Bab 41

6.5K 237 30
                                    

Raysha terjelopok jatuh apabila ditolak Wani semasa dia mahu keluar dari pintu biliknya. Raysha memandang tajam ke arah Wani
yang pura-pura terkejut melihatnya jatuh sambil menutup mulutnya.

"Sorry. Kau kecik sangat. Tu yang aku tak nampak tu."kata Wani lalu berjalan ke arah tangga. Memang dia sengaja menolak Raysha kerana dia tak puas hati apabila Raysha duduk sebilik dengan Imran.

Raysha bangun dan mula berdiri semula. Nasib baik tangannya dah mula membaik sikit. Kalau tak, memang habis Wani ditolak oleh nya pulak. Sesuka hati je nak tolak orang. Raysha berlalu ke arah tangga untuk ke arah dapur.

Sampai sahaja di dapur, Raysha melihat meja makan sudah dipenuhi dengan makanan. Ada nasi lemak, bihun goreng dan dim sum. Raysha mengerutkan dahinya. Dim sum?

"Assalamualaikum Cik Muda. Hari ni saya masak special untuk Cik Muda."kata Puan Sarina sambil tersenyum lalu menunjukkan sepinggan dim sum di atas meja makan.

"Waalaikumussalam."balas Raysha sambil memandang ke arah sepinggan dim sum. Tiba-tiba dia teringat sesuatu.

"Macam mana tidur Cik Muda malam tadi? Nyenyak?"tanya Puan Sarina lalu mula mengambil air kopi lalu dituang ke dalam cawan yang telah dia sediakan. Untuk Raysha, dia tidak menuangkan kopi. Sebaliknya, dia mengambil susu segar dari peti ais lalu menuangkannya untuk Raysha. Tahu sangat dia akan sarapan yang selalu dimakan oleh Raysha.

Raysha diam. Takkan lah dia nak jawab yang dia mimpikan Zachary? Nanti mesti Puan Sarina risau.

"Biasa je."kata Raysha perlahan.

Sedang Raysha ingin berlalu ke ruang tamu, tiba-tiba Wani datang ke arahnya sambil tersenyum sinis. Raysha geram. Tiba-tiba satu idea jahat datang. Raysha sengaja menghalang laluan Wani dengan kakinya.

Wani jalan dengan senyuman sinisnya. Sampai sahaja di sebelah Raysha, dia langsung tak perasan kaki Raysha. Dia terlanggar kaki Raysha sehingga menyebabkan dirinya jatuh tersembam di lantai. Wani mengaduh sakit. Dia memegang lututnya yang sakit akibat jatuh. Dah lah hari ni dia ada photoshoot. Dia memandang Raysha dengan tajam.

"Sorry. Sengaja."kata Raysha lalu duduk di kerusi yang ditarik oleh Puan Sarina untuknya. Dia langsung tak ada rasa bersalah dengan apa yang dilakukannya sebentar tadi.

"Kau!!!"jerit Wani lalu bangun dari duduknya. Dia berjalan ke arah Raysha sebelum menarik rambut Raysha sehingga Raysha terdorong ke arah dirinya.

"Kau memang tak guna!!"jerit Wani sambil menarik rambut Raysha. Marah dia kepada Raysha membuak-buak apabila Raysha menyebabkan dia jatuh sebentar tadi.

Raysha turut menarik rambut Wani. Peduli apa dia dengan title kakak ipar yang digalas Wani. Baginya, sesiapa yang cari pasal dengannya, pasti dia akan balas balik!

Puan Sarina cuba meleraikan pergaduhan antara Wani dengan Raysha. Dia membantu melepaskan pegangan Wani pada rambut Raysha. Dia risau sekiranya Raysha mula serius. Memang habislah Wani dikerjakan oleh Raysha.

"Lepas!"kata Raysha. Dia betul-betul hilang sabar dengan Wani. Kali ni, Wani betul-betul dah melampau.

Puan Sarina berjaya membantu melepaskan pegangan Wani pada rambut Raysha. Dia melihat Raysha yang sudah mengetap giginya sambil memandang Wani.

Raysha mendekati Wani lalu menampar muka Wani. Puas hatinya melihat Wani yang seperti terkejut melihat Raysha yang cukup berani menamparnya.

Belum sempat Wani hendak membalas tamparan Raysha, ada tangan lain yang sudah menampar Raysha. Wani melihat orang yang menampar Raysha sebelum dia mula mengalirkan air matanya. Sengaja nak meraih simpati dari lelaki itu.

Bahagia Yang Tertangguh Where stories live. Discover now