Selesai sahaja Raysha menukar bajunya di dalam bilik air, dia berlalu ke arah katilnya. Dia memandang Dr. Damian yang sedari tadi memandang segala perilakunya. Dia fikir, bila dia cakap yang dia akan datang balik hospital, dia boleh pergi sendiri. Sekali, Dr. Damian siap tunggu dia dekat luar hotel. Dia ingat lagi kata-kata Dr. Damian.
"Uncle percaya cakap Raysha, tapi Uncle tak nak ambil apa-apa risiko."kata Dr. Damian sambil membuka pintu kereta bahagian penumpang. Dia memandang Raysha.
Raysha mengerutkan dahinya.
"Uncle, Raysha . . ."
"No objection. Hurry up."kata Dr. Damian lalu menunjuk ke arah tempat duduk.
"Uncle, kereta . . ."
"Uncle uruskan. Raysha naik cepat. Kalau tak, uncle call grandma."kata Dr. Damian sambil tersenyum jahat.
"Okey-okey."kata Raysha lalu masuk ke dalam kereta. Jangan sampai grandma tahu dia masuk hospital sudah.
Raysha menarik selimut untuk menutup kakinya. Dia memandang Dr. Damian yang masih memandangnya.
"I'm done."kata Raysha sambil menayangkan muka penatnya.
Dr. Damian berjalan ke sebelah kiri katil Raysha sebelum memasangkan semula jarum air IV pada tangan kanan Raysha. Semasa dia memasang, dia perasan tangan Raysha ada kesan merah yang masih menyala. Dia pasti Raysha mencabut jarum air IV dengan kasar semasa dia hendak keluar petang tadi. Dia menggelengkan kepalanya. Ada je benda yang dia buat. Setelah selesai, dia memandang Raysha kembali.
"Good night. Have a good rest."kata Dr. Damian sebelum keluar dari bilik wad yang menempatkan Raysha.
"Okey."balas Raysha sambil menganggukkan kepalanya.
Selepas sahaja Dr. Damian keluar, Raysha menarik semula selimut yang menutupi kakinya. Dia mengambil air IV dari tempatnya dan mula turun dari katilnya. Dia lupa sesuatu. Dia lupa nak beritahu Lizzy yang dia berada di hospital. Mesti nanti Lizzy risau di tak balik-balik lagi. Dah lah sekarang sudah pukul 1 pagi.
Raysha berjalan keluar dari bilik wad nya. Raysha melihat kiri dan kanan. Langsung tiada sesiapa yang lalu lalang di situ. Memang lah tak ada orang lalu. Sekarang dah pukul 1 pagi.
Raysha terus berjalan sorang-sorang di situ. Dia cuba mencari kalau-kalau terdapat telefon awam yang boleh dia gunakan untuk menelefon Lizzy. Yelah, telefonnya kan masih ada di rumah Imran. Manalah dia sempat ambil telefonnya. Sedang dia jalan, tiba-tiba Raysha terasa seperti diekori oleh seseorang. Raysha berpaling ke belakang, namun tiada sesiapa pun. Raysha memandang ke hadapan semula. Setelah beberapa ketika, dia terasa di ekori sekali lagi. Raysha memandang ke belakang. Tetap sama. Tiada sesiapa pun. Raysha mula pelik. Malam-malam macam ni siapa pula nak ikut dia.
Akhirnya, Raysha membuat keputusan supaya jalan secara terbalik. Maknanya, dia berjalan secara reverse. Sedang dia jalan, tiba-tiba dia terlanggar sesuatu di belakangnya. Raysha berhenti sebelum mula berpaling ke belakang. Belum sempat dia berpaling, ada suatu tangan yang menutup mulutnya dan satu lagi memeluk pinggangnya. Raysha cuba melepaskan diri dari orang tersebut.
"Diam!"marah seseorang tersebut. Dia semakin mengeratkan pelukan pada pinggang dan pegangannya pada mulut Raysha.
Dari suaranya, Raysha dapat mengagak yang orang tersebut adalah seorang lelaki. Raysha yang geram terus menyiku perut lelaki tersebut. Terlepas sahaja pegangan lelaki tersebut, Raysha mula bangun untuk lari namun perancangan nya tidak berjaya apabila ada seseorang lagi yang menghalangnya dari arah yang bertentangan. Raysha buntu. Dalam keadaan dia yang tak berapa sihat ni, dia tidak rasa dia cukup kuat nak melawan kedua-dua lelaki tersebut. Kalaulah ada orang yang boleh tolong dia.
YOU ARE READING
Bahagia Yang Tertangguh
RomanceImpian Raysha hanyalah membahagiakan orang yang disayangi. Namun semua itu musnah akibat diceraikan dengan kejam pada usia perkahwinan yang cukup singkat. "Raysha Alya binti Kamil. Aku ceraikan kau dengan talak satu! Mulai hari ni aku tak nak tengok...