Raysha membuka peti sejuk. Langsung tiada makanan untuk dia masak.
"Nak masak apa ni? Semua bahan langsung tak ada."omel Raysha seorang diri. Di dalam peti sejuk hanya ada air mineral dan jus oren.
Raysha menutup kembali peti ais tersebut. Dia mengerutkan dahinya. Apa nak makan ni? Dah lah lapar.
Imran keluar dari biliknya lalu turun dari tangga. Dia berjalan ke arah dapur. Dia melihat Raysha sedang berdiri di depan peti sejuknya. Dia tersenyum sinis sebelum masuk ke dapur dan mengambil gelas yang sudah disusun di rak. Dia mendekati peti sejuknya.
"Tepi lah!"kata Imran lalu membuka peti sejuk dan mengambil jus oren. Dia terus menuangkan air oren tersebut lalu mendekatkann gelas tersebut ke bibirnya. Baru sahaja dia hendak minum, Raysha memegang gelasnya. Terkejut dia! Nasib baik tak tumpah airnya. Dia memandang tajam ke arah Raysha.
"Kan saya cakap tak elok minum berdiri."kata Raysha dengan lembut.
Imran mendengus lalu duduk di kerusi yangbada di dapur nya. Dia baru sahaja jendak minum, Raysha menegur kembali.
"Jangan lupa baca bismillah."kata Raysha sambil memandang Imran. Dia perasan Imran mendengus sebelum baca doa dan mula minum.
Imran minum air di gelasnya. Setelah itu, dia memandang Raysha yang masih berdiri di sebelah peti sejuk. Dia perasan muka Raysha masih memandang ke arah peti sejuknya.
"Kau dah kenapa?"tanya Imran apabila Raysha asyik memandang peti sejuknya.
"Saya tak tahu nak masak apa. Peti sejuk kosong."kata Raysha tanpa memandnag Imran yang masih memandangnya.
"Memanglah kosong. Aku bukannya pernah makan kat rumah pun."kata Imran. Selama ni, dia langsung tak pernah memasak di rumahnya. Dia tinggal sendiri. Jadi buat apa bersusah payah nak masak bagai. Baik dia makan dekat luar.
"Jadi saya tak payah masak lah ni? Awak tak lapar ke?"tanya Raysha sambil memandang Imran. Takkan mamat ni langsung tak lapar? Aku dah kelaparan dah ni.
Imran mendengus. "Kita makan kat luar. Lepas tu baru beli barang."kata Imran lalu bergerak ke singki dan mula membasuh cawan yang dia gunakan sebentar tadi.
"Fifteen minutes. Lambat, tinggal."kata Imran lalu bergerak ke arah ruang tamu. Dia dari awal lagi sudah siap. Jadi dia duduk di ruang tamu lalu membuka telefonnya.
Raysha terus masuk ke dalam biliknya. Dia mengambil tudungnya lalu disarungkan ke kepalanya. Dia jugak mengambil beg tangan dan teleponnya yang terletak di atas meja. Setelah selesai, dia keluar dari biliknya dan menuju ke arah ruang tamu.
Imran yang perasan akan kehadiran Raysha, mengangkat mukanya. Dia memandang Raysha yang berdiri di sebelahnya.
"Macam ni je?"tanya Imran. Baginya pakaian Raysha terlalu simple. Dengan baju T shirt lengan panjang dan kain kembang. Eee . . .memang style kampung betul!
Raysha memandang penampilannya. Okey je. Tiada masalah pun.
"Ada apa-apa yang tak kena ke dengan pakaian saya?"tanya Raysha sambil matanya masih menilik pakaian yang dipakainya.
"Takde. Dah, jom."kata Imran lalu bangun dari duduknya. Dia bergerak ke arah pintu utama rumahnya.
Raysha turut mengikuti langkah Imran dengan cepat. Nanti kalau lambat, membebel pulak mamat sorang tu.
*****
"Nak makan apa?"tanya Imran sambil membelek buku menu. Sekarang ni mereka berada di restoran mewah. Dia sengaja nak bawa Raysha ke restoran ke sini.Raysha membelek buku menu yang berada di tangannya. Dia sebenarnya tak terasa nak makan makanan barat. Dia fikir Imran akan membawanya ke restoran biasa je. Rupa-rupanya Imran membawa nya ke restoran makanan barat.
YOU ARE READING
Bahagia Yang Tertangguh
RomanceImpian Raysha hanyalah membahagiakan orang yang disayangi. Namun semua itu musnah akibat diceraikan dengan kejam pada usia perkahwinan yang cukup singkat. "Raysha Alya binti Kamil. Aku ceraikan kau dengan talak satu! Mulai hari ni aku tak nak tengok...