Bab 24

1.6K 112 9
                                    


Tanganku dibalut rapi. Keluhan dilepaskan. Hari sudah gelap. Kenapa wujudnya manusia macam mereka berdua tu? Aku benci cara mereka layan Afiq. Hati aku sakit sangat. Sebab aku pernah lalui semasa di kolej dulu. Mungkin Afiq tak faham apa yang mereka katakan.

Aku menapak ke bilik Afiq. Pintu ditolak perlahan. Dia masih belum tidur. Gambar ditangannya ditilik lama. Kerusi ditarik lalu aku duduk berhampiran Afiq.

"Kenapa mak long benci Afiq? Kak Dina benci Afiq? Kenapa? Afiq tak buat salah pun". Aku melepaskan nafas panjang.

"Biar la diorang nak benci kau. Aku ada. Aku janji dengan kau...yang aku akan lindungi kau". Afiq mengangkat wajahnya. Dia tersenyum lalu turun dari katil lantas memelukku.

"Terima kasih abang. Afiq sayang abang. Abang la hero Afiq".

"Pergi la tidur. Confirm kau penat berjalan seharian". Afiq akur. Dia merebahkan dirinya ke atas katil. Selimut ditarik ke paras dada. Aku menapak keluar dari bilik Afiq. Nafas dihela.

Baru sekarang aku rasa penat. Bilikku dituju lantas aku terus merebahkan diri ke atas katil. Mataku ditutup rapat dengan keadaan tertiarap. Jarum jam berdetik setiap saat. Aku terjaga daripada tidur. Jam ditilik.

12:45 pagi.

Aku duduk bersila di atas katil. Wajahku diraup. Mataku tidak boleh ditutup semula. Serta merta aku jadi segar. Mungkin aku sudah terbiasa bangun pada waktu begini. Telefon pintar di atas meja dipandang lama.

Irsa. Dia pasti sedang tidur pada waktu macam ni. Almari di hadapanku di pandang. Lebih baik aku pergi ambil angin. Kunci dicari. Nasib baik aku ingat di mana aku letak kunci almari.

Pintu almari dibuka. Segala barang lamaku masih berada di dalam almari ni. Baju hoodie berwarna putih diambil lalu disarungkan ke badanku. Hoodie dipakai ke kepala. Mask dipakai menutup sebahagian wajahku.

Afiq masih lena. Dia memang penat. Aku menapak turun ke bawah. Pintu rumah dibuka. Kasut dipakai lalu aku berjalan keluar. Angin malam yang sejuk menerpa tubuhku. Langkahku terhenti di hadapan sebuah rumah teres setingkat. Entah macam mana aku boleh berjalan hingga ke sini.

Aku memanjat pagar rumah. Aku menoleh ke belakang. Nasibku baik. Tiada sesiapa yang berjalan ketika ini. Mataku terpandang pada pagar rumah. Tidak berkunci pun sebenarnya. Tak apa lah.

Aku mengangkat pasu bunga di sebelah pintu rumah dan mengambil kunci rumah ini. Macam mana aku boleh tahu?

Hey ini Aris Daniel.

Tombol pintu dipulas lalu aku menapak masuk ke dalam. Pintu ditutup rapat semula. Kunci dimasukkan ke dalam poket seluarku. Perlahan lahan aku berjalan masuk ke dalam sebuah bilik. Pintu dikuak perlahan.

Bilik Dina.

Aku melawat kawasan bilik Dina. Tersusun. Rapi. Sekujur tubuh di atas katil aku pandang lama lalu menapak menghampiri dia. Aku melutut di sebelah katilnya. Dina terjaga. Dia mahu menjerit tetapi suaranya seakan akan tidak mahu keluar.

"Jangan lari".

"Tidur balik".

Air mata Dina laju mengalir. Tubuhnya kaku.

"Tidur".

Dina masih berharap yang semua ini hanya mimpi semata mata.

"Tak nak tidur?"

Aku memanjat katil. Mulut Dina ditekup kuat. Senyuman jahat ditarik disebalik mask. Pemetik api di atas meja diambil. Nampak sangat Dina ni seorang perokok.

"Shh jangan nangis".

Pemetik api ditekan. Api kecil mula menerangi bilik. Aku menghalakan api pada wajah Dina.

"Kau tak nak tidur kan". Aku mula membakar kedua belah kelopak matanya. Tak nak tidur sangat. Amik kau.

"Sekarang kau boleh lihat dunia setiap saat. Kau kan tak suka tidur". Pemetik api disimpan ke dalam poket.

"Kau nak tahu tak. Kau ni banyak cakap. Suka kutuk orang sana sini. Mana perasaan belas kasihan kau? Anak buah sendiri kau kutuk". Aku duduk bersila di sebelah Dina. Dia masih terbaring sambil menangis.

Benang dimasukkan ke dalam lubang jarum. Perfecto. Aku menoleh ke belakang. Wajah Dina dipandang. Aku menyeka air matanya.

"Sakit telinga aku dengar kau membebel siang tadi. Sakit tahu tak sakit. And mulai waktu ni kau akan senyap. Baru la orang tak sakit hati dengar suara kau".

Mulut Dina dijahit seperti aku menjahit mulut budak bertiga tempoh hari.

"Done". Aku tersenyum gembira. Sangat cantik hasil kerja aku.

"Sekarang aku nak cuci hati kau. Hati kau tu busuk. Biar aku cuci dengan sabun basuh".

Pisau di dalam poket baju dibawa keluar. Butang tengah bajunya dibuka. Dadanya dibelah. Darah mengalir keluar dengan banyak. Organ hatinya diambil dan dibawa keluar.

"Okay. Kerja aku dah selesai. Aku pergi cuci. Bye bye". Aku menapak keluar dari bilik Dina. Balang diambil lalu aku meletak hati Dina di dalam balang itu.

"Next person".

THE END (4)Where stories live. Discover now