ARIS POVPandanganku dilemparkan ke luar tingkap. Afiq sedang bermain basikal di halaman rumah sendirian. Mataku melilau di sekeliling kawasan rumah. Tiada sesiapa yang mencurigakan. Nafas dihela.
Kenapa dia masih nak kan Irsa? Apa lagi yang dia mahukan? Nak seksa hidup aku lagi?
Perkara ini berulang lagi. Aku dah tak nak jadi macam dulu tapi keadaan sekeliling yang memaksa aku.
"Abah nak Aris pergi main dengan Irsa. Farid beri pisau tu pada Aris".
Pisau bertukar tangan. Irsa dibebaskan dari kurungan. Aku mengatur langkah ke arahnya. Uncle Bear dan yang lain hanya melihat.
"Aa...Aris apa awak nak buat dengan pisau tu?" Irsa menapak ke belakang.
"Jom la main dengan aku. Dah lama kan kita tak main".
Pisau diangkat. Irsa sudah tidak mampu lari daripadaku lagi. Tubuhku semakin hampir pada tubuhnya. Jarak antara kami hanya 15 cm. Sepanjang pembaris tu.
"Aris...please...jangan buat.....".
"Aris! Jangan dengar cakap dia. Dengar cakap abah!"
Emosi menguasai diriku. Tanpa aku sedar pisau dibenamkan pada perutnya. Irsa rebah di atas lantai bersama lumuran darah.
"Bagus Aris! Bagus!!"
Dia memang penipu besar. Dia cakap aku dah bebas daripada genggaman dia tapi rupanya tidak. Aku masih terkurung dalam permainan dunianya. Mataku melirik ke luar tingkap. Kelibat Afiq sudah hilang.
Aku mula gelisah dan terus keluar dari makmal kecilku. Aku bergegas turun ke bawah. Afiq menutup pintu rumah. Aku menghela nafas lega. Di tangan Afiq terdapat sepucuk sampul sebesar kertas A4.
Mecok sangat ni.
"Abang ada orang bagi. Ni untuk abang". Sampul dihulurkan. Aku menilik sampul itu. Tiada sebarang tulisan.
Siapa yang bagi?
"Pergi mandi. Nanti makan luar". Afiq menurut dan segera naik ke atas. Aku menapak ke bilik dan membuka komputer ribaku. Terdapat cakera padat di dalam sampul itu. Aku memasukkan cakera padat itu ke dalam komputer ribaku. Satu video dimainkan. Muncul seorang lelaki. Tapi wajahnya tidak kelihatan kerana suasana gelap.
Bil elektrik rumah dia dah berapa tahun tak bayar?
"Aris Daniel bin Hanafi. Ingat lagi kan suara siapa ni? Tak sangka kau masih hidup. Dah lama aku perhatikan teman wanita kesayangan kau tu. Tup tup dapat boyfriend dia yang psycho sekali. Waw! Untung aku. Tak payah la susahkan anak buah aku nak pergi merata dunia cari kau".
"Apa kau fikir aku dah mati? Kau dah bebas? Tak semudah tu. Ramai lagi orang kuat aku... Kiri kanan atas bawah semua ada. Sepanjang tiga tahun kau menghilang, aku dah belajar banyak benda. Cara nak seksa kau. Kau fikir kau je yang boleh seksa orang?"
"Aku dah lama tak tengok drama kau dengan Irsa. Aku rasa patut mula sekarang tapi aku perlukan masa untuk heroin bersedia. Barang aku pun dalam masa terdekat ni akan sampai. So kau pun siap sedia la. Anytime akan mula".
"Apa aku nak buat? Biar aku eja. R to the A to the C to the U to the N... Your girlfriend. Hahahaha!!! Kau nak selamatkan dia kan? Mestilah nak kan? Kan? Cuba lah. Hidup kau akan merana Aris. Kau akan merana macam mana aku merana dalam penjara".
"Lihat orang sekeliling kau. Seorang demi seorang akan lesap. Anytime akan lesap. Aku yakin kau tak dapat nak jaga mereka serentak. Biar kau susah. Biar kau seksa. So goodluck".
Video menjadi gelap. Aku mencampakkan komputer riba ke atas katil. Nafasku tidak menentu.
Shit. Irsa dalam bahaya. Dan bukan dia seorang saja.
"Abang jom makan". Afiq membuka pintu bilik. Dia sudah bersiap.
Okay budak ni memang kacau line.
![](https://img.wattpad.com/cover/112175818-288-k533069.jpg)
YOU ARE READING
THE END (4)
Mystery / Thriller"Aku laparkan daging manusia. Dahagakan darah segar dari tubuh manusia. Mereka cari pasal dengan aku, akan datang bala pada mereka. Hidup mereka tidak lama. Bila bila masa akan terkorban". Bermula dari zaman kolej hingga sekarang, dia tak pernah ber...