Bab 10

2.3K 143 5
                                    


Aku berjalan sekitar bandar. Kanak-kanak yang memandangku melompat lompat gembira. Mereka semua ingin mendekatiku. Ingat aku ni cosplay Jepun ke apa?

"Naruto datang la!!"jerit seorang budak lelaki sambil menunding jari ke arahku.

"Bukan la. Dia tu Jeff The Killer! Dia ada kuasa hebat".

Aku pekakkan telingaku daripada mendengar mereka bergaduh pasal aku. Aku Aris Daniel. Bukan Jeff, bukan Naruto dan seangkatan dengannya.

Lorong kecil diambil daripada aku jalan di tengah bandar yang sesak dengan orang ramai. Serabutkan otak aku. Aku perlukan suasana yang sunyi.

"Jangan pukul aku la! Nanti aku bayar!" Kedengaran suara  seorang perempuan menjerit jerit. Aku kenal suara tu.

"Bila mau bayar? Saya sudah kasi kamu dua bulan. Lu dah janji mau bayar sama saya minggu lepas. Mana janji lu? Mana?" Seorang lelaki cina memukul tong sampah berdekatannya dengan kuat. Melepaskan geram. Dua orang anak buahnya memegang kedua belah tangan perempuan itu.

"Woi! Lepas dia". Serentak mereka berempat memandangku. Perempuan itu mengerutkan dahinya tatkala melihatku.

"Lu dua orang pergi settle sama itu makhluk". Dua orang lelaki merapatiku. Buku lima sudah sedia untuk dihadiahkan kepadaku. Aku tidak menyediakan sebarang senjata.

Tumbukan dihayunkan. Aku mengelak dan mengunci pergerakannya. Pantas aku memukul belakang leher lelaki itu. Tubuhnya rebah ke atas jalan. Seorang dah masuk alam mimpi. Tinggal lagi seorang.

Kali ini dia bermain dengan kayu yang besar dan tajam di hujungnya. Nak main rejam kayu ke? Dia menyerangku dengan pantas. Aku cuba mengelak daripada terkena di bahagian tajam itu. Tanganku terluka akibat terkena bahagian tajam kayu itu. Darah mengalir sedikit demi sedikit. Aku merenungnya tajam.

"Sakit?" Dia gelak sendiri. Kayunya dihayunkan lagi. Pantas aku mengambil kayu itu daripada tangannya. Dia berundur ke belakang. Penakut?

"Sini. Biar aku beri adil dalam perlawanan ni. Kalau aku berdarah, kau pun sama".

Bahagian tajam kayu itu menembusi perutnya. Dia rebah ke atas jalan bersama darah yang banyak mengalir. Lelaki yang pengsan tadi sudah mula sedar dan menyerangku.

Kakiku pantas menendang wajahnya. Sekali lagi dia rebah ke atas jalan. Aku menghentak kakiku ke wajahnya hingga berdarah. Lelaki itu sudah tidak sedarkan dirinya.

Selamat ke alam barzakh.

Lelaki cina tadi sudah hilang entah ke mana. Perempuan tadi menghampiriku. Dia melihat wajahku. Senyumannya ditarik tatkala melihatku.

"Terima kasih selamatkan aku budak". Aku mengangguk lalu melangkah pergi. Bahuku ditarik. Langkahku terhenti.

"Siapa kau sebenarnya?"

*****

Irsa POV

Aku mengelamun sambil melihat tasik di hadapanku. Suhu badanku baru saja turun sedikit. Mama sudah beberapa kali melarangku daripada keluar rumah kerana demamku masih belum baik.

Nafas berat dihela. Aku mengatur langkah ke keretaku. Seorang perempuan terlanggarku dan menyebabkanku terdorong ke belakang.

"Sorry...sorry.... Aku tak sengaja. Kau okay tak?" Aku mengangguk saja sambil tersenyum. Dia memandangku dengan penuh kerisauan.

"Aku nampak kau macam tak sihat je. Demam ke?" Tangannya ditekupkan pada dahiku.

"Panas ni. Nak pergi klinik tak?" Aku menggeleng.

"Aku ada ubat dekat rumah. Jangan risau. Terima kasih". Pintu kereta dibuka. Tiba tiba sahaja kepalaku terasa berdenyut. Dunia seakan akan berpusing.

"Aku rasa kau tak okay. Biar aku drive kau balik rumah. Jom".

Eh kenapa dengan dia ni? Aku baru kenal dia.

"Tak apa. Aku boleh drive sendiri".

"Degil la. Nanti excident siapa susah? Aku bukan orang jahat nak curi sana sini".

Aku tersenyum dan mengangguk setuju dia menghantarku ke rumah. Dalam perjalanan aku tidak banyak bercakap. Hanya lebih mendiamkan diri dan memandang ke luar tingkap.

Kereta diberhentikan di hadapan rumahku. Kereta milik Rayqal terparkir di halaman rumah. Kenapa dia datang? Mesti mama yang suruh. Aku baru saja nak berehat.

Serentak kami berdua keluar dari dalam perut kereta. Kunci kereta dihulurkan kepadaku.

"Terima kasih hantar aku".

"Sama sama. By the way, nama aku Khairina. Tapi kau boleh panggil aku Khai".

Aku tersenyum.

"Irsa".

*****

THE END (4)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang