Kyle melihat dahi Raysha yang sedang dijahit. Sepatutnya dia tidak masuk sekali, tetapi disebabkan kedegilannya, papanya membenarkan dia masuk jugak.
Kyle melihat Raysha tenang sahaja semasa papanya menjahit lukanya. Langsung dia tidak bising atau menjerit sakit semasa papanya menjahit luka Raysha. Kyle yang melihat papanya menjahit pula yang ngeri.
Selesai sahaja menjahit, Dr. Damian menampal satu plaster untuk menutup jahitan pada dahi Raysha.
"Raysha, ada rasa pening-pening atau apa ke?"tanya Dr. Damian kepada Raysha.
Raysha hanya menggeleng. Dia tidak rasa sakit ketika ini. Dia memandang Kyle yang dari tadi memandang dirinya. Sejujurnya dia rasa tak selesa dengan pandangan Kyle kepadanya sejak tadi. Raysha menarik lengan baju Dr. Damian. Meminta Dr. Damian menghalau anaknya dari sini. Dia rasa tidak selesa.
Dr. Damian yang faham akan isyarat Raysha terus menghalau Kyle dari berada di dalam bilik ni. Dia kemudiannya memandang Raysha semula.
"Raysha betul ni tak ada rasa sakit atau apa-apa?"tanya Dr. Damian sekali lagi. Dia memamdang Raysha yang seperti mengerutkan dahinya.
"Tak sakit. Uncle boleh call kan teksi tak? Raysha nak balik rumah."kata Raysha sambil memandang Dr. Damian.
"Kenapa tak balik dengan Kyle je? Kan senang."kata Dr. Damian dengan pelik. Kalau datang bersama, kenapa balik berasingan pulak?
"Uncle nak Raysha balik dengan dia? Dari tadi dia pandang Raysha macam nak telan je Raysha ni. Memang tak lah Raysha nak balik dengan dia."kata Raysha sambil membuat muka. Dia perasan yang dari tadi Kyle tak henti-henti memandang ke arahnya. Dia memang sangat-sangat tak selesa dengan keadaan tadi.
Ketawa kecil Dr. Damian mendengar kata-kata Raysha. Ya, dia pun perasan macam mana anaknya memandang Raysha. Langsung anaknya tidak lepas dari memandang Raysha sejak sampai kat sini. Apa yang dia buat pun, anaknya turut memerhati. Jadi, tak hairan lah kalau Raysha seperti ngeri dengan anaknya sikit.
"Kyle memang macam tu. Dia tu protective sikit kalau ada orang sakit dekat dengan dia. Sebab tu dia tak lepas pandang Raysha tadi. Dia takut kalau Uncle sampai buat Raysha makin sakit."terang Dr. Damian. Dia cukup kenal dengan anak sulungnya tu. Kalau orang sakit dekat dengan anaknya, pasti akan cepat sembuh.
"Tapi cara dia pandang tu ngeri. Macam nak telan orang hidup-hidup. Manalah Raysha tak takut."kata Raysha membalas. Mungkin pada pandangan dia berbeza dengan pandangan Dr. Damian.
"Let me tell you a secret, Raysha. Kyle tu sebenarnya happy pills dalam family Uncle. Kalau ada orang sedih, mesti dia dapat ceriakan orang yang sedih tu. Uncle bersyukur sangat sebab Kyle ada dengan Uncle."kata Dr. Damian membuka rahsia tentang keluarganya sedikit kepada Raysha.
Raysha hanya mengangguk. Happy pills rupanya. Patutlah ceria semacam je walaupun kena marah.
Dr. Damian mengeluh tiba-tiba menyebabkan Raysha memandang Dr. Damian.
"Kenapa Uncle?"tanya Raysha apabila Dr. Damian mengeluh tiba-tiba.
"Tak adalah. Cuma . . ."
"Uncle, Raysha tahu Raysha bukan penasihat yang baik. Tapi kalau Uncle perlukan pendengar, Raysha ada je kat sini."kata Raysha. Dia sedar yang doktor tersebut sudah banyak membantunya. Jadi, dia fikir tak salah kalau ada dia membantu Dr. Damian pulak.
"Kamu ni sama macam ayah kamu. Suka sangat nak dengar masalah orang."kata Dr. Damian kepada Raysha. Baru dia sedar satu persamaaan antara Raysha dan Tan Sri Kamil. Cuma bezanya, Tan Sri Kamil bijak memberi idea positif. Kalau dia tanya Raysha, memang habislah fikirannya melayang. Raysha suka buat keputusan dengan hatinya bukan fikirannya.
YOU ARE READING
Bahagia Yang Tertangguh
RomanceImpian Raysha hanyalah membahagiakan orang yang disayangi. Namun semua itu musnah akibat diceraikan dengan kejam pada usia perkahwinan yang cukup singkat. "Raysha Alya binti Kamil. Aku ceraikan kau dengan talak satu! Mulai hari ni aku tak nak tengok...