Raysha menghulurkan tangan ke arah abangnya. Meminta dokumen yang dikatakan oleh ayahnya malam tadi.
Raykarl bangun dari duduknya lalu memeluk adiknya. Dia sempat menggosok-gosok kepala adiknya.
"Janganlah. Habis keronyok."kata Raysha sambil berusaha melepaskan dirinya daripada pelukan abangnya. Dia menendang lutut abangnya apabila abangnya tidak mahu melepaskan pelukan.
Raykarl melepaskan pelukan lalu memegang lututnya yang ditendang adiknya. Boleh tahan jugak tendangan adiknya ni.
Raysha duduk di kerusi. Dia mengambil dokumen yang berada di depan tempat duduk abangnya. Baru sahaja dia ingin ambil tangannya ditepis. Raysha menayangkan muka marahnya.
"Kita makan dulu. Lepas tu baru bincang, okey?"kata Raykarl sambil tersenyum. Dari tadi, dia menunggu Raysha. Langsung dia tak makan sarapan pun.
"Yelah-yelah."kata Raysha mengalah. Dia pun lapar sebenarnya. Dari malam tadi, dia langsung tak makan.
"Raysha nak fetuccine bolognese with roasted baby broccoli and lemon juice."kata Raysha lalu menutup menu. Dia meletakkan menu tersebut di atas meja. Dia memandang abangnya.
"Give me two set of fetucine bolognese with roasted baby broccoli. One lemon juice and one fresh orange."kata Raykarl lalu memyerahkan kembali menu tersebut kepada pelayan. Sempat dia mengenyit matanya ke arah pelayan tersebut.
Raysha menggelengkan kepalanya apabila dia perasan kenyitan mata abangnya kepada pelayan. Mentang-mentang lah pelayan tersebut perempuan, bukan main lagi abangnya.
"what is that?"tanya Raysha sambil melihat dokumen yang masih berada di tangan abangnya.
"Everything that you should know about KEYS Holding. Abang dah senarai pendekkan semua ni. Kalau Raysha nak lebih detail, baca fail yang ada kat pejabat abang."kata Raykarl lalu menyerahkan dokumen tersebut kepada adiknya. Dia mahu adiknya memahami semua perkara tentang syarikatnya.
Raysha mengambil dokumen tersebut. Dia mula meneliti setiap perkara dalam dokumen tersebut. Sedang dia fokus membaca dokumen, tiba-tiba kedengaran suara seseorang memanggil abangnya. Raysha mengangkat mukanya untuk melihat siapa yang memanggil abangnya.
"Hai, sayang. You buat apa kat sini? Lunch tak ajak I pun."kata seorang perempuan sebelum duduk di atas riba Raykarl.
Raykarl menolak perempuan yang duduk di ribanya. Dia tidak mahu adiknya mengamuk. Dia memandang adiknya yang mula menayangkan muka bengangnya.
Raysha menundukkan mukanya semula. Dia mula membaca semula dokumen di hadapannya. Hal abangnya, dia cuba abaikan. Dia perlu fokus memahami setiap patah perkataan dalam dokumen tersebut.
Perempuan tersebut memandang Raysha. Dia tidak suka ada yang cuba merampas teman lelakinya.
"You, siapa perempuan ni? Kenapa you jumpa dia?"tanya perempuan tersebut dengan nada gediknya.
Raysha mengangkat mukanya lalu menjeling perempuan di sebelah abangnya. Tengok muka perempuan tu je pun, dia boleh tahu niat perempuan tersebut terhadap abangnya.
"Dia . . ."
"He's my boyfriend. So, stay away from him."kata Raysha selamba. Dia tidak suka abangnya didekati oleh perempuan gedik seperti di depan matanya ni.
"What?!"jerit perempuan tersebut. Bergema suara perempuan tersebut di dalam restoran ni. Semua mata yang berada di restoran mula memandang ke arah mereka bertiga.
Raysha menghembuskan nafas kasar. Dia tidak suka situasi sekarang ni. Dia mula bangun dari duduknya. Dia memandang ke arah perempuan yang berada di di sebelah abangnya.
YOU ARE READING
Bahagia Yang Tertangguh
RomanceImpian Raysha hanyalah membahagiakan orang yang disayangi. Namun semua itu musnah akibat diceraikan dengan kejam pada usia perkahwinan yang cukup singkat. "Raysha Alya binti Kamil. Aku ceraikan kau dengan talak satu! Mulai hari ni aku tak nak tengok...