Bab 50

7.6K 244 14
                                    

Raysha menolak makanan di hadapannya. Dia sudah muak makan makanan dari hospital. Dah lah tawar. Tak memikat selera dia betul.

Lizzy yang melihat perlakuan Raysha menolak kembali makanan tersebut ke arah Raysha. Dah lah dari pagi tadi Raysha tak makan. Dia nak beli makanan, Raysha cakap tak nak.

"Makanlah. Dari pagi kau tak makan. Ni dah malam tau. Kalau kau sakit perut nanti baru tahu."kata Lizzy sambil menggaul-gaul makanan tersebut.

"Aku tak rasa lapar lah."kata Raysha. Dia dah bosan dengan makanan hospital. Tapi dia tak mahu susahkan Lizzy cari makanan untuk dia.

"Hish! Aku nak belikan makanan, kau tak nak."kata Lizzy dengan nada memerli.

"Hish! Kau ni bising lah. Kau pergilah balik. Mesti banyak kerja yang kau kena buat."kata Raysha sedikit menghalau. Sebenarnya, dia rasa bersalah kerana Lizzy asyik melawatnya padahal banyak lagi kerja Lizzy dekat pejabat.

"Kau ni sakit-sakit pun banyak bunyi. Dah lah. Kau tak nak makan ni kan? Aku pergi cari makanan kejap."kata Lizzy lalu bangun dari duduknya. Dia kena cari sesuatu supaya Raysha makan jugak walaupun sedikit.

"Tak payah. Aku tak lapar."kata Raysha. Dia tak mahu Lizzy bersusah demi dia. Dia bukannya lapar sangat pun.

Lizzy hanya buat tak tahu sahaja dengan kata-kata Raysha. Dia tahu kedegilan Raysha macam mana. Sebab tu dia malas bergaduh. Raysha mesti nak menang je.

Raysha mengeluh apabila mendengar pintu tertutup. Lizzy ni memanglah. Akhirnya Raysha mula bersandar semula pada katil. Dia mula mencapai gelas di tepi meja lalu dituangkan air. Raysha membaca bismillah sebelum mula minum air.

Bunyi pintu yang ditutup dengan kuat membuatkan Raysha yang sedang minum tersembur airnya. Habis terbatuk-batuk dia jadinya. Raysha mengetap giginya sebelum mengangkat muka memandang orang yang membuatnya terkejut. Raysha memandang orang tersebut dengan tajam.

"Awak buat apa kat sini?"tanya Raysha dengan muka yang jelas tak puas hati dengan lelaki di hadapannya. Habis basah katilnya akibat dia tersembur air tadi.

Kyle memandang pesakit yang berada di katil. Dia terkejut. Tak sangka dia termasuk wad yang diduduki oleh Raysha.

"Hai."kata Kyle sambil melambaikan tangan ke arah Raysha.

Raysha masih dengan riak muka marahnya. Dia tak suka ada orang buat dia terkejut. Lagi-lagi mamat senget yang dia tak suka ni.

"Awak buat apa kat sini? Awak stalk saya ke?"kata Raysha lagi.

Kyle mengerutkan dahinya. "Excuse me, Cik Alya. Saya ni busy orangnya. Awak ingat saya ada masa ke nak stalk awak? Hish! Tak de kerja betul."kata Kyle selamba. Dia bukannya saja-saja nak masuk bilik ni. Dia kena kejar dengan peminat dia. Sebab tu dia lari.

Agak tersentap jugak Raysha mendengar kata-kata Kyle.

"Keluar."kata Raysha. Dia tak mahu memandang lelaki di hadapannya ini. Setiap kali jumpa, ada je perkara yang menyakitkan hati yang lelaki ni buat. Dia tak suka.

"Err . . . Boleh tak saya duduk bilik ni kejap? Saya tak boleh keluar sekarang."kata Kyle meminta izin. Tak mungkin dia keluar dari sini sekarang. Itu sama sahaja dia macam nak bunuh diri. Dah lah ramai peminat dia sedang cari dia.

"Out."kata Raysha sambil menunjuk ke arah pintu. Dia peduli apa dengan Kyle. Tak ada kena mengena dengan hidup dia. Raysha mula turun dari katilnya. Dia menarik tiang air IV sambil berjalan mendekati pintu. Dia membuka pintu bilik tersebut.

Kyle yang melihat perbuatan Raysha menutup kembali pintu tersebut. Dia memandang Raysha yang seperti marah dengan perbuatannya.

"Tolong lah saya. Kita kan saudara."kata Kyle lagi. Dia tak kira. Dia nak duduk sini jugak.

Bahagia Yang Tertangguh Where stories live. Discover now