Raysha berada di biliknya sambil berjalan ke kiri ke kanan. Dia mula mengingati semula apa yang terjadi sebentar tadi. Welcome to the hell? Dia mabuk ke? Kalau mabuk, takkan dia boleh lepas masuk sini? Pelik, pelik.
Ketukan di pintu menyebabkan Raysha mengangkat mukanya lalu memandang pintu. Dia lihat Zara berada di muka pintu.
"Raysha, dah jumpa peniti ke?"tanya Zara. Dia ada meminta peniti daripada Raysha semasa Raysha sedang bersembang dengan Nek Tijah.
Raysha cepat-cepat mengambil peniti dari laci meja soleknya lalu diserahkan peniti tersebut kepada Zara.
"Terima kasih. Nanti akak pulang balik, okey?"kata Zara sambil menilik peniti yang diberikan Raysha. Masih berkilat lagi peniti tersebut. Pandai Raysha jaga barang dia.
"Sama-sama. Takpe, tak payah pulang balik."kata Raysha tanpa memandang Zara. Dia kembali termenung setelah memberikan Zara peniti tersebut.
"Eh, kenapa tak pulang pulak? Kan akak dah cakap tadi, akak pinjam je?"kata Zara sambil memandang Raysha. Dia perasan sejak dari tadi, Raysha termenung. Entah apalah yang mengganggu fikirannya sekarang.
Raysha diam. Dia langsung tak mendengar pertanyaan Zara. Mindanya masih memikirkan tentang kata-kata Imran sebentar tadi.
Zara mendekati Raysha. Dia memegang bahu Raysha. Dia perasan Raysha seperti terkejut dengan perlakuannya. Sah dia termenung dari tadi.
"Raysha fikir apa? Akak perasan sejak tadi Raysha macam termenung je?"tanya Zara. Dia perasan yang pengantin baru di hadapannya ni asyik teemenung je.
Raysha menggeleng. Tanda dia tidak apa-apa.
Zara mengangguk faham. Takkan lah Raysha nak cerita semua perkara dekat dia? Dia siapa? Dia langsung takde kaitan dengan Raysha.
"Jangan lupa keluar. Nanti semua cari manalah pengantin ni."pesan Zara lalu dia keluar dari bilik tersebut.
Raysha mengangguk. Dia masih duduk di dalam bilik pengantinnya. Tiba-tiba dia teringat amaran Irfan sebelum dia akad nikah.
Batalkan perkahwinan ni Raysha! Imran cuma nak kenakan Raysha.
Betul ke apa yang Irfan cakap? Betul ke Imran hanya nak kenakan dia? Tapi sebab apa? Apa salah dia? Takkan sebab dia pernah tolak Imran dulu menyebabkan Imran marah sampai nak balas dendam macam ni?
Kalau itu yang berlaku, ini tidak adil! Bukan salah dia seorang. Kalau Imran tak terpacak depan dia, takkan dia nak tolak pulak kan? Jadi, kiranya salah dua-dua. Salah dia sebab menolak dan salah Imran yang terpacak depan dia.
Ketukan di pintu menyedarkan Raysha dari menungannya. Dia membuka pintu biliknya untuk melihat siapa yang mengetuk. Dia melihat Nek Tijah memandang ke arahnya sambil tersenyum manis.
"Raysha, Imran cari Raysha kat depan tu."kata Nek Tijah sambil menunjukkan ke arah Imran yang masih sibuk bersembang dengan beberapa orang lelaki di depan pintu rumah. Mungkin kawan-kawan dia kut. Lagi satu, dia ni tak de tempat lain ke nak bersembang? Kat depan pintu jugak nak bersembang. Menghalang laluan orang betul!
"Okey."kata Raysha lalu keluar dari biliknya. Dia berjalan mendekati Imran yang sedang bersembang dengan kawan-kawannya sambil bergelak ketawa. Entah apalah yang mereka sembangkan.
Apabila nampak sahaja Raysha datang mendekat, Imran terus menarik tangan Raysha untuk mendekatinya. Setelah itu, dia memeluk pinggang Raysha apabila Raysha telah berada di sampingnya.
"Guys, kenalkan. Ni isteri aku, Raysha."kata Imran sambil memandang satu persatu kawannya. Dia tersenyum kepada kawan-kawannya.
Imran memandang Raysha. Langsung tiada senyuman di muka Raysha. Dia ni tak tahu senyum ke jumpa orang? Buat malu aku je kalau kawan aku ingat dia ni sombong.
YOU ARE READING
Bahagia Yang Tertangguh
RomanceImpian Raysha hanyalah membahagiakan orang yang disayangi. Namun semua itu musnah akibat diceraikan dengan kejam pada usia perkahwinan yang cukup singkat. "Raysha Alya binti Kamil. Aku ceraikan kau dengan talak satu! Mulai hari ni aku tak nak tengok...