Bab 57

6.4K 208 2
                                    

Masuk sahaja ke dalam rumah, Imran terus menolak Raysha sehingga jatuh ke lantai. Habis semua barang yang dia beli tadi terkeluar dari plastik memandangkan Raysha memegang plastik. Dia marah betul dengan Raysha. Bukan main lagi Raysha ketawa dengan Farish tadi?

"Apa masalah awak ni? Tolak-tolak orang pulak."kata Raysha sambil mengusap-usap sikunya yang sakit akibat terhentak kat lantai. Sakit tahu tak.

"Seronok? Gelak-gelak dengan Farish? Apa? Dah jatuh hati dengan dia?"kata Imran dengan nada marahnya. Dia tidak suka dengan cara Farish memandang Raysha. Cukup-cukup tak suka.

"Apa awak cakap ni? Salah ke saya gelak pun? Saya manusia. Bukan robot."balas Raysha sambil bangun dari duduknya. Dia berdiri semula lalu memandang Imran yang masih memandang ke arahnya.

"Cakap jelah yang kau nak tarik perhatian Farish. Aku tahu lah. Kau tahu Farish tu kaya, sebab tu kau cuba tarik perhatian dia."kata Imran sedikit menengking. Apabila melihat cara Farish memandang Raysha, dia rasa cemburu. Dia rasa marah. Dia tidak rahu nak lepaskan marahnya kepada siapa.

Raysha membuat muka tak percaya. Dia tidak suka dituduh.

"Awak nak cakap saya ni materialistik ke? Tak cukup awak cakap saya perempuan jalang, perempuan curang semua. Sekarang ni awak nak cakap saya ni materialistik pulak? Awak sedar tak apa yang awak cakap ni?"tanya Raysha dengan tegas.

"Cukuplah Imran. Saya penatlah. Saya penat kena tuduh dengan awak. Kalau awak tak percaya, tak apa. Saya faham. Sebab bukan senang nak percaya orang. Tapi awak dah melampau. Awak tuduh saya buat benda yang saya tak buat."kata Raysha sedikit meninggi. Dia cukup penat sekarang ni. Bukan hal Imran sahaja dia kena fikir. Banyak lagi.

"Tuduh? Kau nak cakap aku tuduh kau? Hei, kalau kau tak buat, kenapa beriya-iya menafikan? Relax jelah. Cara kau ni, nampak sangat yang kau buat semua tu."marah Imran kembali. Dia cukup yakin yang Raysha buat semua tu.

Raysha diam. Dia cakap apa pun sekarang, Imran tetap takkan percayakannya. Buat penat je dia terangkan. Raysha mula melangkah ke dapur. Dia penat nak layan Imran ketika ini. Dah lah lapar. Tadi masa jumpa abangnya, dia tak makan pun sebab marah sangat.

Imran menarik lengan Raysha yang mula ke arah dapur. Dia menarik Raysha ke arah tangga.

"Imran apa ni? Lepas lah."kata Raysha sambil cuba melepaskan dirinya dari pegangan Imran. Dia tak nak ikut!

Imran buat tak tahu sahaja dengan rontaan Raysha. Dia tetap menarik Raysha sehingga ke arah biliknya. Masuk sahaja ke dalam bilik, dia mengunci pintu. Lengan Raysha yang dipegang masih tidak dilepaskan.

"Awak nak apa?"kata Raysha sambil tangannya tak henti-henti menolak tangan Imran dari memegang lengannya. Tapi pegangan Imran terlalu kemas, sehingga dia susah nak lepaskan.

Imran memandang Raysha sebelum menarik Raysha ke arah meja solek. Imran membuka laci meja solek lalu mengambil satu kotak cincin. Dia menunjukkan kotak cincin tersebut ke arah Raysha.

Raysha memandang kotak cincin di rangan Imran. Dia seperti kenal dengan kotak cincin tersebut.

"Tahu tak apa ni?"tanya Imran. Dia membuka kotak cincin tersebut. Sebentuk cincin bertahtakan berlian terdapat di dalam nya.

Raysha diam. Dia lihat cincin yang berada di dalam kotak cincin tersebut sebelum melihat jarinya. Macam manalah dia boleh terlupa yang selama dia balik dari hospital, dia langsung tidak memakai cincin? Aduh! Masak!

"Tu . . . "

"Cincin ni tak sepatutnya berada di sini."kata Imran sambil menilik cincin yang berada di dalam kotak. Sebenarnya, dia jumpa cincin ini di bilik yang Raysha biasa menginap.

Bahagia Yang Tertangguh Where stories live. Discover now