Bab 80

2.9K 103 6
                                    

Kyle memandang Raysha yang kelihatan dingin sahaja. Kejap! Sejak bila pulak bosnya tidak dingin?

Raysha berjalan laju meninggalkan Kyle. Sebal dia dengan Kyle. Macam mana Kyle boleh terlupa yang mereka ada mesyuarat dengan syarikat Farish?

"Cik Raysha, okey ke?"tanya Kyle dengan muka risaunya. Nampak sangat mood Raysha tidak baik.

"Saya okey ke, tak okey ke, awak sibuk kenapa?"kata Raysha dengan nada suara yang marah. Dia masih lagi geram dengan Kyle. Boleh Kyle terlupa memberitahu dirinya bahawa dia ada mesyuarat dengan Farish? Mana tak mengamuk dia?

"Er . . .saya bukan apa Cik Raysha. Cuma saya risaukan Cik Raysha. Sebab tu saya tanya."kata Kyle membalas. Tiada niat lain pun.

"Whateverlah."kata Raysha sambil berjalan ke depan. Baru selangkah dia berjalan, tiba-tiba ada yang melaungkan namanya. Raysha berpaling memandang ke arah suara orang yang memanggilnya.

Imran berjalan ke arah Raysha yang sedang memandang ke arahnya. Sampai sahaja di hadapan Raysha, dia menarik nafasnya.

"Awak nak apa?"tanya Raysha dengan dinginnya.

"Saya nak bawak awak jumpa parents saya."kata Imran serius. Dia dah nekad. Walau apapun jadi, Raysha harus menjadi miliknya.

"Saya tak tahulah nak cakap bahasa apa dengan awak ni. Saya rasa selama ni saya cakap bahasa melayu, bukan bahasa tamil. Kenapa awak tak faham-faham yang saya ni dah jadi tunang orang?"kata Raysha bengang. Sia-sia je dia terpaksa keluar date dengan Zamir kalau dia kena kahwin dengan Imran jugak.

Kyle agak terkejut mendengar kata-kata Raysha. Raysha . . .dah bertunang? Kenapa Raykarl tak pernah beritahunya soal ni?

"Saya takkan faham dan tak nak faham. Apa yang saya tahu, awak kena jadi milik saya. Jom."kata Imran serentak menarik lengan Raysha kuat.

"Lepaslah."kata Raysha sambil menarik tangannya.

Kyle segera menolong Raysha melepaskan diri dari Imran. Dia menarik lengan Raysha sehingga terlepas dari tangan Imran. Dia menarik Raysha supaya berdiri di belakangnya.

"Kau ni pekak ke? Tak dengar dia cakap lepas?"kata Kyle sambil memandang Imran. Nak tunjuk kuat bukan kat sinilah.

"Yang kau sibuk hal kitorang kenapa? Aku tak kacau kau kan? Aku cuma nak Raysha!"kata Imran kuat lalu menolak dada Kyle. Dia memandang Raysha yang mengurut-urut lengannya.

"Kalau kau nak cakap dengan dia, cakap ajelah. Tak payah nak tarik-tarik. Tak payahlah nak tunjukkan yang kau tu dayus depan orang."kata Kyle membalas. Dia cukup tak suka dengan lelaki yang macam ni. Suka tunjuk kuat depan perempuan. Ingat perempuan ni apa?

"Aku nak cakap dengan dia ke, apa ke, yang kau sibuk kenapa? Dia bukan tunang kau, bukan bini kau pun. Kau tu cuma kuli dia. Jangan lah nak belagak hero pulak."kata Imran sengaja menyakitkan hati Kyle. Dia yakin yang Kyle menaruh hati pada Raysha.

Mendengar kata-kata Imran membuatkan Kyle berasap. Baru sahaja Kyle hendak menumbuk Imran, Raysha segera menghalang dengan memegang lengan Kyle yang berlapik.

"Stop! Ini urusan saya. Awak jangan masuk campur."kata Raysha sambil melepaskan lengan Kyle yang dipegangnya untuk menghalang Kyle dari menumbuk Imran. Raysha memandang Imran.

"Buat apa saya nak jumpa parents awak? Awak nak saya cakap kat diorang yang anak diorang ni dah tak betul sebab nak kahwin dengan tunang orang?"soal Raysha sambil memandang Imran yamg kelihatan tidak berpuas hati dengan kata-katanya.

"Raysha, awak . . ."

"Saya dah buat keputusan. Saya minta maaf sebab saya takkan penuhkan janji saya kat awak. Saya tak sanggup nak kembali pada masa saya dengan awak macam dulu. Awak lupakan janji tu."kata Raysha memberitahu. Dia nekad. Apa nak jadi, jadilah. Kali ini dia pilih untuk tak tunaikan janjinya.

Bahagia Yang Tertangguh Where stories live. Discover now