Bab 5

7.5K 255 0
                                    

Irfan memandang adiknya yang sedang duduk dihadapan televisyen. Langsung adiknya tak bercakap dengannya sejak adiknya pulang dari Amerika. Dia tahu dia salah sebab mengambil hak adiknya. Tapi adiknya salah jugak, kenapa tak nak mengaku yang isteri yang telah dikahwini nya itu merupakan kekasihnya.

"Im, abang nak cakap ni. Pandang lah abang."kata Irfan lembut. Dia tahu adiknya itu sedang memarahinya.

Imran hanya diam tanpa ada niat nak memandang muka abangnya. Dia cukup menyampah dengan orang yang hipokrit macam abangnya ini. Cakap tak serupa bikin. Katanya sanggup buat apa sahaja demi dia tapi apa yang dilakukannya? Rampas kekasih adiknya sendiri? Itu yang dia kata sanggup buat apa sahaja? Hipokrit!

Irfan melepaskan nafas berat. Macam manalah dia mahu memujuk adiknya itu. Dia bergerak mendekati televisyen sebelum menutup televisyen tersebut. Lama-lama dia geram jugak dengan sikap adiknya itu.

Imran memandang tajam ke arah abangnya. Sesuka hati dia je nak tutup tv tu. Dia buta ke tak nampak aku tengah tengok? Dia bangun dari duduknya dan mula melangkah meninggalkan abanhnya. Namun langkah nya terhenti akibat pegangan yang kuat pada lengannya.

Dia memandang lengannya yang dipegang sebelum menepis kasar tangan yang memegang lengannya. Dia menjeling ke arah abangnya sebelum mula melangkah meninggalkan abangnya kembali. Namun, kakinya terhenti apabila mendengar kata-kata yang keluar dari abangnya.

"Im nak abang buat apa supaya Im maafkan abang? Abang akan buat apa sahaja asalkan Im maafkan abang. Abang tak sukalah kita bergaduh macam ni. Tak boleh ke kita jadi macam dulu? Kita rapat sangat dulu."tanya Irfan kepada adiknya. Dia sangat berharap agar adiknya dapat memaafkannya.

Imran tersenyum sinis. "Jadi macam dulu? Kau ingat dengan apa yang yang dah jadi, aku boleh jadi macam dulu ke?!"marah Imran. Bencinya dia melihat abangnya sekarang ni. Sudahlah merampas kekasihnya, boleh pulak dia meminta macam-macam?

Irfan mengeluh. Tahu yang adiknya akan memberi reaksi begini. Bukan dia tidak kenal adiknya. Walaupun dia tinggal jauh dari adiknya, dia tahu sangat perangai adiknya.

"Abang betul-betul mintak maaf. Abang tak pernah tahu Wani tu kekasih Im. Kalau abang tahu, abang takkan setuju dengan cadangan mummy."kata Irgan jujur. Memang perkahwinannya dirancang oleh mummy nya sendiri. Bukan dirinya.

Imran ketawa sinis. "Kau ingat aku bodoh ke? Kau jangan nak babitkan mummy lah kat sini! Kalau kau betul sayangkan aku, kau akan fikir dulu perasaan aku sebelum kau kahwin dengan dia!"hambur Imran. Dia mencebik ke arah abangnya yang membuat muka sedih. Huh! Kau ingat aku nak kesian kan kau? Jangan mimpilah!

"Habis tu Im nak abang buat apa? Bercerai dengan Wani? Itu ke yang Im nak? Kalau itu yang Im nak, abang akan tunaikan. Abang akan buat apa sahaja untuk adik abang ni."kata Irfan dengan lembut. Dia tahu walaupun usia perkahwinannya masih baru, dia akan buat apa sahaja asal dapat membahagiakan adiknya. Dia tiada adik lain kecuali Imran ni.

"Kau ingat aku hadap dengan bekas kau ke? Heh! Aku tak mainlah bekas-bekas orang ni."balas Imran. Abang dia ingat apa? Dia senang nak diperbodohkan?

"Habis tu Im nak abang buat apa? Cakaplah Im. Kalau abang tahu, abang akan buat apa sahaja untuk Im. Percayalah."rayu Irfan.

Imran berfikir. Untuk orang hipokrit macam abangnya ni, apa balasan yang sesuai ye? Tiba-tiba dia berfikir sesuatu. Dia tersenyum. Takkan lah abangnya ni takde kekasih hati? Mesti ada punya. Tapi mestilah dia takkan mengaku kat mummy yang dia ada kekasih hati. Dia kat 'malaikat kecil' mamanya. Mesti dia akan ikut cakap mama.

Dia mula bergerak ke arah bilik abangnya. Dia masuk bilik tersebut sebelum kunci dari dalam.

Irfan hanya melihat pelik ke arah adiknya yang masuk ke biliknya dengan senyuman yang terukir di bibirnya. Apa yang dirancang adiknya? Dia mula berfikir. Dalam biliknya bukan ada barang berharga pun. Tak. Tak. Dia kenal adiknya. Adiknya takkan mengambil barang-barangnya. Cuma dia akan puas hanya bila dia dapat menjatuhkan seseorang.

***
Imran mula menyelongkar bilik abangnya. Dia tahu pasti ada sesuatu yang akan jatuhkan abangnya. Tapi dia tak tahu nak cari di mana.

Satu per satu buku dari rak yang tersusun dibelek. Dah lah banyak buku. Dia yang melihatnya pun pening.

Setelah rak buku abangnya diselongkar, dia berhenti seketika. Dia duduk di meja belajar abangnya. Dia mengetuk-ngetuk meja tersebut dengan jari telunjuknya. Kat mana lagi dia hendak cari. Disebabkan begitu bengang, dia mengetuk kuat meja belajar tersebut.

Bum!

Bunyi benda yang jatuh menyebabkan Imran melihat bawah meja abangnya. Dia melihat buku album yang terjatuh. Dia mengerutkan dahinya sebelum bergerak ke bawah meja abangnya sambil memegang buku album tersebut. Dia perasan yang bawah meja abangnya ada satu tempat khas untuk meletakkan buku album tersebut.

Dia tersenyum sinis. Nampaknya rahsia abangnya akan terbongkar selepas ini. Dia mula membelek ablbim tersebut. Helaian pertama, gambar seorang budak perempuan tengah makan aiskrim sampai comot mukanya. Helaian kedua juga gambar budak yang sama tetapi sedang membaca buku.
Helaian ketiga gambar budak perempuan yang sama tetapi sedang menaiki basikal.

Dia mengerutkan dahinya. Abangnya ni suka budak kecil ke? Dah macam stalker je dia tengok. Imran terus membuka buku album tersebut pada muka surat terakhir.

Hanya ada surat tulisan tangan abangnya dengan kata-kata yang agak romantis.

Hanya awak yang bertakhta di hati saya.
-Syed Irfan Syed Umar

Imran mencebik. Hanya awak lah sangat! Yang kau kahwin dengan kekasih aku tu? Puih! Dasar cakap tak serupa bikin!

Dengan geram Imran menghempas buku album tersebut. Habis bertaburan gambar-gambar budak yang dia namapak pada helaian utama tadi. Imran hanya memerhati gambar tersebut sebelum matanya tertancap pada satu gambar perempuan dewasa yang sedang memandang ke arah tepi.
Imran mengambil gambar tersebut. Dia.melihat gambar perempuan tersebut. Sungguh ayu memakai tudung berwarna merah. Nampak sopan. Dia tersenyum sinis. Jadi inilah kekasih hati abangnya. Betul yang dirasakan selama ini. Takkan lah abangnya takde orang yang dia suka? Mustahil! Abangnya itu cukup pakej! Takkanlah takde orang yang tertarik.

Dia melihat lagi gambar tersebut. Dia macam pernah melihat perempuan tersebut. Tapi di mana ye? Dia menterbalikkan gambar tersebut.

Raysha Alya binti Kamil

Raysha. Sedapnya nama perempuan ni. Dia melihat semula gambar tersebut sambil memikirkan di manalah dia menjumpai perempuan tersebut. Tiba-tiba dia teringat. Perempuan yang jatuh basikal semalam!

Dia melihat gambar tersebut sambil membayangkan muka perempuan yang jatuh basikal semalam. Ada persamaan. Tak! Memang sama. Perempuan semalam tu.

Dia tersenyum. Sahlah abangnya itu bodoh. Perempuan kampung jugak abangnya itu terpikat. Hish! Dasar budak kampung.

Dia mengambil telefonnya dan menangkap gambar perempuan tersebut. Dia tersenyum melihat gambar perempuan tersebut.

"Kau akan jadi permainan aku yang paling aku sayang."kata Imran sinis sebelum dia ketawa.

Abangnya akan rasa apa yang dia rasa selama setahun ni. Tunggulah!

Dia menyimpan kembali buku album tersebut di tempat asalnya. Dia tidak mahu abangnya tahu akan agendanya. Selepas itu dia terus keluar dari bilik abangnya. Dia lihat abangnya sudah hilang dari ruang tamu tempat pergaduhannya tadi dua beradik.

Bahagia Yang Tertangguh Where stories live. Discover now