Ketukan di pintu membuatkan Raysha yang sedang duduk di lantai sambil memeluk lututnya, memandang ke arah pintu. Dia tiada hati nak buka pintu tersebut. Lantaklah siapa pun nak mengetuknya. Raysha kembali memandang ke arah lantai bilik tersebut.
"Puan Raysha, ni saya ada bawakan makanan ni. Bukalah pintu."kata Puan Sarina sambil mengetuk pintu bilik tersebut sekali lagi apabila tiada jawapan yang dia dengar. Dia memandang Imran yang turut memandang ke arah pintu tersebut. Dari tadi Imran berdiri di sebelahnya.
Raysha mengabaikan panggilan tersebut. Dia tidak rasa lapar walaupun dari pagi tadi dia langsung tidak menjamah apa-apa makanan.
"Puan, makanlah. Dari pagi tadi Puan tak makan."pujuk Puan Sarina lagi apabila Raysha masih tidak meyahut panggilannya.
Puan Sarina memandang Imran yang dari tadi berdiri tegak tanpa berbuat apa-apa. Hanya memandang pintu bilik yang didiami Raysha sahaja. Dia pelik melihat Imran. Sebenarnya apa yang berlaku pagi tadi? Selepas sahaja Imran menarik Raysha, dia menunggu lebih kurang sejam jugaklah di luar rumah sebelum Imran keluar dari rumah dan mula memandu keretanya keluar dari kawasan rumah.
"Biar saya yang bagi dia makan."kata Imran lalu mengambil dulang dari tangan Puan Sarina. Dia memandang Puan Sarina yang masih terjegat di depan bilik yang didiami Raysha. Dia berdeham.
Puan Sarina yang faham terus berlalu dari situ. Takkan lah dia nak menyibuk urusan Imran dan Raysha pulak.
Imran memulas pintu tersebut. Rupa-rupanya, Raysha langsung tidak mengunci pintu. Kalau dia tahu, dari awal lagi dia terjah je bilik tersebut. Tak payah tunggu Raysha membukanya. Dia memandang Raysha yang duduk di lantai sambil memeluk lututnya tanpa menghiraukan kedatangannya. Imran menutup pintu kembali sebelum menguncinya. Dia mendekati Raysha sambil memegang dulang makanan.
"Kalau kau nak bunuh diri pun, tolong jangan rumah aku. Pergi cari tempat lain."kata Imran sinis. Dia meletakkan dulang tersebut di depan Raysha yang masih memeluk lututnya.
"Habis tu, saya nak bunuh diri kat mana?"tanya Raysha kembali tanpa memandang Imran. Hatinya sakit betul dengan Imran yang berani menaikkan tangan kepadanya.
"Suka hati kau lah. Yang penting bukan dalam rumah aku."kata Imran kembali. Dia peduli apa kalau Raysha memilih untuk mati daripada hidup dengannya. Dia tak kisah. Malahan dia lebih suka sebab tak payah tengok muka acah-acah baik Raysha tu.
"Ni makan."kata Imran lalu menolak dulang tersebut mendekati Raysha.
"Saya tak lapar."kata Raysha tanpa perasaan. Dia memandang ke arah lain. Tak mahu dia memandang Imran dan juga makanan tu.
"Kau lapar ke, tak lapar ke, kau makan jugak. Aku nak kau habiskan makanan ni."kata Imran dengan tegas. Dia tak suka ada yang bantah kata-katanya.
Raysha masih di kedudukan statik. Langsung dia tak bergerak untuk mengambil makanan tersebut.
Imran mendengus. Raysha memang degil! Imran mengambil kuah masak kicap tersebut lalu diletakkan di dalam pinggan nasi. Dia menggaulkan nasi dengan menggunakan sudu sebelum menyudukan nasi tersebut lalu dihalakan ke arah mulut Raysha.
"Saya tak nak."kata Raysha. Dia tidak mahu makan. Tak faham ke?
"Kau ni memang degil kan. Makan je lah!"marah Imran. Dia memang dah hilang sabar dengan perangai degil Raysha. Jangan sampai dia memaksa.
"Saya tak lapar. Awak tak faham ke?"kata Raysha sambil membuat muka tak puas hatinya. Tak faham bahasa betul mamat ni.
Imran yang geram terus mencengkam rahang Raysha lalu cuba memasukkan nasi tersebut ke dalam mulut Raysha.
YOU ARE READING
Bahagia Yang Tertangguh
RomanceImpian Raysha hanyalah membahagiakan orang yang disayangi. Namun semua itu musnah akibat diceraikan dengan kejam pada usia perkahwinan yang cukup singkat. "Raysha Alya binti Kamil. Aku ceraikan kau dengan talak satu! Mulai hari ni aku tak nak tengok...