Bab 18

5.7K 174 1
                                    

Raysha memandang kotak cincin di hadapannya sebelum memandang neneknya di sebelah. Neneknya senyum sambil mamandangnya. Raysha memandang pula Datin Fasya yang turut senyum memandangnya.

"Macam mana Raysha? Apa pendapat Raysha?"tanya Datin Fasya sambil memandang Raysha yang memandang kotak cincin tersebut.

Raysha diam. Dia serba salah dengan Datin Fasya. Dia memandang neneknya semula. Meminta pendapat.

"Raysha, nenek tak kisah apa pun pilihan Raysha, Raysha tetap cucu nenek. Tapi nenek berharap sangat Raysha terima. Nenek percaya, Imran dapat jaga Raysha dengan baik. Mungkin lebih baik dari nenek dan atok jaga Raysha."kata Nek Tijah. Dia sebenarnya sudah tahu akan kedatangan Datin Fasya ke rumahnya. Dia sengaja merahsiakan dari cucunya.

"Raysha, aunty tak nak paksa Raysha. Tapi aunty pun macam nenek Raysha. Aunty berharap sangat Raysha terima. Aunty betul-betul nak Raysha jadi menantu aunty."kata Datin Fasya lalu menarik tangan Raysha dan dipegangnya. Berharap sangat Raysha dapat menerima hajatnya ini.

Raysha jadi serba salah. Dia sukar betul nak menolak permintaan orang. Tapi dia betul-betul buntu. Tak tahu sama ada nak menerima atau menolak peminangan tersebut. Kalau dia terima, dia dah membahagiakan ramai orang tapi bukan dirinya. Kalau dia tolak, dia rasa seperti dah melukan banyak pihak terutama neneknya dan Datin Fasya.

Raysha bingung. Perlu ke dia berkorban untuk kebahagiaan orang lain? Mana yang lebih penting? Dirinya atau orang sekelilingnya?

Imran. Dia langsung tak pernah jangka yang lelaki tersebut mampu menjadi kunci kebahagiaan untuk neneknya. Tapi dia tak pernah terfikir untuk menyayangi lelaki seperti itu. Apatah lagi mencintai lelaki itu. Raysha masih memikirkan lagi. Baginya, cukup sukar untuk dia membuat keputusan.

"Raysha, ambillah masa seberapa banyak yang Raysha nak. Aunty setia menunggu. Tapi aunty berharap sangat Raysha takkan hampakan aunty."kata Datin Fasya. Dia betul-betul berharap yang Raysha akan terima. Dia dapat rasakan Raysha mampu menjaga Imran.

Raysha masih diam. Dia buntu. Ya Allah, bantulah hambamu ini membuat keputusan. Andai dia memang untukku, hilangkan lah rasa ragu-ragu ini, Ya Allah.

"Raysha . . . Ibu dengan ayah Raysha . . ."kata Raysha tergagap-gagap. Dia pun keliru dengan apa yang dia cakapkan.

"Raysha jangan risau. Nenek dah beritahu ibu dan ayah Raysha. Mereka setuju je dengan segala keputusan Raysha."kata Nek Tijah. Dia awal-awal lagi sudah memberitahu anak dan menantunya tentang peminangan tersebut. Walau apa pun, mereka tetap ibu bapa kandung Raysha.

Datin Fasya mengangguk. Dia sebenarnya dah tahu tentang persetujuan ibu bapa Raysha. Dia sendiri ada di sebelah Nek Tijah ketika Nek Tijah menelefon anaknya. Sudah pastilah dia tahu tentang persetujuan ibu bapanya.

"Raysha, nenek bukan nak halau Raysha dari sini atau apa pun yang Raysha fikir. Nenek cuma nak Raysha bahagia. Nenek dapat rasakan Raysha akan jumpa bahagia Raysha kalau Raysha terima Imran. Dia baik, Raysha. Insha Allah dia akan membimbing Raysha ke jalan syurga."kata nek Tijah.

"Dan kalau umur nenek tak panjang, nenek harap sangat masa tu dah ada yang sudi jaga cucu nenek ni"kata Nek Tijah lagi. Dia sedar dirinya dah berusia. Dah tak lama dah dia di dunia ini. Tapi dia amat berharap agar cucunya ini akan berjumpa dengan orang yang akan jaga dia seumur hidup dia.

"Nenek janganlah cakap macam tu."kata Raysha dengan nada tak sukanya. Dia tahu. Mati itu wajib dan mengingati mati itu sunat. Dia sedar neneknya telah berusia. Dia juga risau andai dia akan mengecewakan neneknya dengan menolak perjodohan ini.

"Raysha, nenek . . ."

"Raysha akan ikut cakap nenek. Raysha akan buat apa sahaja untuk nenek. Tapi Raysha taknak dengar nenek cakap macam ni lagi. Raysha sayang nenek tau. Sayang sangat. Dan kalau boleh, biarlah Raysha yang pergi dulu dari nenek sebab Raysha rasa mesti susah untuk Raysha hidup tanpa nenek."kata Raysha dengan nada sayunya. Yelah, mestilah sedih. Orang yang jaga kita hampir lima tahun tiba-tiba buat ayat sedih pulak.

Nek Tijah memeluk cucunya. Bersyukur sangat dengan penerimaan Raysha. Inilah cucunya yang sangat taat kepadanya. Walaupun banyak membantah, Raysha takkan pernah menghampakannya.

"Betul ke apa yang aunty dengar ni? Raysha serius?"kata Datin Fasya dengan muka gembiranya. Mestilah gembira. Orang nak dapat menantu kan.

Raysha mengangguk. "Segala keputusan, Raysha serahkan dekat nenek. Aunty berbincanglah dengan nenek. Apa-apa keputusan, Raysha terima."kata Raysha sambil mengukir senyuman buat Datin Fasya. Tak pe. Datin Fasya bakal menjadi ibu mertuanya. Jadi tak salah dia senyum dengan bakal keluarganya.

"Macam mana Nek Tijah?"tanya Datin Fasya. Dia teruja betul sejak mendengar jawapan Raysha sebentar tadi. Dah tak sabar rasanya nak jadikan Raysha menantunya.

"Nenek setuju. Bila kamu rancang nak buat majlis Fasya?"tanya Nek Tijah sambil memandang Datin Fasya yang sedang mengira-ngira ditangannya. Emtah apalah yang dia kira.

"Kalau boleh, saya nak buat majlis hujung bulan ni. Sebab bulan depan kami dah nak balik ke Amerika. Suami saya bercuti sebulan sahaja."kata Datin Fasya setelah dia mengira jumlah cuti suaminya. Dia nak memastikan majlis yang dia akan laksanakan tidak ada masalah.

"Hujung bulan ni?!"tanya Raysha dengan nada terkejutnya. Dia sebenarnya ada hal yang perlu diuruskan.

"Kenapa Raysha? Kamu tak setuju ke?"tanya Datin Fasya. Dia sebenarnya dah mula pening. Raysha ni nak terima ke tidak?

"Bukan macam tu. Sebenarnya, Raysha kena pergi KL mulai esok. Lebih kurang sebulan jugaklah Raysha kat sana."kata Raysha dengan lembut. Risau sekiranya dia menimbulkan kekeliruan kepada Datin Fasya. Yelah, sekejap setuju sekejap tak. Kalau dia pun, dia keliru.

"Ye ke? Boleh aunty tahu kenapa?"tanya Datin Fasya. Kalau boleh dia nak tahu banyak perkara tentang Raysha.

"Raysha tak tahu. Ini arahan Grandma. Raysha tak boleh bantah."kata Raysha sambil tersenyum. Dia memang diarahkan oleh Grandma nya untuk berada di KL selama sebulan. Dia pun pelik. Abang dan kakaknya, tidak pulak diarahkan begitu. Cuma dirinya sahaja.

Datin Fasya mengangguk. Faham dengan keadaan Raysha yang terpaksa pergi menguruskan hal yang amanahkan.

"Kalau macam tu, macam mana nak buat majlis?"tanya Nek Tijah kepada Datin Fasya. Dia sebenarnya tak kisah pun bila-bila masa nak langsungkan majlisnya. Asalkan cucunya itu bahagia.

"Saya ada satu cadangan. Apa kata saya uruskan semuanya. Raysha cuma datang masa akad nikah je. Pasal resepsi pulak, kita buat lambat sikit. Mungkin lepas kami balik semula ke sini. Apa kata Nek Tijah? Setuju tak?"tanya Datin Fasya sambil memandang Raysha dan Nek Tijah. Berharap sangat cadangannya itu akan diterima.

"Tak menyusahkan ke Fasya? Nenek tak nak menyusahkan kamu."kata Nek Tijah dengan nada risaunya. Keaian pulak kalau si Fasya ni uruskan sorang-sorang. Padahal yang kahwin tu cucunya.

"Jangan risaulah nek. Saya memang suka uruskan perkahwinan orang ni. Lagi-lagi perkahwinan anak saya."kata Datin Fasya dengan nada gembiranya. Tak sabar rasanya dia nak uruskan majlis tersebut.

"Aunty, Raysha rasa macam menyusahkan aunty je. Kesian nanti aunty penat."kata Raysha dengan lembut. Dia kalau boleh, dia tak mahu menyusahkan Datin Fasya.

"Takde lah Raysha. Aunty suka apa buat semua ni. Kamu janganlah risau."kata Datin Fasya sambil tersenyum. Dia tak kisah nak buat segala-galanya untuk perkahwinan anaknya.

Raysha mengangguk. Tiba-tiba dia terfikir sesuatu.

"Aunty, Raysha nak tanya ni. Imran setuju ke dengan semua ni?"tanya Raysha. Manalah tahu, maknya beriya-iya tapi anaknya tidak. Kan malu je macam tu.

Datin Fasya tersenyum. Dia fikir Raysha takkan bertanya soal itu. Rupanya tanya jugak.

"Sebenarnya, Imran yang suruh aunty meminang kamu untuk dia."kata Datin Fasya sambil tersenyum bahagia. Mudah-mudahan segala yang dirancangnya akan menjadi.

Bahagia Yang Tertangguh Where stories live. Discover now