. Laci meja dibuka. Terdapat sebuah buku lantas aku mengambil buku itu dan menyelak satu per satu. Tertulis nombor telefon seseorang di situ. Aku mendail nombor itu. Buku ditutup dan disimpan semula.

Langkah diatur menghampiri tingkap. Bintang yang bertaburan di langit aku pandang. Panggilan berjawab. Aku menunggu dia mengeluarkan suaranya.

"Hello? Siapa ni?"

Suara dia. Aku memang rindu suara dia. Irsa kenapa kau buat aku macam ni?

"Jangan main main. Kalau tak saya letak".

Tidak lama kemudian panggilan dimatikan. Aku menghela nafas berat. Hati aku memang tak tipu. Aku tak boleh terima cabaran untuk bencikan dia.

Apa salah dia sampai kau nak bencikan dia, Aris? Apa salah dia? Kau yang banyak salah dengan dia. Kau dah lukakan hati dia.

"Saya tak boleh tipu perasaan saya Irsa".

Wajah diraup. Air mata mengalir lagi. Aku tak kuat untuk semua benda ni.

THE END (4)Where stories live. Discover now