Raysha berehat sebentar di tepi gelanggang. Dia memikirkan cara-cara untuk mengalahkan sepuluh lelaki upahan neneknya dan Lizzy. Dia tahu, semua lawannya bukan mudah. Bukan calang-calang orang yang neneknya upah. Semuanya orang yang memang mahir dalam seni mempertahankan diri.
Raysha mengeluh hebat. Sudahlah nanti perlawanan nya langsung tiada peraturan. Bermakna, mereka semua boleh menggunakan senjata. Dia tak kisah kalau yang menggunakan senjata hanya dia, tapi sekarang ni, lawannya juga turut dibenarkan menggunakan senjata. Raysha meraupkan mukanya. Kenapalah dia boleh tersesat kat sini?!
Tepukan dari belakang Raysha membuatkan dia mengangkat mukanya. Dia menanti seseorang berkata kepadanya. Bukan dia tak tahu siapa yang menepuk belakangnya, cuma dia malas nak memandang orang tersebut.
"Asal monyok je ni?"tanya Lizzy dari belakang Raysha. Dia tahu Raysha risau dia tak dapat menunaikan janjinya kepada neneknya di kampung sana. Bukan Raysha risau sangat pun dia kalah ke apa.
"Mana ada. Penat jelah."kata Raysha menidakkan kata-kata Lizzy. Dia yang comel ni dikatakan monyok? Heh! Suka hati je.
"Kau tahu kan kau ada tiga hari je lagi nak kena berlatih? Kau yakin ke kau boleh kalah kan semua lelaki tu termasuk aku?"tanya Lizzy. Dia sebenarnya kesian juga dengan Raysha. Tapi nak buat macam mana, ini arahan neneknya. Dia tahu Raysha sedang tersepit sekarang ni antara janji dengan arahan.
Raysha diam. Memang dia cuma tinggal tiga hari lagi je nak berlatih. Lepas tu, neneknya akan megujinya sebelum dia balik ke kampung. Dia sebenarnya tidak cukup yakin yang dia akan menang perlawanan ini. Yelah, dah lama dia tidak berlatih. Tiba-tiba neneknya hanya memberikan waktu selama sebulan sahaja untuknya berlatih semula sebelum bertanding dengan orang yang pakar dalam seni mempertahankan diri.
"Entahlah. Tapi aku akan cuba jugak."kata Raysha perlahan. Dia mula bangkit dari duduknya dan masuk ke dalam gelanggang semula.
Seorang perseorang lelaki masuk ke dalam gelanggang tersebut. Mereka mula mengililingi Raysha yang nampaknya tidak takut dengan kehadiran mereka semua. Raysha bergerak ke posisi yang stabil. Dia memandang seorang perseorang lelaki di situ.
Baru sahaja Raysha hendak menyerang, tiba-tiba Lizzy masuk ke dalam gelanggang tersebut. Lizzy memandang sepupunya yang terkejut dengan kehadirannya.
"You're gonna fight me too today."kata Lizzy lalu menyerang Raysha yang kelihatan masih mengerutkan dahinya apabila Lizzy berkata-kata.
Raysha mengelak dari terkena serangan Lizzy. Dia mengetap giginya. Minah ni tak tahu sabar ke? Tak nampak ke dia masih tak bersedia?
Lizzy tersenyum sinis ke arah Raysha. "Are you surprise?"tanya Lizzy kepada Raysha. Dia tahu Raysha sedang berangin dengannya yang tiba-tiba sahaja menyerang Raysha. Biasanya tiada siapa yang berani menyerang Raysha, selagi Raysha tak memulakan serangan.
"Of course not."jawab Raysha dengan sinisnya. Dia tidak boleh menunjukkan dia lemah di hadapan Lizzy. Tak boleh.
Lizzy terus menarik lengan Raysha dengan kuat lalu menolak Raysha supaya jatuh ke lantai gelanggang. Setelah Raysha jatuh, dia langsung tak memberi peluang untuk Raysha bangun semula sebelum menyerangnya kembali. Lizzy menghalang Raysha dari bangun. Dia terus melayangkan penumbuknya ke arah Raysha.
Raysha cuba menahan serangan Lizzy dengan segala kudrat yang ada. Raysha masih mencari peluang untuk menyerang Lizzy. Tiba-tiba dia terfikir sesuatu. Dia terus menendang kuat kaki Lizzy yang ketika itu masih menyerangnya.
Lizzy jatuh ke bawah. Raysha mengambil peluang tersebut untuk bangun lalu menyerang setiap seorang yang ada dalam gelanggang tersebut.
Nasib tidak menyebelahi Raysha apabila tiba-tiba ada seorang lelaki menumbuk mukanya ke tepi dengan kuat. Raysha jatuh terduduk.
YOU ARE READING
Bahagia Yang Tertangguh
RomanceImpian Raysha hanyalah membahagiakan orang yang disayangi. Namun semua itu musnah akibat diceraikan dengan kejam pada usia perkahwinan yang cukup singkat. "Raysha Alya binti Kamil. Aku ceraikan kau dengan talak satu! Mulai hari ni aku tak nak tengok...