Bab 52

1.9K 102 7
                                    


"Your girl? Kelakar betul. Kau yang dah sakitkan hati dia lepastu nak cakap yang perempuan ni kau punya? Hey Aris. Dia dah nak mati la! Just let her go. Biarkan dia mati dengan aman. Lagi beberapa hari saja".

Lagi sekali. Layla memang cari nahas dengan Aris. Dengan pantas Aris membalas balik apa yang Layla lakukan kepadanya sebentar tadi. Irsa sudah berkali kali menyuruh Aris berhenti tetapi Aris tidak mengikut kata kata Irsa.

Tumbukan terakhir pada perut Layla dan gadis itu rebah ke atas lantai. Matanya tertutup rapat. Aris meletakkan jarinya pada pergelangan Layla. Nadinya masih berdenyut.

"Dia tak mati". Irsa memandang wajah Aris dengan perasaan takutnya. Aris terus menapak ke setiap bilik di dalam rumah itu. Irsa ditinggalkan di tingkat bawah. Tiba di sebuah bilik Aris, langkah Aris terhenti. Memorinya terimbas kembali di mana bilik itu dia gunakan untuk menyeksa diri Irsa.

"Anak abah baru balik?" Aris menoleh ke belakang lantas satu pukulan kayu dihentakkan pada tubuhnya. Aris rebah ke atas lantai. Dunianya menjadi gelap.

Irsa mula rasa tidak senang hati. Kenapa Aris lama sangat menghilang? Apa yang dia tengah lakukan sekarang? Or something bad happen to him? Irsa mula memikirkan perkara yang negatif.

Dia mengambil keputusan untuk tidak berdiam diri sahaja. Irsa mencari Aris di segenap ruang di bahagian tingkat atas sehinggalah dia terjumpa tangga yang menghubungkan ke tingkat bawah. Bawah tanah. Irsa menjenguk ke dalam lalu menapak turun ke bawah.

Dia terdengar suara garau seorang lelaki sedang menjerit nama Aris. Irsa mengambil tempat untuk dia bersembunyi dan lihat apa yang terjadi. Dia terlopong apabila melihat suasana di dalam ruang itu. Memorinya terimbas kembali.

Matanya dilirikkan ke arah sebuah sangkar besi yang besar. Dulu, dia pernah terkurung di dalam sangkar itu dan dilayan seperti haiwan. Memori pahitnya kembali menerjah masuk ke dalam fikirannya.

Uncle Bear mengambil kerusi lalu dia melabuhkan punggung di atas tempat yang agak tinggi. Dia seolah olah berada di tempat bergusti di mana dia ialah pengadilnya. Dia menarik tuil berdekatan dengannya lalu satu simbahan air sejuk dikenakan kepada Aris.

Mata Aris terbuntang luas. Dia melihat keadaan di sekelilingnya. Ya. Dia kenal sangat dengan tempat ini. Matanya melilau di segenap ruang itu dan tertumpu pada tubuh seorang lelaki berbadan besar.

"Pak cik beruang. Kau nak apa lagi dalam hidup aku?! Aku dah bebas tapi kenapa kau masih mengganggu hidup aku?!" Bergema suara Aris di segenap ruang legar itu. Uncle Bear tergelak kecil.

"Kau ingat senang je ke nak keluar dari genggaman aku? Sedangkan Mark yang kau bunuh tu pun dari kecil aku jaga dia dan latih dia, tak pernah lari dari genggaman aku". Aris merengus geram.

"Aku tahu vaksin pada kau! Woi beruang! Aku akan berbaik dengan kau kalau kau berikan vaksin itu pada aku. Kalau tidak.. Sebaliknya akan terjadi".ugut Aris. Matanya masih tidak lari dari memandang Uncle Bear yang berada di atas sana. Dia seperti raja yang sedang memerintah negaranya sendiri. Negara apa? Negara beruang? Hambar.

"Boleh. Tapi kau ada pilihan. Sama ada kau nak vaksin ini ataupun kau nak sedarkan semula anak angkat kau tu".

"Anak angkat?" Aris terpinga pinga. Afiq menapak keluar dari dalam sangkar besi itu. Di tangannya terdapat pisau yang amat tajam. Mata Aris membulat apabila melihat rupa Afiq yang tak ubah seperti gangster jalanan tetapi versi budak.

"Afiq? Ni aku. Abang Aris. Tolong sedar. Afiq". Aris menapak menghampiri tubuh Afiq. Langkahnya lemah. Telah banyak tenaga yang dia gunakan hari ni. Dia penat.

"Afiq. Jangan dengar cakap dia. Ikut cakap abah. Pergi 'main' dengan dia". Afiq mengikut arahan lalu mengacukan pisau pada Aris. Kedua belah tangan Aris diangkat tinggi. Dia terlupa nak bawa pisau ke sini tadi.

"Afiq nak bunuh abang? Afiq tak sayang dekat abang ke? Afiq nak abang mati macam papa dengan mama Afiq?" Aris mula bermain dengan soalan psikonya. Afiq terkedu. Dia tidak tahu hendak mengikut siapa sekarang. Uncle Bear atau Aris?

"Abang tipu. Afiq lagi rela abang mati dari hidup dengan Afiq. Afiq benci orang penipu!" Afiq meneruskan langkahnya merapati tubuh Aris. Aris kaku. Dia tidak bergerak ke mana mana. Tangannya masih di atas.

"Abang tak tipu Afiq. Beruang besar tu yang tipu Afiq". Afiq memandang wajah Uncle Bear dan Aris secara bergilir-gilir. Uncle Bear mengangkat patung beruang merahnya lantas Afiq terpukau lagi.

"Kalau abang sayangkan Afiq, kenapa abang tak datang selamatkan Afiq dulu?"

"Sebab abang ada masalah. Akak Irsa.. Dia sakit. Abang sayangkan Afiq macam adik abang sendiri". Aris melutut di hadapan Afiq lalu mendepakan tangannya. Afiq menurunkan pisau ke sisinya lalu menapak ke dalam dakapan Aris.

"Afiq... Benci abang". Tikaman dibenamkan ke dalam perut Aris. Afiq tersenyum sinis. Uncle Bear bertepuk gembira.

THE END (4)Where stories live. Discover now