Bab 56

8K 303 36
                                    

Raysha meletakkan telefonnya di atas meja. Lega hatinya apabila abangnya tidak membuat perkara bodoh. Tapi dalam lega, hati Raysha geram. Siapalah yang jawab telefon abangnya tadi? Sesuka hati je cakap abangnya nak terjun bangunan. Kalau jumpa mamat tu, memang dia sekeh je kepala orang tu.

Raysha melihat jam di pergelangan tangannya. Sekarang baru pukul 2 petang. Nampaknya sudah masuk waktu Zohor. Raysha mula bangun dari duduknya. Dia mula melangkah ke arah bilik air untuk mengambil wuduk. Selesai berwuduk, Raysha mula memakai telekung lalu mula mengerjakan solat.

Selesai sahaja mengerjakan solat, telefon Raysha berbunyi. Raysha melipat telekungnya sebelum mula melangkah ke arah telefonnya di atas meja. Dia melihat nama pemanggil sebelum mengangkat panggilan.

"Assalamualaikum."kata Raysha memberi salam.

"Waalaikumussalam. Balik rumah sekarang."kata Imran setelah menjawab salam Raysha.

"Buat apa saya balik? Awak kan  . . ."

"Balik sekarang kalau kau tak nak, aku call nenek."ugut Imran. Dia cukup tahu yang Raysha terlalu patuh dengan neneknya. Pasti Raysha takut kalau dia menelefon neneknya.

"Awak tengah ugut saya ke?"tanya Raysha dengan geram. Dia tidak suka diugut.

"Suka hati kau nak percaya atau tidak. Apa yang aku tahu, aku nak call nenek."kata Imran langsung memutuskan panggilan. Memang dia sengaja nak mengugut Raysha. Dia tahu yang Raysha akan dengar kata-katanya kalau dia guna nama neneknya.

Raysha mendengus. Ada je benda yang Imran buat untuk sakitkan hatinya. Raysha cepat-cepat melipat sejadah lalu memakai tudungnya. Dia perlu balik rumah sekarang. Nanti tak pasal-pasal Imran menelefon neneknya, mati dia nak jawab apa.

*****
"Apa?"tanya Raysha kembali. Dia seperti kurang jelas dengan apa yang Imran katakan kepadanya.

"Pergi pasaraya. Kau tak nak masak ke? Aku dah kebuluran ni."kata Imran mengulang lalu memasukkan telefonnya di dalam poket. Dia terus keluar dari rumah lalu berjalan ke arah keretanya. Dia mula menghidupkan enjin kereta.

Raysha yang berada di depan pintu membuat muka tak percaya. Dia balik cepat-cepat semata-mata kena ikut Imran pergi pasaraya? Lawak apakah ini? Raysha berjalan ke arah Imran.

"Awak buat apa ni? Kalau awak nak kenakan saya, tolong hentikan."kata Raysha dengan nada tegasnya. Dia tidak suka dipermainkan.

Imran memandang Raysha. Dia mendekatikan dirinya dengan Raysha sehingga menyebabkan Raysha kebelakang sedikit kerana tidak mahu dekat dengan Imran.

"Aku lapar. Kau mana ada masak kat rumah sebelum kau keluar tadi."jawab Imran selamba.

"Awak boleh makan kat luar. Kalau saya masak nanti, awak tak takut ke kalau saya jampi-jampi ke makanan awak? Manalah tahu kan. Saya kan jahat."kata Raysha sinis. Sengaja menakut-nakutkan Imran yang mula berpaling ke belakang.

"Okey apa kalau kau jampi aku. Kalau menjadi jampi kau tu, aku tak adalah bencikan kau. Manalah tahu kan, aku boleh cintakan kau."kata Imran lalu masuk ke dalam keretanya. Dia menanti beberapa minit namun Raysha masih tidak masuk ke dalam kereta. Dia membunyikan hon keretanya apabila dia perasan Raysha seperti termenung di luar keretanya.

Raysha memandang Imran yang sudah berada di dalam kereta. Dia lihat Imran mengarahkannya masuk ke dalam kereta. Raysha mula berjalan ke arah sebelah pemandu. Dia membuka pintu kereta sebelum masuk dan menutup pintu kembali.

"Lembab."komen Imran.

"Saya dengar, okey."balas Raysha tanpa memandang Imran. Geram betul dia dengan Imran. Turun nanti baru tahu.

Bahagia Yang Tertangguh Where stories live. Discover now