Bab 33

1.7K 101 7
                                    


Kawasan perumahan Khai dipandang. Tiada orang langsung di kawasan ni. Rumah lama. Memang tak ramai orang mahu tinggal di sini. Mereka lebih selesa tinggal di bandar.

Kelihatan rumah Khai kosong seperti tidak berpenghuni. Keretanya turut tiada di halaman rumah. Pintunya berkunci. Pantas Aris mendail nombor Khai tetapi panggilannya tidak berjawab. Hampa. Aris mengeluh kecil lalu memusingkan tubuhnya. Langkahnya mati. Matanya tertancap pada sesusuk tubuh di hadapannya.

Irsa. Dia menutup pintu keretanya rapat. Mata mereka saling bertaut. Kalau boleh Irsa ingin terus mendakap erat tubuh lelaki itu. Dia amat rindukan Aris dan sekarang Aris muncul di hadapan Irsa.

"Aris". Irsa menapak menghampiri Aris. Aris masih kaku di tempatnya. Wajahnya tidak bertutup. Dia berpakaian seperti biasa. T shirt biru serta jeans.

"Stay there. Jangan dekat dengan aku". Langkah Irsa mati. Seakan akan seperti satu panahan kilat terkena pada dadanya. Kenapa Aris bersikap dingin seperti ini?

'Irsa aku rindukan kau. Datang la dekat dengan aku'. Desis hati Aris. Kata kata itu seperti tidak terluah dari mulutnya.

"Kenapa awak tak cari saya Aris? Tiga tahun saya sakit sebab awak. I miss you Aris". Langkah Irsa dibuka lagi menghampiri Aris. Air matanya sudah mengalir.

'I'm sorry Irsa'.

"Stay away from me Irsa. Jangan dekat dengan aku kalau kau tak nak sakit".

Irsa degil. Dia berlari anak mendapatkan Aris. Tangan Aris yang masih disarungkan gloves dipegang erat lalu diusap perlahan pada pipinya. Aris kaku. Dia rindukan Irsa. Sudah tiga tahun dia seksa Irsa dengan kehilanga dia secara tiba tiba. Aris masih mengawal egonya. Dia menepis tangan Irsa dengan kasar.

"Jangan sentuh aku. Aku tak suka. Aku benci kau".

Satu lagi panahan tepat pada dada Irsa. Dia seakan akan tidak percaya perkataan yang baru sahaja Aris lontarkan padanya tadi. Aris bergurau saja kan? Kan?

"Kenapa awak benci saya? Apa salah saya Aris. Awak.. Saya dah lama tunggu awak datang and now.. Awak ada". Irsa cuba mengumpul kekuatan dalam dirinya. Air mata diseka. Dia mahu berterus terang dengan Aris. Dia tidak mahu Aris meninggalkannya lagi.

"Aku tak kesah semua tu". Itu lah kata kata terakhir Aris kepada Irsa sebelum lelaki itu meninggalkan Irsa sendirian. Aris menapak ke keretanya dan beredar pergi. Irsa terduduk di hadapan pagar rumah Khai. Air matanya laju keluar.

"Saya tahu awak tak maksudkan macam tu kan Aris? Awak masih sayangkan saya kan. Tolong jujur Aris. Saya nak awak. Aris Daniel yang dulu".

Kereta diberhentikan di bahu jalan. Emosinya kembali normal. Stereng kereta dihentak kuat. Aris menjerit sekuat hatinya di dalam kereta itu. Nafasnya tidak teratur. Wajahnya merah. Urat ditangannya jelas kelihatan.

Aris meraup wajahnya. Air mata Irsa tadi satu kelemahan baginya. Dia akan rasa sakit apabila lihat Irsa menangis. Aris kau memang tak guna. Tak guna Aris. Tubuhnya disandarkan pada kerusi. Nafas dihela.

"Saya tak pernah bencikan awak Irsa. I'm sorry Irsa".

******
B

agasi sudah siap dikemaskan. Dua orang pengawal peribadinya mengiringi wanita itu ke balai pelepasan bersama beberapa orang anak buahnya yang turut serta bersamanya.

"Dah bertahun aku tak balik sana. Dia nak main sangat dengan aku. Dia belum kenal siapa aku lagi".omel wanita itu sendiri. Anak buah di sebelah kanannya mencuri dengar.

"Bos serius dengan perkara ni? Vaksin tu tak apa ke kalau orang lain tolong pegangkan?" Soal anak buahnya itu bertubi tubi. Bahu anak buahnya itu dipegang.

"Sekali aku cakap memang aku akan buat. Vaksin tu jangan risau. Aku pastikan dia tak akan dapat cari sebab aku nak mereka mati". Anak buahnya itu mengangguk tanda setuju. Bahu dilepaskan. Cermin mata hitam dipakai.

"Aris Daniel, kau tunggu".

THE END (4)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang