Raysha terdengar suara seseorang dari luar biliknya. Serasanya dia tinggal di rumah ni seorang diri. Selepas sahaja dia menolak Wani tadi, dia dengar Wani keluar dengan kawannya untuk ke klinik. Ala, drama lebih je perempuan tu! Bukannya sakit sangat pun.
Imran pula, awal-awal lagi dah keluar. Mesti pergi cari makanan lah tu. Yelah, ingatkan dapat makan sedap kat rumah, sekali dapat yang macam ni.
Raysha keluar dari biliknya. Dia bergerak ke arah ruang tamu memandangkan suara yang didengar tadi datang dari situ. Sampai sahaja di situ, dia lihat Imran, Wani dan seorang perempuan tua sedang bersembang. Raysha datang mendekat untuk mendengar butir bicara mereka semua.
"Im, I'm so sorry. I tak boleh jaga Raysha. Esok I ada photoshoot. So, I hired Mak Nah untuk jaga Raysha."kata Wani sambil memegang tangan Imran yang terletak di pahanya. Berharap Imran akan berlembut hati dan mendengar kata-katanya.
Imran mengangkat keningnya melihat Wani. Dia masih memikirkan apa keputusan yang sepatutnya dia buat.
"Ada apa ni?"tanya Raysha. Dia perasan tangan Wani di atas tangan Imran. Tak tahu malu betul lah minah ni. Raysha mengalihkan pandangannya pada perempuan tua yang duduk bertentangan dengan Imran. Dia cuba mengawal mukanya dari berubah apabila melihat siapa perempuan tersebut.
"Raysha, akak nak minta maaf pasal tadi. Akak tak sengaja nak marah Raysha. Sorry sangat."kata Wani sambil membuat muka sedih. Dia tahu Raysha akan percaya dengan lakonannya.
Raysha mengangguk. Bukan dia tak tahu, Wani berlakon didepannya. Cuma sengaja malas nak layan.
Wani tersenyum gembira. Dia bangun dari duduknya lalu menarik Raysha supaya duduk di sebelahnya.
Raysha mengikut sahaja arah tarikan Wani. Raysha duduk sambil memandang perempuan tua di hadapannya.
"Raysha, esok, akak ada photoshoot. Jadi akak tak boleh jaga Raysha. So, esok Mak Na yang akan jaga Raysha."kata Wani sambil tersenyum.
Perempuan tua yang dipanggil Mak Na bangun lalu menyalam Raysha. Dia tersenyum manis ke arah Raysha.
"Cantiknya isteri encik. Bertuah Encik Imran kahwin dengan Puan Raysha."puji Mak Na.
Raysha senyum penuh makna ke arah Mak Na. Sejak bila pulak pandai berlakon ni? Siapa ajar ye?
"So, Imran. Macam mana? You setuju tak dengan cadangan I? I kesian sangat dengan Raysha. Dia dah lah sakit, nanti siapa nak jaga dia?"kata Wani dengan riak muka sedih.
"Puan sakit ke?"kata Mak Na lalu mendekati Raysha lalu membelek-belek muka dan tangan Raysha. Selamba sahaja dia memegang-megang tangan Raysha sehingga Raysha mula rasa tak selesa.
Raysha memberi pandangan tajam yang hanya Mak Na seorang sahaja paham. Nampak sahaja signal dari Raysha, Mak Na duduk semula di tempatnya. Tahu yang Raysha sedang bengang dengannya.
"Imran, saya tak rasa . . ."
"Okey. Mak Na boleh kerja kat sini."putus Imran. Dia tahu Mak Nak boleh jaga Raysha buat sementara waktu.
"Tapi Imran, saya boleh jaga diri saya sendiri. Awak tak payahlah nak upah orang jaga saya bagai. Saya okey."bantah Raysha. Dia seboleh-bolehnya tidak mahu Imran mengupah orang gaji. Dia bukannya sakit teruk sampai tak boleh nak bangun.
"Jaga diri sendiri? Awak nak makan pun susah. Macam mana saya tak risau?"kata Imran lembut. Depan orang lain, mestilah dia kena berlakon baik dengan Raysha.
"Tapi . . ."
"Sayang, cuba awak dengar cakap saya. Tak baik tau lawan suami. Lagipun buat sementara je. Bila awak dah sihat, saya janji takkan upah orang. Lagipun Mak Na seminggu je kat sini."kata Imran sambil senyum memandang Raysha.
YOU ARE READING
Bahagia Yang Tertangguh
RomanceImpian Raysha hanyalah membahagiakan orang yang disayangi. Namun semua itu musnah akibat diceraikan dengan kejam pada usia perkahwinan yang cukup singkat. "Raysha Alya binti Kamil. Aku ceraikan kau dengan talak satu! Mulai hari ni aku tak nak tengok...