Bab 3

9.1K 287 4
                                    

Nek Tijah memandang tajam ke arah Raysha. Lain yang disuruh lain yang jadi. Dia mendekati kaki Raysha yang luka. Perlahan-lahan dia mengambil lap  lalu mengelap kaki Raysha yang luka akibat terseret di jalan.

"Sakit . . ."Raysha merengek. Walaupun luka yang ada di kaki dan tangannya tidak teruk, tapi rasa pedihnya tetap terasa.

"Tahanlah sikit. Tu lah, nenek suruh lain, lain yang dia buat. Ini lah padahnya."marah Nek Tijah. Geram pun ada sebenarnya. Dia hanya menyuruh cucunya menghantar makanan kepada suaminya. Alih-alih cucunya itu boleh balik dengan semua makanannya dah tertumpah.

Raysha mencebik. Dia hanya nak sampai cepat je, tak sangka pulak boleh sampai jatuh basikal. Ni semua salah lelaki berlagak tu. Kalau dia bagi signal takde maknanya dia sampai boleh jatuh basikal macam ni, cetus Raysha. Dalam dia sedang mengutuk lelaki tersebut, tiba-tiba Nek Tijah menekan lukanya.

"Ahhh!!!"jerit Raysha. Dia memandang neneknya yang sedang mencuci lukanya sambil tangannya sengaja menekan luka tersebut.

"Nek . . ."rengek Raysha.

"Memanglah sakit sikit. Tahan jelah. Hish! Mengadanya."balas Nek Tijah. Bukan dia tak tahu cucunya itu memang susah nak menahan sakit.

"Nenek ni macam nak balas dendam pulak. Bukan salah Raysha lah. Tadi ada mamat belagak yang tiba-tiba nak masuk simpang. Dah lah tak bagi signal. Main masuk je."kata Raysha dengan nada geram. Kalau jumpa mamat tu siap dia!

"Salah dia je ke? Kamu tak salah?"tanya Nek Tijah. Dia yakin sangat yang cucunya juga salah. Tak mungkin mamat berlagak yang dikatakan cucunya itu sahaja yang salah.

"Er . . ."Raysha terdiam. Neneknya ni memang pandai membaca fikiran orang lah.

"Raysha tak salah lah nek. Mamat tu yang salah."balas Raysha lagi. Dia memang takkan mengalah.

"Yang kamu bawa basikal laju tu. Tak salah ke?"duga Nek Tijah. Bukan dia tidak kenal cucunya macam mana. Semua benda nak cepat je. Sekali, inilah padahnya. Tak reti nak bersabar.

"Raysha kesian dengan atok. Dah lambat tapi dia tak makan lagi. Tu yang Raysha bawa laju tu."kata Raysha membela diri. Memang tak lah dia nak mengalah dengan lelaki berlagak tu.

"Kalau kamu bawa laju, kamu boleh nampak ke kalau 'mamat berlagak' tu bagi signal? Tak kan? Jadi kamu pun salah. Cuba sekali-kali fikir dulu sebelum salahkan orang lain. Ni nasib baik si Irfan tu yang tolong teman balik rumah. Kalau tak, kamu macam mana?"bebel Nek Tijah. Cucunya itu sering mencari kesalahan orang lain tanpa melihat keseluruhan cerita.

Raysha terdiam mendengar kata-kata neneknya. Ada betulnya jugak apa yang dikatakan oleh neneknya. Tapi mamat tu langsung tak minta maaf kepadanya. Nak menolongnya lagilah jauh sekali.

"Tapi nek, kalau ye pun Raysha salah, kenapa dia tak tolong Raysha tadi. Dia boleh je tengok Raysha bangun sendiri. Dah lah sakit"rungut Raysha. Dia benar-benar tidak puas hati dengan mamat berlagak tersebut.

"Mungkin dia nak jaga batas pergaulan? Takkan lah dia nak pegang tangan kamu pulak? Kan haram."balas Nek Tijah membela mamat berlagak tersebut.

Raysha menjulingkan matanya. Jaga batas pergaulan lah sangat. Yang dia tarik tangan aku tu ape? Huh! Menyampah betul.

"Hah! Tu tengah mengutuklah tu. Haish! Raysha, Raysha. Macam manalah dengan kamu kalau nenek tak de nanti."kata Nek Tijah dengan nada sayunya.

Raysha mengerutkan dahinya. "Nenek nak pergi mana?" Tanya Raysha. Sambil-sambil tu sempat matanya melihat tangan Nek Tijah yang laju sahaja mengambil kapas lalu dituangkan minyak gamat sebelum disapu ke luka Raysha.

Nek Tijah menggelengkan kepalanya. "Nenek ni kan dah tua. Mana lah tahu kalau . . ."

"Nenek. Nenek tahu kan Raysha tak suka nenek cakap macam ni. Nenek ni suka sangat buat saspen. Nek, tak semestinya kalau nenek tua nenek akan pergi dahulu. Raysha yang muda ni pun boleh pergi dulu tau."kata Raysha.

Sebaik sahaja Raysha cakap macam tu, Nek Tijah terus mencubit peha Raysha.

"Nek!!"jerit Raysha. Dahlah sakitnya tak hilang lagi. Kini di tambah pula dengan cubitan neneknya. Aduhh.

"Raysha suka cakap macam ni. Macam nak tinggalkan nenek je."kata Nek Tijah berjauh hati. Bukan apa, dia cuma geram dengan cucunya seorang ni. Kalau cakap langsung tak fikir kiri kanan. Main lepas je.

"Ala nek. Sorry lah. Raysha takde niat pun nak buat ayat sedih macam ni. Nenek yang mulakan dulu."kata Raysha sambil menutup minyak gamat yang sudah selesai digunakan. Takut tertumpah pula.

"Ada je balasan dia."kata Nek Tijah. Dia mengangkat semula bahan untuk mencuci luka Raysha. Semuanya dah selesai. Sikunya yang luka turut diletakkan minyak gamat.

Raysha memandang televisyen yang tak dihidupkan lagi. Dia mula terfikir sesuatu.

"Nek, atok punya makanan macam mana nek?"tanya Eaysha. Macam mana dia boleh melupakan atoknya yang masih berada di kebun.

Nek Tijah mendekati Raysha. "Nenek dah suruh Irfan tolong hantarkan tadi."

Ohh. Abang Irfan dah tolong hantarkan. Raysha mengangguk-anggukkan kepalanya. Dia risau jika atoknya berlapar pulak kat kebun tu.

Sebenarnya dia kesian jugak dengan Abang Irfannya. Dahlah tadi dia tinggalkan keretanya di tepi jalan sahaja. Kalau orang curi kereta tu, habislah Abang Irfan. Menangis tak berlagu dia dekat tepi jalan. Sempat lagi Raysha mengutuk Abang Irfannya.

Bahagia Yang Tertangguh Where stories live. Discover now