Bab 8

6.6K 207 3
                                    

Imran memandang abangnya sebelum tersenyum sinis. Dia mula membuka langkah mendekati Raysha yang sedang menyusun pinggan di atas meja. Sampai sahaja di sebelah Raysha, dia mengambil pinggan dari pegangan Raysha.

"Boleh saya tolong awak? Saya tengok dari tadi awak tak berhenti buat kerja. Kesian saya tengok awak."kata Imran sambil tangannya masih lagi memegang pinggan yang diambil dari Raysha. 

Raysha memandang pelik ke arah Imran. Buat-buat rajin pulak mamat ni. Ingat dia tak perasan ke senyuman sinis mamat tersebut kepada Abang Irfan.

"Tak pelah. Awak kan tetamu. Takkan awak nak buat kerja pulak."balas Raysha. Dia lebih selesa membuat kerjanya bersendirian daripada diganggu Imran. Entah kenapa dia dapat rasakan sesuatu yang tidak kena dengan lelaki tersebut.

Imran menyambung kerja Raysha menyusun pinggan di atas meja. Kata-kata Raysha sebentar tadi diabaikan. Kalau bukan sebab nak balas dendam dengan abang aku, jangan harap aku nak buat semua ni! Jijik betul aku dengan orang kampung ni! Kalau kat rumah semua bibik yang sediakan.

Raysha yang melihat Imran terus menghalang Imran daripada terus menyusun pinggan tersebut. Kalau nenek nampak tak ke dia kena marah? Yelah, tetamu datang disuruh buat kerja.

"Awak tak payahlah buat. Ni kerja saya. Saya boleh buat. Awak duduklah kat depan sana. Bersembang dengan atok, nenek dan abang awak."kata Raysha sambil mengambil semua pinggan di tangan Imran. Imran ni boleh tahan degil dia.

Imran memandang Raysha sambol tersenyum. "Tapi saya tak nak bersembang dengan diorang. Saya nak sembang dengan awak."kata Imran dengan nada menggoda. Dia tahu takkan ada siapa yang takkan terjatuh hati dengan godaannya.

Raysha memandang belakang untuk mengambil sudu di kabinet. Masa yang sama sempat dia menjulingkan matanya apabila dia mendengar kata-kata Imran. Yuck! Dia ni duduk zaman bila? Masih nak guna awak lapuk nak tackle dirinya. Memang taklah nak jalan.

"Saya ni bukannya suka bersembang dengan orang pun."kata Raysha jujur. Dekat kampung ni pun, dia hanya bercakap dengan Abang Irfan sahaja selain keluarganya. Itu pun sebab atok dan neneknya rapat dengan Pak Leman. Kalau tak memang tak bercakaplah.

"Ye ke? Tapi dari tadi awak bersembang dengan saya."kata Imran sambil tersenyum memandang Raysha. Seronok dia melihat Raysha yang agak tersentak mendengar kata-kata yang keluar dari mulutnya.

Raysha diam. Sedar yang dia baru sahaja kena perli dengan Imran. Dia berhenti membuat kerjanya sebelum bergerak ke arah ruang tamu untuk memanggil atok, nenek dan Irfan untuk makan tengah hari. Malas dia melayan mamat sekor tu! Makin dia cakap, makin banuak bunyi budak tu.

Tok Lah, Nek Tijah dan Irfan masuk ke arah dapur. Masing-masing mula mengambil tempat. Imran yang perasan abangnya hendak mengambil tempat berhadapan dengan Raysha terus mengambil tempat tersebut lalu dia duduk.

Irfan memandang adiknya sebelum bergerak ke arah kerusi sebelah adiknya. Dia duduk lalu memandang Raysha yang sedang mencedok nasi lalu diletakkan di atas pinggan atok dan neneknya. Apabila tiba sahaja di pinggannya, adiknya terus mengambil bekas nasi tersebut.

"Biar saya buat. Kesian awak dari tadi buat kerja."kata Imran sambil mencedok nasi tersebut lalu diletakkan di pinggan Irfan dan pinggannya. Dia juga turut meletakkan nasi di pinggan Raysha walaupun Raysha dah menghalangnya.

"Tak salahkan kalau saya tolong awak. Saya tak suka lah kalau awak penat nanti."kata Imran lalu duduk semula di tempatnya.

Raysha memandang ke arah lain. Menyampahnya! Kenapalah mamat ni tak faham bahasa? Dia risau sekiranya neneknya marah. Lagi satu. Apa kaitan dia penat dengan mamat tu tak suka? Langsung takde.

Bahagia Yang Tertangguh Where stories live. Discover now