Imran menghempas pintu utama rumahnya. Tujuannya hanya satu. Raysha! Kali ni dia memang takkan lepaskan Raysha. Berani Raysha memukul Wani? Terkejut dia apabila Wani menelefonnya sambil menangis-nangis kerana Raysha memukulnya. Baru sekejap dia tinggalkan, dah mula buat hal balik.
Puan Sarina mendekati Imran. Terkejut dia mendengar Imran menghempas pintu utama rumahnya.
"Kenapa ni Encik? Ada masalah ke?"tanya Puan Sarina dengan risau.
"Panggil Raysha turun sekarang!"kata Imran sambil menunjuk ke arah tangga. Dia betul-betul panas hari dengan Raysha.
"Baik encik."kata Puan Sarina sambil mula mendaki tangga dan berlalu ke arah bilik Raysha. Dia mengetuk pintu bilik tersebut.
"Nanti aku call kau balik. Jangan lupa baju aku."kata Raysha lalu memutuskan panggilan. Dia meyuruh orang yang berada di pintu tersebut masuk.
"Cik Muda, Encik Imran . . . Kenapa dengan muka Cik Muda ni?"Puan Sarina terus mengubah ayatnya apabila dia perasan ada lebam di tepi bibir Raysha. Dia mula mendekati Raysha lalu melihat lebam tersebut dengan lebih dekat.
"Stop it!"kata Raysha apabila Puan Sarina asyik membelek dirinya. Dia tak suka.
Puan Sarina menjauhkan sedikit badannya dari Raysha. Dia tersenyum melihat Raysha.
"Kenapa dengan muka Cik Muda ni?"tanya Puan Sarina. Dia perlu memberitahu Madam Rose tentang keadaan Raysha.
"Jangan bagitahu sesiapa. Saya tak nak mereka tahu."kata Raysha sambil memegang lebamnya. Jelas terasa pedih apabila dia menyentuh lebamnya. Nasib baik Puan Sarina tidak tengok lengannya kerana dia memakai baju lengan panjang. Kalau tak, pasti laju sahaja Puan Sarina mengambil telefonnya dan mula mendail nombor Grandmanya. Bukan tak tahu perangai Puan Sarina.
"Tapi Cik Muda, kalau . . ."
"Saya cakap jangan kan. Awak nak saya pecat awak ke?"kata Raysha mengugut. Dia kan cucu kesayangan Grandma. Pasti Grandma akan menuruti kata-katanya.
"Jangan Cik Muda. Jangan pecat saya."kata Puan Sarina merayu.
"Awak datang sini kenapa?"tanya Raysha. Setahunya, sekarang bukan waktu makan. Waktu makan malam dah lama lepas. Sekarang ni pukul 1 pagi dah.
"Er . . .Encik Imran suruh saya panggil Cik Muda. Entah kenapa dia macam marah sangat dengan Cik Muda."kata Puan Sarina sambil menggaru-garu kepalanya.
Raysha diam. Marah? Kenapa pulak ni? Rasanya dia tak buat salah apa-apa. Malah, dia sendiri mengelak berjumpa dengan Imran. Itu pun dikatakan salah ke?
Raysha bangun dari duduknya dan mula untuk keluar dari bilik.
Puan Sarina menghalang laluan Raysha. Dia menggelengkan kepalanya.
"Jangan Cik Muda. Encik Imran nampak marah sangat. Saya takut apa-apa jadi kat Cik Muda."kata Puan Sarina sambil menghalang laluan Raysha. Dia tidak mahu apa-apa jadi kepada cucu majikannya.
Raysha mengerutkan dahinya melihat tingkah laku Puan Sarina.
"Saya tak buat salah. Kenapa nak takut?"kata Raysha lalu keluar juga dari biliknya. Dia lihat di ruang tamu Imran sedang memeluk Wani yang sedang menangis teresak-esak. Entah apalah yang sedih sangat tu. Sengaja nak ambil peluang nak peluk Imran lah tu.
Raysha menuruni tangga dengan berhati-hati. Setelah sampai di tangga terakhir, dia bergerak mendekati Imran yang masih memeluk Wani. Wani turut memeluk Imran. Apa gatal sangat dua orang ni?
"Kenapa awak panggil saya?"tanya Raysha apabila dia sudah berdiri di depan Imran.
Imran melepaskan pelukannya pada Wani. Dia menyuruh Wani supaya duduk jauh darinya dan Raysha. Dia tidak mahu Wani terkena tempias kemarahannya pada Raysha.
YOU ARE READING
Bahagia Yang Tertangguh
RomanceImpian Raysha hanyalah membahagiakan orang yang disayangi. Namun semua itu musnah akibat diceraikan dengan kejam pada usia perkahwinan yang cukup singkat. "Raysha Alya binti Kamil. Aku ceraikan kau dengan talak satu! Mulai hari ni aku tak nak tengok...