Bab 70

8K 251 5
                                    

Raykarl memandang Raysha yang sedang duduk di kerusi yang bertentangan dengannya. Dia mengeluh perlahan. Hari ni sudah sebulan adiknya bekerja namun setiap hari ada sahaja hal yang dilakukan oleh adiknya sehinggakan dia pening kepala memikirkannya.

"Raysha nak yang macam mana? Setiap hari abang rekomenkan, tak sampai sehari, Raysha pecat diorang. Peninglah kepala abang macam ni."kata Raykarl sambil memandang adiknya dengan lemah. Dia sudah penat sebenarnya. Ada sahaja yang tidak kena pada pandangan adiknya.

"Boleh buat kerja, tak banyak tanya dan tak menyibuk urusan orang lain."kata Raysha membalas kata-kata abangnya.

Raykarl meletakkan kepalanya di meja setelah mendengar kata-kata adiknya. Setiap hari adiknya ulang kata-kata yang sama. Mana dia nak cari orang yang boleh buat kerja, tak banyak tanya dan tak menyibuk urusan orang?

"Dik, abang dah bagi dah semua calon  yang adik cakapkan tu. Tapi satu pun adik tak suka. Semua adik pecat sesuka hati je. Mana abang nak cari lagi?"tanya Raykarl sambil memandang adiknya yang selamba sahaja mengetuk-ngetuk meja dengan jari telunjuknya.

"Semua calon abang tu, memang tahu buat kerja dan tak banyak tanya tapi suka sangat menyibuk urusan orang. Raysha tak suka. Abang cari lah sesiapa. Raysha nak, esok dia datang. Kalau dia suka menyibuk urusan orang, Raysha pecat je."kata Raysha lalu bangun dari duduknya sejurus selepas dia menghabiskan ayatnya. Dia terus berlalu keluar dari pejabat abangnya. Banyak lagi kerjanya yang terbengkalai.

Keluar sahaja dia dari bilik abangnya, Raysha terkejut apabila Kyle tiba-tiba sahaja muncul di situ. Tadi semasa dia masuk pejabat abangnya, dia tak nampak pun Kyle.

"Tangan awak okey, Alya?"tanya Kyle sambil tersenyum.

"Tangan aku, okey. Boleh tak jangan panggil aku Alya? Aku rasa peliklah."kata Raysha lalu berlalu ke arah biliknya. Tak mahu dia bersembang lama-lama dengan Kyle. Nanti tak pasal-pasal dia jadi rapat dengan Kyle pula.

Kyle hanya memandang sahaja pemergian Raysha. Entah kenapa dia dapat rasakan yang Raysha seperti mengelak dengannya. Malas mahu memikirkan prihal Raysha, Kyle terus masuk ke dalam bilik Raykarl. Masuk-masuk sahaja, di lihat Raykarl sedang meletakkan kepalanya di atas meja.

"Oi, kau dah kenapa?"tanya Kyle sambil mula menarik kerusi dan duduk bertentangan dengan Raykarl.

Raykarl mengangkat mukanya. Dia memandang kawannya dengan muka lemahnya. Dia dah rasa dah tak mampu nak bekerja dah sekarang ni. Pening betul kepalanya ketika ini. Adiknya ni betul-betul lah!

"Aku stress lah."kata Raykarl sambil menongkat dagunya. Dalam kepalanya masih lagi memikirkan siapa yang dia akan cari untuk menjadi pembantu peribadi adiknya.

"Alya? Dia buat apa pulak kali ni?"tanya Kyle sambil memandang Raykarl yang kelihatan betul-betul tertekan. Nampak benar betapa tertekannya kawannya ni.

"Kau tahu tak, dalam masa sebulan, dah 20 orang dah dia pecat. Setiap hari, tak ada seorang pun yang mampu tahan dengan dia. Mana aku tak pening? Sekarang ni, dia nak aku cari orang untuk jadi PA dia. Aku tak tahu lah siapa yang sanggup jadi PA dia."kata Raykarl lalu mengeluh berat. Memang berat betul masalah dia ni.

Kyle mengangguk-angguk mendengar kata-kata Raykarl. Bukan main dahsyat lagi si Raysha ni. 20 orang dalam masa sebulan? Gila tak gila lah budak ni.

"Sekarang ni mana aku nak cari mangsa? Dah lah dia nak esok."kata Raykarl lagi.

"Dia nak orang yang macam mana?"tanya Kyle sambil memandang kawannya yang sudah tersandar lemah pada kerusinya.

"Boleh buat kerja, tak banyak tanya dan jangan menyibuk urusan orang. Tu je. Tapi tak ada seorang pun yang boleh bertahan dengan dia. Baru setengah hari, semua dah blah dah."kata Raykarl membuka cerita. Dia fikir dalam banyak-banyak calon, mesti ada satu yang akan bertahan dengan adiknya. Tapi, hampeh.

Bahagia Yang Tertangguh Where stories live. Discover now