SPECIAL PART III

3.1K 150 65
                                    


Aku masih berjalan seorang diri di sekitar bandar. Entah ke mana aku hendak tuju pun aku tak tahu. Dengan masih berpakaian kot serta kemeja. Sudah beberapa orang aku langgar dengan sengaja dan berlalu begitu sahaja tanpa mengucap kata maaf.

Langgar je kan? Tak mati pun lagi kan? Aku bukan Hulk sekali langgar diorang nak mampus.

Tiba tiba sahaja seorang perempuan yang tergesa gesa terlanggar tubuhku. Habis semua file berselerak di atas jalan. Perempuan itu bercangkung mengutip semua file itu. Lepastu mesti korang fikir aku akan tolong dia kutip file dan tangan aku dengan tangan dia akan tersentuh. Then, fall in love. Ceh. Klishe.

Apa aku buat? Pandang sahaja dia kutip semua benda tu. Sebab itu salah dia. Siapa suruh langgar aku? Dah tahu badan aku macam dinding, sekali langgar bukan aku jatuh tapi orang yang langgar aku tu yang akan jatuh.

"Sorry saya tak sengaja. Tadi saya nak cepat sangat". Dia memandang wajahku lalu menghadiahkan senyuman. Aku terpaku seketika. Senyumannya seolah olah mampu membeku mana mana lelaki di bandar ini.

"Encik okay tak? Saya nak cepat sebab saya ada meeting sekarang. Nanti bos saya marah pula. Saya minta diri dulu". Perempuan itu beredar dengan segera dan menuju ke sebuah bangunan.

Dia dah banyak berubah. Dulu, dia freehair. Pakai pula pakaian seksi dan ketat. Sekarang, dia pakai tudung. Baju pula labuh dan longgar. Dia tak pernah bercakap sopan dengan mana mana orang sebelum ini. Walaupun dia langgar orang, dia akan ceramah dengan carutan dia dulu pada orang tersebut. Sekarang, dia berubah.

Satu jam. Dua jam. Berlalu begitu sahaja. Mataku ligat memandang setiap makhluk yang keluar daripada bangunan itu sehingga lah mataku tertancap pada tubuh perempuan tadi. Aku segera mendapatkannya.

"Eh encik? Kenapa?" Dia memandangku dengan hairan. Setiap inci di wajahnya aku pandang.

"Kau tak ingat aku siapa?" Perempuan itu tergelak kecil. Ah seriously? Aku ada pakai macam badut IT tu ke then main lambung banyak bola?

"Saya tak pernah pun nampak muka awak. Tak kan la saya nak kenal awak. Saya balik dulu. Assalamualaikum". Perempuan itu meminta diri untuk beredar dan masuk ke dalam sebuah kereta.

"Waalaikumussalam, Risya".

*****

Tubuhku direbahkan ke pondok. Nafas dilepaskan. Satu jam aku joging sekitar taman depan rumah. Kenapa aku penat sangat? Sebab kena kejar anjing.

"Aris Daniel!"

Apa lagi isteri aku ni nak? Makan dah. Minum dah. Tidur dah. Main dah. Lepak dengan aku pun dah. Apa lagi dia nak?

"Abang. Afiq hilang". Aku tersentak lantas segera bangun berhadapan dengan Irsa.

"Macam mana boleh hilang? Abang pergi joging tak sampai satu jam. Ouh okay satu jam lebih sebenarnya..."

"Tak ada masa abang nak terang semua benda tu. Afiq hilang. Mana dia?" Tubuhku digoncang kuat. Dah la aku penat. Dia pula pergi goncang badan aku. Ingat aku air cocacola ke?

"Mana abang tahu! Sayang yang duduk rumah je kan tadi! Kenapa tanya abang?!" Irsa memukul lenganku kuat.

"Mana saya tahu dia hilang. Mana tau dia ikut abang pergi joging sekali. Tolong cari sekali". Lenganku ditarik masuk ke dalam rumah. Aku tak faham macam mana si Afiq boleh hilang dalam rumah.

Setiap celah rumah aku dah cari. Termasuk lah lubang jamban. Apa? Mana tahu ada raksaksa sedut dia masuk dalam tu.

"Abang macam mana ni? Afiq hilang. Kalau dia kena culik macam mana? Nanti kena jadi tebusan. Lepastu kalau dia bunuh Afiq macam mana? Abang buat la something".

"Diam boleh tak?! Otak aku tengah serabut sekarang ni! Kau pula membebel macam nenek baru bangun dari kubur! Aku tengah fikir la ni!" Irsa mengetap bibirnya.

"Nak cakap saya macam nenek? Hey, awak sedar tak yang hilang tu Afiq. Anak kita! Awak yang jumpa dia dulu kan? Sekarang awak boleh rileks goyang kaki apa semua". Aku bangun lalu mencengkam kuat tangan Irsa.

"Kau nak kena dengan aku ke ha? Aku dah lama tak buat perangai tapi kau yang mula dulu". Tubuh Irsa dihempaskan ke atas sofa. Mata Irsa mula berair.

"Stay there. Jangan gerak". Aku berlalu ke dapur lalu mengambil pisau tajam dan kembali ke ruang tamu.

"Aris please. Sedar Aris! Saya Irsa! Tolong la sedar. Jangan buat macam ni". Irsa berundur ke belakang. Aku peduli apa dan terus merapati tubuh Irsa.

"Aku benci la dengar kau membebel. Kau nak kena macam budak bertiga dulu tu? Aku jahit mula masing masing hidup hidup. Kau nak?" Laju sahaja Irsa menggelengkan kepalanya.

"So, lepasni jangan nak membebel sangat. Aku benci tahu tak. Jadi lepasni, aku nak tengok isteri pendiam dan cantik". Pisau makin menghampiri bibir Irsa. Tiba tiba...

"Happy birthday to you. Happy birthday to you. Happy birthday to mama. Happy birthday to you!" Afiq muncul bersama sebiji kek di tangannya.

"Happy birthday sayang". Irsa menolak tubuhku menjauhinya.

"Suka kan buat macam ni. Afiq pergi mana?" Irsa memeluk erat tubuh Afiq. Pisau dihulurkan kepada Irsa lalu dia memotong kek itu dengan sempurna.

"Yeay kek! Papa beri Afiq la!" Aku baru sahaja nak makan dia dah rampas pinggan dari aku.

"Ambil la. Makan jauh sana". Afiq menjelir lidahnya lalu beredar. Aku memandang Irsa yang makin menjauh dari aku.

"Hai di sana. Jauhnya duduk". Irsa memandangku.

"Saya takut duduk dengan awak. Makan la sorang. Saya pergi makan dengan Afiq". Pantas aku menarik tangan Irsa dan menyuruhnya duduk di atas peha aku.

"Kenapa takut?"

"Tadi.. Awak main pisau.. Saya takut. Takut awak buat perangai awak macam dulu". Aku tergelak kecil.

"Sayang, tadi tu gimik je la". Irsa memandang wajahku.

"Janji jangan jadi psiko". Kami berdua membuat pinky promise lantas Irsa memelukku erat.

"Abang janji. Abang jaga sayang, jaga Afiq sampai nafas abang yang terakhir". Makin erat Irsa memeluk tubuhku lantas aku mendukungnya like bride style.

"Nak pergi mana?" Aku menarik senyuman sinis. Penuh bermakna senyuman itu walaupun sinis. Heh..

"Jom pergi buat anak!"

"Yaahh!! Aris pervert!"

TAMMATT 💖💦

SO NI LAST NIEL BUAT. ENJOY. THANKS VOTMMENTS!! ♥

THE END (4)Where stories live. Discover now