Bab 78

9.7K 214 57
                                    

"Morning Cik Muda."kata pekerja semasa Raysha lalu di sebelah pekerjanyanya.

"Waalaikumussalam."kata Raysha membalas. Bukan sengaja nak memerli, tapi kita sebagai umat Islam cuba-cuba lah memberi salam. Asyik morning-morning. Memang dah pagi kan?

"Assalamulaikum, Cik Raysha."kata Kyle dengan senyuman apabila semasa Raysha hendak masuk ke dalam pejabatnya.

"Waalaikumussalam."balas Raysha lalu masuk ke dalam biliknya. Dia meletakkan begnya di atas meja.

Mata Raysha terpandang sesuatu di atas mejanya semasa dia meletakkan begnya. Sejambak bunga ros merah berada di atas mejanya. Raysha pantas menekan interkom memanggil Kyle.

"Kyle, come in."kata Raysha pada interkomnya.

Bunyi ketukan di pintu membuatkan Raysha pantas memandang ke arah pintu.

"Ye, Cik Raysha. Ada apa-apa saya boleh bantu?"tanya Kyle seraya masuk ke dalam bilik Raysha.

"Siapa bagi?"tanya Raysha sambil mengangkat bunga tersebut untuk ditunjukkan ke arah Kyle.

"Saya bagi."kata Kyle sambil tersebut.

Raysha memandang Kyle. Dah kenapa tiba-tiba bagi bunga. Hari ni bukan birthday dia pun.

"For?"

"It's a gift."kata Kyle membalas.

"Ye. Saya tahu. Tapi untuk apa? Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba bagi bunga. Awak bayar nazar ke apa?"tanya Raysha sambil memandnag Kyle. Pelik pulak dia dengan mamat ni.

"Saya sukakan cik. Bukan itu sahaja. Saya cintakan Cik Raysha."kata Kyle meluahkan perasaannya. Dia rasa, inilah waktu yang tepat untuk dia luahkan segala-galanya. Atas nasihat Raykarl, dia yakin yang semuanya akan berjalan lancar. Yelah, Raykarl kan bekas playboy. Mesti dia tahu cara nak pikat perempuan dengan betul.

Raysha meletakkan bunganya kembali di atas meja. Terkejut juga dia bila Kyle tiba-tiba meluahkan perasaan kepadanya. Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba Kyle luahkan perasaan. Tiba-tiba dia teringat kata-kata abangnya setelah dia pulang daripada makan malam dengan Kyle. Nak sangat dia cakapkan? Sekarang kau hadap lah dia. Desis Raysha dalam hati.

"Kyle, saya . . ."

"Saya tahu yang Cik Raysha tak cintakan saya. Saya faham. Saya cuma nak Cik tahu yang saya cintakan Cik Raysha. Itu dah cukup bagi saya."kata Kyle menerangkan penyebabnya memberi bunga kepada Raysha.

Raysha menghela nafas berat. Masalah baru dah datang. Tak selesai lagi masalah dengan Imran, dah datang masalah baru pulak dengan Kyle.

"Kyle, listen to me. Saya takkan mungkin cintakan awak. Lebih baik awak stop sekarang sebab saya tak nak awak terluka bila saya terus menolak."kata Raysha menegaskan. Dia tak nak kalau dia terpaksa lukakan Kyle hanya sebab dia tak memilih Kyle.

"Tak apa. Saya tak nak mengalah. Saya tahu, bukan mudah nak pikat hati Cik Raysha, tapi saya akan cuba. Tak kisahlah kalau saya terluka sekali pun. Saya akan anggap semua tu satu jalan supaya saya dapat miliki hati Cik Raysha."kata Kyle sambil tersenyum. Dia tahu bukan mudah nak dapatkan sekeping hati seorang perempuan. Dia faham sebab tu dia masih berkeras.

"It's your choice."kata Raysha lalu mengambil bunga tersebut dan berjalan ke luar biliknya.

Kyle turut mengikut Raysha dari belakang. Dia lihat Raysha menyerahkan bunga tersebut kepada Naira yang berada di mejanya. Kemudian, Raysha kembali ke dalam biliknya semula. Kyle mengerutkan dahi. Dia tak suka bunga tu ke? Tak apalah, esok dia bagi lagi bunga yang lain.

Kyle duduk semula di tempat duduknya. Dia mula membuat kerjanya yang terbengkalai. Sedang dia sibuk membuat kerjanya tiba-tiba matanya terpandang ke arah seseorang yang sedang berjalan sambil membawa sejambak bunga. Lelaki tersebut berjalan ke arah Kyle.

Bahagia Yang Tertangguh Where stories live. Discover now