Raysha memeluk tubuh sambil memandang air yang keluar dari singki di dapur lalu memandang neneknya yang berwajah serius. Dia mengeluh.
"Takkan sikit pun tak boleh nek? Kalau dia yang buat macam mana?"tanya Raysha sambil mengerutkan dahinya. Neneknya ni takut sangat dia kenakan Imran.
Nek Tijah menarik telinga Raysha. Geram betul dia dengan cucunya yang seorang ni.
"Auu!! Sakitlah!"marah Raysha. Neneknya ni kalau marah memang suka tarik telingat orang. Kalau tak dapat telinga, mesti lengan atau pehanya yang menjadi mangsa.
Nek Tijah meletakkan jari telunjuknya di bibir. Dia memandang ke arah ruang tamu. Nampaknya jeritan Raysha sebentar tadi tidak didengar oleh suaminya dan Imran yang masih galak bersembang di ruang tamu. Dia memandang cucunya yang mengusap telinganya.
"Nenek tahu kamu kuat, Raysha. Nenek tahu sebab apa kamu ke KL hari tu. Lizzy dah bagitahu nenek. Jadi nenek minta sangat jangan cederakan Imran. Dia suami kamu."kata Nek Tijah dengan nada seriusnya. Dia memang tak main-main dengan kata-katanya.
"Nenek ni. Takkan lah Raysha sengaja nak cederakan dia. Kalau dia tak buat salah, buat apa Raysha melawan?"kata Raysha lagi. Cukup tak puas hati dengan neneknya. Macamlah dia ni teruk sangat.
"Ye. Memang kamu takkan melawan. Itupun kalau baran kamu tak datang. Kalau datang macam mana? Nenek minta sangat tolong kawal baran kamu tu. Bukan nenek tak tahu baran kamu tu macam mana? Nanti tak pasal-pasal patah riuk Imran tu kamu kerjakan."kata Nek Tijah. Dia cukup kenal cucunya yang seorang ni macam mana. Sekali baran dia datang, habis taufan melanda. Dia sendiri pernah menyaksikan bagaimana baran cucunya. Jadi dia risau.
Raysha mencebik. "Nek, relax lah. Raysha yang ada kat depan nenek ni memang bijak tau. Takkan Raysha nak tunjuk sisi hitam Raysha dekat dia? Mestilah Raysha akan tunjuk sisi baik Raysha. Macam mana orang kampung kenal Raysha, macam tu jugak Imran kena kenal Raysha. Apalah nenek ni."kata Raysha sambil menggelengkan kepalanya.
Nek Tijah diam. Memang orang yang tidak rapat dengan Raysha takkan tahu perangai Raysha. Dulu, selepas sahaja Raysha datang ke kampung, dia ada membuat perjanjian dengan Raysha. Raysha tidak dibenarkan membuat perkara sesuka hatinya di sini. Nek Tijah betul-betul mengongkong hidup cucunya. Semua perkara yang Raysha ingin lakukan, haruslah mendapat izin Nek Tijah.
"Raysha, nenek . . ."
"Nenek janganlah risau. Raysha janji takkan cederakan Imran. Angkat tangan dekat dia pun, takkan. Raysha tahu nenek tak suka kalau Raysha buat macam tu."kata Raysha. Dia berusaha meyakinkan neneknya. Dia tahu neneknya risau. Tapi percayalah. Sekali dia janji, dia akan tunaikan.
"Bukan. Nenek nak minta maaf. Nenek minta maaf sebab selalu ragu-ragu dengan Raysha. Nenek minta maaf sebab tak percayakan Raysha. Nenek minta maaf sebab selalu kongkong Raysha. Suruh Raysha buat itu ini walaupun Raysha tak suka. Nenek betul-betul rasa bersalah."kata Nek Tijah. Dia sedar, dia silap selama ni. Raysha, cucu yang baik. Terlalu baik sampai kadang-kadang dia mengambil kesempatan kepada Raysha.
"Nenek . . ."
"Tak. Raysha dengar dulu. Nenek tahu Raysha terkongkong dekat sini. Nenek buat Raysha janji macam-macam dengan nenek. Nenek tahu, Raysha tersiksa."kata Nek Tijah sambil mengelap air matanya yang mengalir. Dia sendiri yang membuat cucunya menderita.
"Nenek, siapa kata Raysha terkongkong? Siapa kata Raysha tersiksa? Tak ada nek. Raysha tak rasa terkongkong dan tersiksa pun. Raysha faham yang nenek cuma nak yang terbaik untuk Raysha. Sebab tu, nenek buat macam tu."kata Raysha sambil mengelap air mata neneknya yang masih tersisa. Dia tidak suka melihat air mata neneknya mengalir kerananya.
YOU ARE READING
Bahagia Yang Tertangguh
RomanceImpian Raysha hanyalah membahagiakan orang yang disayangi. Namun semua itu musnah akibat diceraikan dengan kejam pada usia perkahwinan yang cukup singkat. "Raysha Alya binti Kamil. Aku ceraikan kau dengan talak satu! Mulai hari ni aku tak nak tengok...