Madam Rose menunggu Raysha di ruang tamu dengan gelisah. Dari tadi dia cuba telefon Raysha, satu pun tak berangkat. Jam sekarang dah menunjukkan pukul 1 pagi. Dia risau sekiranya apa-apa berlaku kepada cucunya.
"Lizzy, call her."Madam Rose mengarahkan Lizzy menelefon Raysha. Mana lah tahu Raysha akan mengangkat panggilan dari Lizzy pulak.Lizzy mengangguk. Dia mula mendail nombor Raysha. Dia menunggu beberapa saat. Namun, Raysha langsung tidak mengangkat panggilan.
"I can't reach her."kata Lizzy kepada grandmanya.
Madam Rose risau. Ke manalah cucunya seorang itu pergi? Sudah pukul 1 pagi tapi masih tidak memunculkan diri.
Madam Rose memanggil pengawal peribadinya. Dia menyuruh mereka semua mencari Raysha. Risaunya makin bertambah apabila Raysha langsung tidak mengangkat panggilan.
"What should we do, grandma? I'm worried about her."kata Lizzy sambil memandang grandmanya. Jujur dia memang risaukan Raysha. Raysha dah lah tak biasa dengan tempat macam ni.
"We need to calm down. I'm also worried about her."kata Madam Rose dengan nada yang perlahan. Dia cuba untuk bertenang. Dia tidak mahu berfikir buruk tentang Raysha.
Bunyi pintu yang terbuka membuatkan Madam Rose dan Lizzy memandang ke arah situ. Dia melihat Raysha yang sedang berjalan terhuyung-sambil memegang kepalanya yang sakit.
Madam Rose dan Lizzy terus mendekati Raysha. Lizzy sempat menahan badan Raysha daripada jatuh.
"My God! What happened to you, Ray?"kata Madam Rose apabila dia perasan tangan Raysha ada luka. Dia cukup benci pada orang yang lukakan cucunya.
Raysha menggeleng. Dia tidak larat untuk bercerita kepada grandmanya. Kepalanya yang pening itu dipegang.
"Let's get her to her room."kata Madam Rose apabila dia melihat Raysha seperti tidak mampu bercakap. Dia dan Lizzy terus memimpin Raysha menuju biliknya.
Sampai sahaja di bilik Raysha, mereka meletakkan Raysha perlahan-lahan di katilnya. Lizzy membuka tudung Raysha manakala Madam Rose menyelak lengan baju Raysha. Dia terkejut apabila melihat lebam di tangan cucunya.
Lizzy yang perasan muka grandmanya berubah, melihat ke arah mata grandmanya. Dia turut terkejut apabila melihat lebam di tangan Raysha.
"Grandma . . ."
"Call Damian. He knows what to do."kata Madam Rose kepada Lizzy. Dia makin risau apabila melihat kepala Raysha yang berdarah.
Lizzy cepat-cepat mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor Damian yang merupakan doktor peribadi keluarganya. Tak sampai beberapa minit bercakap, Lizzy memutuskan panggilan.
Dia melihat semula ke arah Raysha yang masih memegang kepalanya sambil mengerutkan dahinya. Nampak seperti kepalanya sakit betul.
Tidak sampai sepuluh minit, Damian sampai. Dia terus menuju ke arah bilik Raysha seperti yang disuruh oleh Lizzy semasa dalam telefon.
Damian mengangguk. Dia terus melihat ke arah Raysha yang masih memegang kepalanya. Dia mengeluarkan beberapa peralatan doktor untuk memeriksa Raysha.
"Can you wait outside?"kata Damian kepada Madam Rose dan Lizzy. Dia tidak boleh fokus apabila ada orang mengganggu tugasnya.
Madam Rose dan Lizzy keluar dari bilik Raysha. Mereka berdua menunggu di luar semasa Damian merawat Raysha.
Setelah hampir setengah jam mereka menunggu, Damian keluar. Dia memandang Madam Rose dan Lizzy silih berganti.
"What happened to her?"tanya Madam Rose apabila dia melihat Damian keluar dari bilik Raysha.
"I think someone had drugged her."kata Damian sambil memandang ke arah Madam Rose.
YOU ARE READING
Bahagia Yang Tertangguh
RomanceImpian Raysha hanyalah membahagiakan orang yang disayangi. Namun semua itu musnah akibat diceraikan dengan kejam pada usia perkahwinan yang cukup singkat. "Raysha Alya binti Kamil. Aku ceraikan kau dengan talak satu! Mulai hari ni aku tak nak tengok...