Bab 40

7K 225 9
                                    

Raysha memerhati Wani yang sedang bergelak ketawa dengan Imran sambil menepuk-nepuk lengan Imran. Dia mengerutkan dahinya. Kenapa dia dapat rasakan sesuatu antara Imran dengan Wani?

Bukan nak prejudis, tapi kemesraan Wani dan Imran agak melampau. Melampau maksud dia, tak seperti kebiasaan adik ipar dengan kakak ipar bergaul. Mesra semacam je. Macam sepasang kekasih pun ada. Kalau mereka keluar berdua, mesti mereka dicop pasangan kekasih dan bukannya adik ipar dan kakak ipar. Tengoklah si Wani yang selamba badak je memegang lengan Imran.

Raysha bangun dari duduknya. Dia sempat mengambil telefonnya yang berada di sebelahnya. Dia berlalu ke arah pintu utama untuk ke luar rumah. Raysha sempat memerhatikan Imran dan Wani sebelum keluar. Langsung mereka berdua tak perasan akan pemergiannya. Raysha menutup pintu rumah dan berlalu ke arah kolam renang di luar rumahnya. Dia duduk di kerusi yang tersedia di situ.

"Apa yang diorang sorok ye?"kata Raysha. Firasatnya kuat ada sesuatu antara Imran dengan Wani. Bukan hari ni je dia perasan. Sejak sebelum dia dan Imran bernikah pun dia dapat rasakan sesuatu. Wani memang seperti tidak menyukai dirinya. Tapi kenapa? Lagi satu. Siapa yang Imran berdendam sehingga dia menjadi mangsa balas dendam tersebut?

Raysha cuba berfikir. Semua yang terjadi, mesti berkaitan. Takkan lah tiba-tiba je Imran nak balas dendam kepada dirinya? Mesti ada sebab. Tapi apa dan siapa? Itu Raysha harus siasat. Dia perlu tahu dengan siapa Imran berdendam.

"Cik Muda buat apa sorang-sorang kat sini? Tak teman suami ke?"tegur Puan Sarina. Pelik dia apabila melihat ke arah ruang tamu, hanya ada Wani dan Imran sahaja. Raysha pula tiada. Tu yang dia keluar ni nak mencari Raysha.

Puan Sarina berdiri di sisi Raysha sambil memandang Raysha dari tepi. Dia tahu, mesti ada sesuatu yang mengganggu fikiran Raysha. Kebiasaannya apabila Raysha duduk sorang-sorang, mesti ada masalah yang melanda dirinya. Sebab tu Raysha duduk sorang-sorang dalam keadaan gelap sekarang ni.

"No. I just want to be alone."balas Raysha. Dia tidak mahu cerita apa yang dia rasakan ni kepada orang lain. Walau apa pun, aib suaminya harus dijaga.

"Kenapa nak duduk sorang-sorang kalau ada peneman?"tanya Puan Sarina. Cucu bongsu Madam Rose memang begini. Setiap kali ada masalah, mesti dia akan simpan sorang-sorang.

"Kenapa nak ada peneman kalau kita boleh gembira bersendirian?"tanya Raysha kembali. Dia memang takkan jawab jawapan yang Puan Sarina mahukan.

"Cik Muda, tak ada siapa yang suka sendiri. Semua orang perlukan peneman."kata Puan Sarina lembut. Dia tahu kisah hidup Raysha macam mana.

"Tapi bukan saya."kata Raysha lagi. Dia lebih selesa bersendirian daripada berkumpul beramai-ramai.

"Saya tahu, Cik Muda pun perlukan peneman. Cuma Cik Muda tak perasan peneman tu siapa. Kadang-kadang, peneman tu boleh jadi orang yang tak disangka."kata Puan Sarina memujuk. Dia tahu Raysha kesepian. Hidup hanya dikelilingi wang ringgit, membuatkan kehidupan Raysha sunyi.

"Awak tak duduk di tempat saya. Awak tak faham."kata Raysha. Cuma dia yang faham diri dia. Takkan ada siapa yang faham keadaan dirinya.

"Cik Muda, saya memang tak pernah lalui apa yang Cik Muda lalui. Saya tahu, kehidupan Cik Muda sunyi. Cik Muda seolah-olah hidup sendiri walaupun Cik Muda ada segala-galanya. Tapi itu tak bermakna, Cik Muda akan kekal sendiri selama-lamanya. Buktinya, Cik Muda ada Encik Imran sekarang."kata Puan Sarina. Dia gembira apabila mendengar berita yang Raysha sudah berkahwin. Dia berharap sangat yang Raysha takkan kesunyian lagi.

"Tapi kita tak boleh berharap sangat dengan orang. Setiap kali kita berharap, setiap kali tu semuanya hilang."kata Raysha. Pengalaman hidupnya banyak memberi pengajaran kepada dirinya.

Bahagia Yang Tertangguh Where stories live. Discover now