Raysha memandang opahnya dengan muka tak percaya. Betul ke ape yang aku dengar? Ke telinga aku masuk air?
Nek Tijah memandang cucunya yang seperti berangan. Dia mencubit peha cucunya supaya cucunya itu sedar.
"Auch!!"jerit Raysha. Bukan main sakit pahanya akibat cubitan dari neneknya itu.
Nek Tijah hanya menggeleng apabila melihat cucunya yang berkerut-kerut mukanya akibat cubitan dari dirinya.
"Nenek tanya ni? Kamu setuju tak?"tanya Nek Timah sekali lagi.
Raysha memandang neneknya namun tangannya masih lincah lagi menyapu pehanya yang dicubit neneknya."Siapa nek? Nenek kenal ke budak tu?"tanya Raysha pula. Entah siapalah yang neneknya berkenan ni.
Nek Tijah tersenyum mendengar pertanyaan cucunya. Dia tahu cucunya seorang ini memang takkan menolak permintaannya. Lain lah cucunya yang lagi dua orang tu. Asyik merungut je apabila disuruh itu ini.
"Cucunya Pak Leman."jawab Nek Tijah ringkas. Dia berkenan betul dengan cucu-cucu Pak Leman. Bukan sahaja sopan santun malah sangat menghormati orang tua.
Raysha mengerutkan dahinya. Cucu Pak Leman? Irfan ke? Tapi bukan dia dah kahwin ke tahun lepas?
"Nek. Abang Irfan tu kan dah kahwin. Takkan lah nenek nak Raysha kahwin dengan dia. Nanti tak pasal-pasal Raysha bergaduh dengan isteri dia."
Nek Tijah yang mendengar kata-kata Raysha terus mencubit Raysha lagi. Geram betul dengan cucunya yang seorang ni.
"Auch!! Sakitlah nek." Kata Raysha sambil mengusap-usap pehanya yang kembali sakit. Neneknya ni memanglah kalau cubit mengalahkan ketam.
"Tu lah merepek lagi. Takkan lah nenek nak kamu kahwin dengan si Irfan tu pulak. Nenek nak kamu kahwin dengan adik dia. Si Imran tu."jelas Nek Timah sambil menggelengkan kepalanya.
Raysha memandang neneknya. Sejak bila abang Irfan ada adik? Dia tak tahu pun.
"Abang Irfan ada adik ke ni? Tak pernah nampak pun?"
Nenek Tijah mengangguk. Dia pun sebenarnya baru tahu tentang itu. Selama ni hanya si Irfan sahaja yang dia kenal sebab cucunya ni agak rapatlah jugak dengan si Irfan.
"Ada. Tapi tak pernah balik sini. Dia duduk dengan keluarga dia dekat Amerika sana. Cuma si Irfan tu yang duduk sini temankan Pak Leman."kata Nek Tijah.
Raysha mengangguk. "Ohh. Patutlah tak pernah nampak. Duduk luar rupanya."
"Kamu setuju tak kalau nenek nak kamu kahwin dengan dia? Nenek bukan apa? Nenek cuma berkenan betul dengan cucu Pak Leman tu. Cuba kamu tengok si Irfan tu. Sopan je budaknya."kata Nek Tijah sambil tersenyum memanfang Raysha.
"Tapi kan nek . . . Raysha tak kenallah adik dia tu."kata Raysha lembut. Dia tidak mahu menghampakan neneknya yang terlalu berhajat benar nak cucunya Pak Leman.
"Raysha, nenek tahu kamu tak kenal dia lagi. Bukan nenek nak suruh kamu kahwin esok. Cuma nenek nak kamu bertunang dulu. Manalah tahu tahun depan nenek dapat cicit pula."kata Nek Tijah sambil ketawa melihat muka cucunya yang kemerah-merahan akibat malu. Dah lah mukanya tu putih melepak. Habis menjadi merah.
"Nenek ni . . ."kata Raysha sambil bangun dari duduknya. Makin lama dia duduk situ makin kuat neneknya nenyakat dia.
Nek Tijah hanya menggeleng melihat Raysha yang berlalu dari situ. Dia tahu cucunya itu sedang malu. Bukan dia tak kenal dengan cucunya itu.
Nek Tijah tiba-tiba teringat sesuatu. Terus dia menjerit nama Raysha yang berada di biliknya.
"Ye. Kenapa nek?"tanya Raysha sambil memegang fail di tangannya. Dia mengerutkan dahinya apabila melihat neneknya yang sedang panik itu.
"Kamu dah hantar makanan kat atuk ke belum?"tanya Nek Tijah. Dia sebenarnya lupa sama ada makanan itu sudah dihantar atau belum.
Pertanyaan Nek Tijah membuatkan Raysha kelu. Dia tersenyum memandang neneknya yang sudah berdiri sambil bercekak pinggang sambil memandang ke arahnya.
"Belum nek."kata Raysha sambil menggaru-garu kepalanya.
"Pergi hantar sekarang."kata Nek Tijah dengan riak muka yang sengaja digarangkan. Biar cucunya itu takut sedikit dengannya.
YOU ARE READING
Bahagia Yang Tertangguh
RomanceImpian Raysha hanyalah membahagiakan orang yang disayangi. Namun semua itu musnah akibat diceraikan dengan kejam pada usia perkahwinan yang cukup singkat. "Raysha Alya binti Kamil. Aku ceraikan kau dengan talak satu! Mulai hari ni aku tak nak tengok...