Bab 82

9.5K 228 128
                                    

Rayna dan Raykarl memandang tetamu mereka dengan muka tak percaya. Cadangan dari tetamu mereka berdua cukup-cukup membuatkan mereka berdua tercengang. Sampai macam tu sekali kasih seorang adik kepada abangnya sehingga sanggup menipu abangnya semata-mata untuk melihat abangnya sembuh?

"Awak setuju tak dengan cadangan saya?"tanya Kyla sambil memandang Rayna yang mengerutkan dahinya.

"Err . . .awak sure ke nak buat macam ni? Saya rasa bersalah lah. Kyle tu baik. Saya tak sampai hati nak tipu dia."kata Rayna lembut. Cadangan Kyla tu memang lah boleh buatkan Kyle sembuh. Tapi masalahnya, dia tak sampai hatilah nak tipu Kyle.

"Awak tahu tak sebab apa saya lebih suka awak dengan abang saya? Sebab awak ni baik. Awak tak macam adik awak yang tak guna tu. Hanya tahu buat masalah dan larikan diri. Sebab tu saya pilih awak untuk jadi isteri abang saya. Sebab saya tahu awak boleh jaga abang saya lebih baik dari adik awak yang tak guna tu."kata Kyla sambil memandang Rayna.

"Excuse me, orang yang awak cakap adik tak guna tu, dia adik saya tau. Tolong jaga bahasa awak."kata Raykarl menegur. Adik Kyle ni kalau tak kena gaya memang dia halau dari rumah dia. Peduli apa kalau adik kawan baik pun.

"Betul kan apa yang saya cakap? Dia tu, memang adik yang tak guna. Kalau dia tu adik yang baik, dia takkan putuskan hubungan kakak dia dengan kekasih kakaknya semata-mata kerana dia sukakan kekasih kakak dia."balas Kyla membuatkan Raykarl dan Rayna terdiam.

Rayna memandang Kyla. Tentang hal tu pun Kyla tahu? Malunya dia sampai orang luar tahu tentang hal dia dan adiknya.

"So, Rayna memandangkan adik awak dah rampas kekasih awak, apa kata awak balas balik? Awak tahu kan yang abang saya tu sukakan adik awak? Apa akan jadi bila adik awak balik nanti and adik awak tahu yang Kyle sebenarnya bukan sukakan adik awak tapi Kyle sukakan awak? Mesti dia sakit hati kan?"kata Kyla sambil tersenyum sinis memandang Rayna. Dia pasti Rayna akan mengikuti rancangannya.

"Kyla!"kata Raykarl memberi amaran.

"Kenapa awak ni? Kenapa awak nak bela sangat adik awak yang tak guna tu? Awak lebih sayangkan dia dari Rayna ke? Bukan ke Rayna ni adik kesayangan awak?"kata Kyla dengan muka tidak puas hati. Dari tadi semua kata-katanya Raykarl cuba bangkang. Dia tak suka.

"Tolong jangan racun fikiran adik saya. Jangan buat dia sampai hancurkan adik dia sendiri."kata Raykarl memberi amaran. Dia tak nak gara-gara orang lain, mereka adik-beradik berpecah.

"Abang lebih sayangkan perempuan tu dari kakak ke?"tanya Rayna sambil memandang Raykarl. Dia ingin tahu sejauh mana sayang abangnya kepada dirinya.

"Rayna . . ."panggil Raykarl.

"Abang memang lebih sayangkan dia dari kakak kan? Abang lebih sayangkan dia kan?! Jawab lah!"marah Rayna sambil matanya mula mengalirkan air mata. Sampai hati abangnya buat dia macam ni.

"Nampak sangat dia sayangkan perempuan tu dari awak. Sebab tu lah dia tak setuju dengan cadangan saya nak satukan awak dengan abang saya."provok Kyla sambil memandang Rayna. Kyla tersenyum sinis memandang Raykarl yang mengetap gigi memandang dirinya. Dia tahu yang Raykarl akan kalah dengan dirinya dalam mengambil hati Rayna.

"Abang sayangkan kakak dari adik. Jangan cakap yang abang lebih sayangkan adik."kata Raykarl untuk menyedapkan hati Rayna. Dia tahu pada ketika ini Rayna amat memerlukan sokongannya.

"Betul ke? Proof it. Buktikan kat kakak yang abang lebih sayangkan kakak dari perempuan tu."kata Rayna membalas. Dia tak kira! Raykarl miliknya dan bukan milik Raysha!

"Macam mana abang nak buktikan? Cuba kakak bagitahu abang."kata Raykarl mengalah. Nak tak nak dia terpaksa mengikut rentak Rayna. Maafkan abang, adik.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 04, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bahagia Yang Tertangguh Where stories live. Discover now