Mayat Rayqal telah selamat dikebumikan. Aris merapikan songkok di kepalanya. Baju melayu putih lengkap disarungkan ke tubuhnya. Aris hanya melihat jenazah Rayqal dikebumikan. Dia mengalihkan pandangannya kepada Irsa. Tiada setitik pun air matanya yang mengalir.Mungkin air matanya telah kering sebab semalam. Selesai membaca yaasin, saudara mara dan keluarga mereka mula beredar meninggalkan tanah perkuburan. Aris menyandarkan tubuhnya pada sebatang pokok. Irsa tidak perasan akan kehadiran Aris di situ.
"Mati la dengan aman Rayqal Iskandar. Ini lah dia balasan sakiti puteri kesayangan aku". Senyuman psiko ditarik. Batu nisan yang tertera nama Rayqal diusap perlahan lalu Aris menapak ke keretanya. Dia memandu ke hospital. Doktor menelefonnya dan memberitahu bahawa keadaan Afiq semakin teruk.
Kereta diparkir kemas. Irsa melihat sesusuk tubuh seorang lelaki bergegas masuk ke dalam hospital. Dia pasti lelaki itu ialah Aris Daniel. Tapi kenapa dia ke hospital?
"Mama, papa Irsa nak pergi hospital tu kejap. Mama papa balik la dulu. Irsa balik dengan kawan". Irsa menarik senyuman nipis lantas menyalam Puan Mariana.
"Irsa nak lawat siapa ni? Betul tak nak mama dan papa teman?" Puan Mariana risau akan keadaan Irsa selepas Akashah melakukan perkara keji itu kepada puteri sulung kesayangannya itu.
"Kawan Irsa. Tak apa ma. Irsa pandai jaga diri". Irsa menapak keluar dari dalam kereta lalu mengatur langkah masuk ke dalam hospital. Kelibat Aris kelihatan bersama sebungkus makanan serta sebotol air masak. Irsa mengikuti Aris secara diam.
Aris menapak masuk ke dalam wad. Bungkusan makanan diletakkan di atas meja bersama sebotol air masak. Afiq melirikkan matanya pada wajah Aris. Tangan Aris digenggam erat. Terasa haba pada tangan Afiq.
"Kenapa kau tak nak makan? Dah tahu sakitkan? Kau nak tinggil sini lama lagi ke?" Bertubi tubi soalan terpacul dari mulut Aris. Afiq bermain dengan jari jemari Aris.
"Afiq nak muntah kalau Afiq makan. Sebab tu lah Afiq tak nak makan". Afiq masih tidak berani memandang wajah Aris. Siapa je berani pandang? Setiap kali Aris marah pasti wajahnya akan menjadi merah serta matanya. Aris cuba mengawal emosi marahnya. Nafas dihela.
"Sekarang aku nak kau makan sampai habis. Selagi tak habis selagi tu aku duduk sini". Aris membuka bungkusan makanan itu lalu dihulurkan kepada Afiq. Afiq menyambut lemah. Dia cuba memaksa dirinya makan.
Irsa mengintai dari luar. Senyumannya terukir di bibir apabila melihat Aris bersama seorang budak lelaki. Khai pernah ceritakan budak lelaki ini bersama Aris dulu. Siapa budak tu? Macam mana dia boleh kenal rapat dengan Aris?
Irsa melabuhkan punggung di bangku depan wad. Perlahan lahan matanya tertutup. Dia terlena dibuai mimpi di bangku itu. Sejak kebelakangan ni, dia sering penat. Entah kenapa sedangkan dia tidak melakukan kerja berat pun.
"Habis pun". Afiq tersengih. Aris mengemas bungkusan itu lalu dicampakkan masuk ke dalam tong sampah. Sebotol air masak dihulurkan kepada Afiq. Hampir separuh daripada air di dalam botol itu diteguk Afiq dengan rakus.
"Good boy. Aku nak balik. Nanti kalau kau dah betul betul sihat aku bawa kau balik".
"Okay abang". Afiq berdiri di atas katil lalu memeluk tubuh lampai Aris. Senyuman nipis Aris ditarik.
"Aku balik dulu". Afiq ditinggalkan. Aris menapak keluar dari dalam wad. Dia tersentak apabila terlihat tubuh Irsa lena di bangku depan wad.
Aris bercangkung di hadapan Irsa. Perlahan lahan tangannya diangkat lalu dia mengusap perlahan pipi Irsa.
"Kenapa kau selalu sangat penat sekarang? Berat sangat ke kerja kau tu?"
Aris baru teringatkan sesuatu. Virus tu. Mungkin telah aktif dan memberi kesan kepada Irsa. Wajah Aris berubah serta merta apabila teringatkan tentang perkara itu.
Tubuh Irsa dicempung lalu dibawa keluar dan diletakkan ke dalam kereta. Aris memandu pulang ke rumah Irsa. Hon dibunyikan beberapa kali hingga Puan Mariana menapak keluar menghampiri kereta Aris. Tubuh Aris keluar dari dalam perut keretanya.
"Aris?" Puan Mariana tersentak apabila melihat wajah Aris di depan matanga sekarang. Lelaki yang telah memenangi hati anak perempuannya. Dia masih hidup lagi.
"Saya ada bawa Irsa. Dia tertidur dekat hospital. Risau kalau ada orang culik dia ke apa".
Puan Mariana terus membuka pintu kereta dan mencempung tubuh Irsa keluar dari dalam perut kereta. Aris menutup kembali pintu keretanya. Puan Mariana membawa tubuh Irsa masuk ke dalam rumah. Aris sekadar melihat dari luar.
"Aris! Tunggu kejap!"
"Kenapa?"
"Aunty nak cakap sikit dengan Aris".
YOU ARE READING
THE END (4)
Mystery / Thriller"Aku laparkan daging manusia. Dahagakan darah segar dari tubuh manusia. Mereka cari pasal dengan aku, akan datang bala pada mereka. Hidup mereka tidak lama. Bila bila masa akan terkorban". Bermula dari zaman kolej hingga sekarang, dia tak pernah ber...