"Tak gunanya perempuan! Berani kau buat aku jatuh tadi?!"marah Wani sambil mengetuk-ngetuk bantal yang dia pegang. Selepas sahaja dia jatuh tadi, Irfan membawanya masuk salah satu bilik di rumah Imran. Takkan lah dia nak balik dengan baju basah-basah ni?
Amy dan Adira melihat kawannya yang mengamuk. Faham sangat dengan kawannya yang mudah sangat naik angin tu.
"I tak sangka betul yang dia berani buat you macam tu."kata Amy. Selama ni, dia hanya mendengar cerita dari Wani sahaja. Dia langsung tidak menjangka yang Raysh tu berani buat Wani terjatuh dalam kolam.
"Dia berani."kata Adira sambil memandang Amy. Dia teringat sewaktu dia dihalau okeh Raysha semasa majlis syarikat tempoh hari.
"You kenal dia ke?"tanya Wani. Dia tidak tahu pulak yang Adira kenal dengan Raysha.
"Well, perempuan tu pernah rampas boyfriend I and halau I from somewhere."kata Adira selamba. Yang bahagian rampas tu, dia anggap Raysha rampas Raykarl dari dia. Yelah, sejak dia kena halau dengan Raysha, mana Raykarl jumpa dia. Setiap kali dia menelefon, pasti Raykarl tolak.
"Really? Teruknya perempuan tu."balas Amy sambil menutup mulutnya seolah-olah terkejut.
"Yeah. You tahu tak, sampai sekarang, Raykarl langsung tak contact I. I kecewa betul."kata Adira seolah-olah patah hati. Sengaja dia tidak memberitahu hubungan Raysha dan Raykarl kepada Wani dan Amy. Dia mahu raih simpati mereka berdua.
"I nak balas dendam. I tak nak perempuan tu dekat dengan Imran."kata Wani apabila mendengar kata-kata Adira. Dia tidak boleh biarkan perempuan tak guna tu sentiasa ada dengan Imran. Dia kena jauhkan Inran dari perempuan tak guna tu.
"I ada cadangan baik punya."kata Adira sambil tersenyum penuh makna. Dia pasti, rancangan ni bukan hanya menjauhkan Imran dan Raysha, malah, membuatkan Raysha terus putus hubungan dengan Imran.
Amy dan Wani mula mendengar cadangan Adira. Mereka berdua tersenyum sinis apabila mendengar rancangan Adira. Habislah kau, Raysha.
*****
Raysha duduk di katilnya. Dia mengeluh apabila teringat pergaduhannya dengan Imran yang tidak berkesudahan."Sampai bila macam ni?"kata Raysha perlahan. Walaupun dia baru berkahwin dua minggu, pergaduhan mereka sudah seperti mereka sudah kahwin bertahun-tahun. Ada sahaja benda yang nak digaduhkan.
Sedang Raysha termenung, pintu bilik Raysha dibuka dari luar. Raysha memandang ke arah pintu yang dibuka. Kelihatan dua orang lelaki sedang masuk ke dalam biliknya lalu ditutup pintu bilik tersebut. Raysha bangun dari duduknya. Matanya masih memandang dua orang lelaki yang tersenyum memandangnya.
"Keluar. Saya tak ada masa nak main-main dengan awak berdua."kata Raysha. Dia tengah penat ni. Jangan nak berani-berani kacau dia.
"Wow! Garang doh perempuan ni. Relaxlah cik adik. Kitorang cuma nak gurau-gurau je."kata salah seorang sambik mula mendekati Raysha. Dia mengelus pipi Raysha.
Raysha menepis tangan lelaki tersebut. Sesuka hati je nak sentuh-sentuh orang.
"Jangan kurang ajar. Saya isteri orang lah."kata Raysha dengan nada marahnya.
"Relaxlah. Semua bekas Imran kitorang dah rasa. Cuma adik manis je belum."kata lelaki tersebut sebelum ketawa bersama-sama dengan kawannya.
Raysha tidak tunggu lama, terus sahaja dia bergerak ke arah pintu. Baru selangkah dia bergerak, dua lelaki tersebut menghalangnya. Kedua-dua mereka memegang tangan kanan dan kiri Raysha.
"Lepas! Kalu tak saya jerit!"kata Raysha mengugut. Dia cuba melepaskan pegangan kedua-dua lelaki tersebut dari lengannya.
Ketawa mereka berdua mendengar kata-kata Raysha. Baginya, ugutan Raysha tu tidak menakutkan. Apa yang penting, mereka berdua dah dapat habuan mereka. Mereka berdua menarik Raysha ke arah katil.
YOU ARE READING
Bahagia Yang Tertangguh
RomanceImpian Raysha hanyalah membahagiakan orang yang disayangi. Namun semua itu musnah akibat diceraikan dengan kejam pada usia perkahwinan yang cukup singkat. "Raysha Alya binti Kamil. Aku ceraikan kau dengan talak satu! Mulai hari ni aku tak nak tengok...