Raysha memandang mukanya di cermin. Terdapat sedikit darah yang sudah membeku di tepi bibirnya. Mungkin darah ni muncul selepas Imran menampar pipinya ketika mereka berada di bilik.
Selepas sahaja Imran selesai memukulnya, Imran terus menghilangkan diri. Mungkin pergi ke pejabatnya atau menjaga Wani di hospital. Raysha pula terus membawa diri ke bilik tetamu yang berada di hujung sekali. Tak mahu dia duduk di bilik, tempat dia rasa penderitaan.
Raysha menjauhkan dirinya dari cermin. Dia teringat apa yang terjadi sebentar tadi. Imran bukan sahaja memukulnya dengan tali pinggang, malah Imran turut menamparnya sehingga dia terjatuh dan terhentak pada tiang katil. Mungkin ketika itu lah darah ini muncul. Dia langsung tak sedar bila darah di tepi bibirnya muncul. Dia hanya sedar setelah dia melihat mukanya di cermin.
Raysha mengeluh lemah. Dia melihat lengannya yang mempunyai garis-garis merah akibat libasan tali pinggang Imran. Dengan kulitnya yang putih, memang sungguh jelas garis-garis merah di lengannya. Itu belum belakang badannya lagi. Mesti lagi teruk garis-garis tersebut memandangkan belakang badannya yang paling teruk terkena libasan tali pinggang.
Raysha melihat jam yang tergantung di dinding. Sekarang jam sudah menunjukkan jam pukul 2 petang. Maknanya, sudah lama jugalah dia terperap di dalam bilik ni. Dia tidak boleh turun ke biliknya yang berada di dapur kerana dia tidak mahu berjumpa dengan Puan Sarina. Mesti Puan Sarina terkejut apabila dia melihat semua garis-garis merah yang ada di lengannya. Dah lah dia memakai baju lengan pendek.
Sedang Raysha sedang pening nak buat apa, tiba-tiba telefonnya berbunyi. Dia menyeluk telefonnya yang memang sengaja diletakkan di poket seluarnya lalu melihat nama pemanggil. Naira! Raysha terus mengangkat panggilan tersebut.
"Assalamualaikum."Raysha memberi salam sebelum memulakan perbualan.
"Waalaikumussalam, Cik Muda Raysha."jawab Naira dengan lembut. Dia sebenarnya ada benda penting yang harus diberitahu kepada Raysha.
"Kenapa?"tanya Raysha perlahan. Sakit di tepi bibirnya menyebabkan dia berkata dengan perlahan. Kalau dia cakap kasar-kasar nanti makin sakitlah lukanya.
"Sebenarnya, semalam Tan Sri call saya. Dia suruh saya beritahu Cik Muda yang Cik Muda kena mewakilkan Tuan Muda untuk majlis ulang tahun syarikat sabtu ni."kata Naira terus terang.
"Sabtu ni? Kenapa I? Rayna mana?"kata Raysha dengan nada sebal. Setahunya, abangnya itu selalunya akan menyuruh Rayna yang uruskan semua hal-hal syarikatnya. Tapi kenapa pulak dia yang kena kali ni?
"Itu saya tak tahu Cik Muda. Tapi Tan Sri ada cakap sebab dia tak boleh hadir majlis ulang tahun syarikat adalah sebab Rays Couture ada buat charity event. Mungkin Cik Muda Rayna ada di sana."kata Naira lagi. Dia sedia tahu yang anak kedua Tan Sri Kamil tu suka sangat berjinak-jinak dengan bidang fesyen dan permodelan. Rays Couture adalah butik eksklusif milik Puan Sri Elvira, iaitu ibu Raysha.
Raysha mengeluh. Setiap kali Rayna buat hal, mesti dia yang akan tanggung. Dia tahu, berbanding dengan perniagaan keluarganya, Rayna lebih berminat untuk menjadi model butik eksklusif ibunya. Tu yang sampai semua kerja yang sepatutnya milik Rayna ditolak kepadanya.
"So, Cik Muda nak datang ke?"tanya Naira. Dia risau sekiranya semuanya telah siap, namun Raysha tiada di sana untuk merasmikan ulang tahun syarikat.
"I datang."kata Raysha. Dia tahu, kalau dia menolak, pasti ayahnya sedih. Yelah, ada anak tapi dia minta tolong pun tiada siapa yang nak bantu.
"Great. Cik Muda nak saya buat tempahan baju untuk Cik Muda?"kata Naira dengan nada gembiranya. Dia bersyukur sangat Raysha setuju untuk hadir. Kalau tak, habis membazir semua catering, hiasan dan lain-lain lagi yang sudah ditempahnya.
YOU ARE READING
Bahagia Yang Tertangguh
RomanceImpian Raysha hanyalah membahagiakan orang yang disayangi. Namun semua itu musnah akibat diceraikan dengan kejam pada usia perkahwinan yang cukup singkat. "Raysha Alya binti Kamil. Aku ceraikan kau dengan talak satu! Mulai hari ni aku tak nak tengok...