Dato' Umar duduk di pangkin sambil melihat ke langit. Sudah lama dia tak menghirup udara di kampung, tempat dia dibesarkan. Sejak dia berkahwin dengan isterinya, dia sudah jarang balik ke kampungnya. Ditambah pula dengan kerjanya yang mengharuskan dia berpindah ke luar negara. Jadi, sekali setahun sahaja lah dia balik kampungnya.
Sedang dia dah mengelamun, tiba-tiba ada yang menepuk bahunya. Dato' Umar berpaling ke belakang.
"Abah."kata Dato' Umar sambil memberi ruang untuk bapanya duduk.
Pak Leman duduk di sebelah anaknya. Dia melihat anaknya yang dari tadi dia perasan termenung. Entah apalah yang dia menungkannya.
"Tadi abah dah suruh Fasya bawa kopi."beritahu Pak Leman kepada anaknya yang sedari tadi memandang ke arah kawasan rumahnya.
"Ohh . . ."kata Dato' Umar. Dia melihat ke arah rumahnya dan dia perasan kedatangan isterinya sambil memegang dulang yang berisi air kopi dan bekas biskut kering.
Datin Fasya meletakkan dulang tersebut di pangkin dengan berhati-hati. Nasib baik dia dah buka lampu luar rumah tadi. Kalau tak minum dalam gelaplah mereka semua. Dia duduk di sebelah suaminya.
"Abah, abah dah lama kenal ke budak Raysha tu?"tanya Datin Fasya dengan senyumnya. Dia berkenan betul dengan budak Raysha itu.
Dato' Umar mencubit lengan isterinya yang tiba-tiba bertanya tentang Raysha. Macam dah tak ada topik lain je nak ditanyanya.
Datin Fasya mencebik ke arah suaminya. Dia tahu suaminya tidak suka dia bertanya tentang Raysha. Tapi dia tetap nak tahu jugak.
"Boleh kira lama jugaklah."jawab Pak Leman lalu menghirup air kopi yang telah dihidangkan di depannya.
"Raysha tu budak nya macam mana ye? Baik tak? Fasya tengok sopan je budak tu."kata Datin Fasya. Sempat lagi dia memuji Raysha di depan bapa mertuanya.
"Raysha tu baik budaknya. Cuma tu lah dia tak bergaul sangat dengan orang."kata Pak Leman. Dia memandang anak dan menantunya yang berbisik-bidik di depannya.
"Kamu nak tanya apa lagi Fasya? Pasal Raysha? Pasal keluarga dia?"tanya Pak Leman apabila dia dapat meneka apa yang dibisikkan pasangan tersebut.
"Raysha tu anak bongsu Kamil. Dia ada seorang abang dengan kakak. Raykarl dan Rayna. Tapi kedua-dua abang dengan akaknya duduk dekat luar negara dengan mak dan ayahnya."kata Pak Leman mengambil nafas. Dia tahu banyak yang menantunya itu mahu tahu tentang Raysha.
"Kenapa dia tak ikut sekali?"tanya Dato' Umar lalu sambil memandang ayahnya yang sedang mencicah biskut kering ke dalam air kopi. Dia tertanya-tanya. Kenapalah Raysha tak tinggal dengan keluarganya sahaja?
"Memang Raysha dari kecil tak tinggal dengan mak dan ayahnya. Sebelum ni, dia duduk dengan neneknya di luar negara. Cuma sejak masuk tingkatan satu, dia pindah sini. Dia nak duduk dekat Malaysia pulak katanya."balas Pak Leman lagi.
"Kamil tak cakap apa-apa ke Raysha nak duduk sini?"tanya Dato' Umar dengan nada ingin tahunya. Sudah lama dia tidak mendengar khabar kawan satu sekolahnya dulu.
Datin Fasya mencubit lengan suaminya. Tadi ye-ye melarangnya tanya pasal Raysha. Sekarang ni, dia pulak yang sibuk dengan Raysha.
"Mula-mula memang dia larang. Yelah, Raysha tu bukan biasa hidup susah. Masa duduk rumah neneknya yang belah sana, semua disediakan. Nenek dia yang belah sana kan orang berduit. Ni tiba-tiba pulak nak duduk kampung. Memang membangkang habislah Kamil dengan permintaan anaknya. Tapi lama-lama, baru dia izinkan anaknya pindah sini."kata Pak Leman. Dia teringat lagi masa Kamil balik beberapa tahun lepas. Mengamuk betul dia apabila mendengar permintaan anak Raysha. Tapi jauh di sudut hatinya, Pak Leman tahu yang Kamil sayang kan anaknya. Dia tak mahu anaknya nanti hidup susah.
"Ohh. Macam tu."kata Dato' Umar. Dia langsung tak tahu yang kawannya itu akan membantah apabila anaknya mahu duduk di kampung.
"Abah, Fasya berkenan betul dengan Raysha tu bah. Comel betul dia. Kalau Fasya masuk meminang dia untuk Im, okey tak bah?"tanya Datin Fasya. Dia memang berkenan betul dengan Raysha sejak pertama kali dia jumpa Raysha. Walaupun langsung tiada senyuman yang menghiasi dirinya, dia tetap nampak comel.
"Isk! Awak ni. Asyik nak kenenkan anak je kerjanya. Dibuatnya budak tu dah ada pakwe? Mulalah buat muka monyok dia tu."kata Dato' Umar sambil memandang isterinya yang menunduk memandang kakinya.
"Alah abang ni. Saya cuma tanya pendapat abah je. Bukan apa pun. Lainlah kalau saya pergi terjah rumah Raysha, lepas tu paksa Raysha terima Imran. Tu barulah abang ada sebab nak marah saya."balas Datin Fasya dengan muka tak puas hatinya. Geram betul dia dengan suaminya yang asyik membangkang kata-katanya.
"Abah tak kisah. Raysha tu baik budaknya. Kalau Raysha kahwin dengan Imran, abah takkan halang. Lagi abah restu ada."kata Pak Leman sambil ketawa. Sebenarnya, dia memang pernah berharap yang Raysha kahwin dengan Irfan. Tetapi nampaknya, jodoh mereka takde. Kalau Raysha kahwin dengan Imran pun, dia tak kisah.
Datin Fasya turut ketawa bersama-sama bapa mertuanya. Dia tahu, pasti bapa mertuanya akan setuju dengan pilihannya.
Dato' Umar menggelengkan kepalanya. Seronoklah tu isterinya ada yang menyokong pendapatnya. Dia sebenarnya tidak kisah sesiapa pun yang jadi menantunya. Asalkan orang tersebut mampu menggembirakan hati anak-anaknya dia sudah bersyukur. Dia juga langsung tak membantah sekiranya Raysha yang jadi menantunya. Baginya, dengan cara itu, dia dapat rapatkan hubungannya dengan kawan sekolahnya dahulu.
"Abang setuju tak kalau Raysha jadi menantu kita?"tanya Datin Fasya kepada suaminya. Suaminya dari tadi macam tak setuju je dengan pilihannya.
"Abang tak kisah. Yang penting Imran happy. Kalau boleh abang tak nak paksa dia dalam hal ni. Dia ada hak nak tentukan dengan siapa dia nak hidup sampai hujung nyawa."kata Dato' Umar lalu menghirup air kopinya. Sedap pulak minum kopi kat kampung ni.
Datin Fasya tersenyum mendengar kata-kata suaminya. Dia tahu, suaminya itu tak kisah sesiapa pun yang jadi menantunya nanti. Yang penting boleh gembirakan anak bujangnya yang seorang tu. Yang sorang lagi dah lepas dah. Tinggal tunggu masa dia nak jadi nenek pula.
YOU ARE READING
Bahagia Yang Tertangguh
RomanceImpian Raysha hanyalah membahagiakan orang yang disayangi. Namun semua itu musnah akibat diceraikan dengan kejam pada usia perkahwinan yang cukup singkat. "Raysha Alya binti Kamil. Aku ceraikan kau dengan talak satu! Mulai hari ni aku tak nak tengok...