Bab 66

8K 325 44
                                    

Raysha mencelikkan matanya. Dia mengerdipkan matanya beberapa kali kerana matanya sedikit pedih apabila melihat cahaya yang terlalu terang. Setelah beberapa kali, akhirnya matanya sudah sesuai dengan cahaya tersebut. Raysha memandang sekeliling bilik tersebut. Dia lihat bapanya dan Dr. Damian sedang berbincang tentang sesuatu di sofa. Nampak seperti penting sahaja. Raysha mula memasang telinga untuk mendengar perbualan bapanya dan Dr. Damian.

"Ini semua dugaan. Kau kena sabar, Mil."kata Dr. Damian sambil menepuk-nepuk bahu kawannya. Dia tahu kawannya sedih dengan kehilangan ibu bapanya. Dengan keadaan Raysha lagi. Sungguh berat dugaan kawannya.

"Ye. Aku cuba. Walaupun parent aku dah tak ada, aku masih ada orang yang sayangkan aku. Aku okey. Cuma rindu tu, aku susah nak bendung sikit."kata Tan Sri Kamil sebak. Dia sejujurnya rindukan keluarganya.

"Apa maksud ayah? Atok dan nenek dah tak ada?"tanya Raysha tiba-tiba. Dia sudah bangun dari pembaringannya. Terkejut juga dia mendengar perbualan Tan Sri Kamil dan Dr. Damian. Adakah dia penyebab atok dan neneknya . . . Meninggal?

Tan Sri Kamil dan Dr. Damian terus bangun dari duduk mereka. Terkejut dia apabila Raysha tiba-tiba bersuara. Disangkakan Raysha masih tidur. Tak sangka pula Raysha sudah sedar sebenarnya.

"Mana adalah. Atok dengan nenek ada dekat rumah. Raysha salah dengar ni."kata Tan Sri Kamil berdalih. Dia tidak mampu nak berterus terang dengan anaknya memandangkan keadaan anaknya masih lemah. Risau sekiranya Raysha kembali mengamuk lagi.

Raysha memandang Tan Sri Kamil. Setitis air matanya mulai jatuh dari matanya. Raysha tahu ayahnya sedang menipu. Sampai begitu sekali ayahnya cuba menafikan.

Tan Sri Kamil yang perasan air mata anaknya telah mengalir, terus mendekati anaknya. Dia tidak suka melihat anaknya sedih.

"Kenapa nangis ni? Raysha sakit kat mana-mana ke?"tanya Tan Sri Kamil dengan risaunya.

"I may dumb, but I'm not deaf."kata Raysha perlahan. Dia tahu ayahnya sedang berbohong kepadanya. Dia dapat rasakan semua tu.

"Raysha."panggi Tan Sri Kamil.

"Stop it. You're hurting me."kata Raysha lagi. Dia tidak mahu lagi mendengar pembohongan ayahnya. Hakikatnya, dialah penyebab kematian atok dan neneknya. Dia pembunuh!

"Raysha."kata Tan Sri Kamil sambil mengusap kepala anaknya. Dia tahu, pasti anaknya salahkan dirinya sendiri atas kematian atok dan neneknya. Tapi semua tu dah takdir. Setiap yang terjadi pasti ada sebabnya.

"Bukan salah Raysha. Atok dengan nenek pergi sebab dah ajal. Allah lebih sayangkan mereka. Raysha, kenalah banyak-banyak bersabar."pujuk Tan Sri Kamil sambil tangannya masih tidak henti mengusap kepala anaknya. Dia tahu anaknya pasti sedih.

Raysha menggelengkan kepalanya. Dia tidak mahu menerima kata-kata ayahnya. Dia tahu ayahnya cuma beralasan. Hakikatnya, dia yang telah bunuh atok dan neneknya. Dia pembunuh! Dia tak layak hidup!

"Raysha, dengar cakap ayah. Bukan salah Raysha. Jangan salahkan diri Raysha."kata Tan Sri Kamil lagi apabila Raysha masih menggelengkan kepalanya. Dia tahu anaknya susah nak terima kenyataan ni.

"Raysha dah bunuh atok dengan nenek. Kalau Raysha tak ajak atok dan nenek, mesti diorang ada lagi sekarang. Raysha yang bunuh diorang."kata Raysha sambil air matanya tidak berhenti mengalir. Dia sungguh kesal dengan tindakannya yang mengajak atok dan neneknya mengikutinya ke mahkamah.

"Raysha, jangan macam ni. Raysha baru nak sembuh. Jangan macam ni, sayang."kata Tan Sri Kamil sambil memeluk anaknya yang tidak henti-henti mengalirkan air mata. Dia tidak mahu keadaan anaknya semakin memburuk.

"Leave me alone."kata Raysha. Dia tidak mahu ada melihatnya menangis. Dia tidak mampu menahan tangisnya seperti selalu. Apa yang dia dengar tadi betul-betul membuatkannya sedih.

Bahagia Yang Tertangguh Where stories live. Discover now