Wani menyalam tangan suaminya yang berada di halaman rumah Imran.
"Abang hati-hati tau kat sana."pesan Wani dengan lagak gediknya.
Imran mencebik mendengar kata-kata dari Wani. Menyampah dia dengan perangai Wani yang menggedik dengan abangnya.
Irfan mengangguk. Dia memandang Imran dan Raysha yang berada di depan pintu rumah. Dia mengangkat tangannya ke arah mereka sebelum dia masuk ke dalam keretanya. Dia menghidupkan enjin lalu mula memandu kereta.
"Bye, abang. Bye . . ."kata Wani sambil melambai-lambai suaminya. Dia melihat kereta suaminya semakin menjauh.
Imran terus masuk ke dalam rumah. Malas dia menunggu Raysha dengan Wani masuk sekali.
Wani berpaling ke belakang. Dia lihat Imran sudah berlalu dari situ. Mesti Imran cemburu melihat dirinya dengan Irfan. Sebab tu dia masuk ke dalam dahulu. Wani berjalan mendekati Raysha sambil tersenyum sinis.
"Kau tak nak masuk ke? Nak aku jemput?"kata Wani sinis. Dia memandang Raysha yang jelas muka terkejutnya.
"Apa dia?"kata Raysha. Dia memang mahu Wani mengulang semula ayatnya sebentar tadi.
"Huh! Kesian kan kau ni. Muka dah lah tak cantik. Lepas tu pekak."kata Wani kemudian terus masuk ke dalam rumah. Buat macam rumahnya sendiri je.
Raysha mengetap giginya. Dah lah tak cantik. Lepas tu pekak? Kau memang menempah kubur ke apa ni? Raysha masuk ke dalam rumahnya. Dia lihat Wani sedang duduk di sofa ruang tamu sambil bersandar dengan senang lenang.
Wani menjeling Raysha sebelum dengan selambanya dia mengambil remote televisyen dan mula menghidupkannya.
Raysha membuat muka tak percaya. Selamba dia je buat macam rumah sendiri. Aku pun tak buat macam tu. Raysha terus bergerak ke arah bilik tidurnya. Panas betul hatinya dengan Wani! Tadi bukan main baik! Sekarang? Macam nenek sihir pulak! Heee . . .
Raysha duduk di katilnya. Buat masa sekarang ni, dia betul-betul kena kurangkan pergerakan tangannya. Huh! Bosan betullah tak buat apa-apa ni. Getus Raysha. Dia bukan boleh kalau asyik duduk diam je. Mesti ada je benda yang dia buat.
Bunyi telefon bimbitnya membuatkan Raysha bangun dari duduknya. Dia mendekati begnya yang diletakkan di atas meja. Pasti Imran yang letak begnya kat sini.
Raysha cuba menggerakkan tangan tetapi ikatan selimut pada badannya menghalang pergerakannya. Dia mengeluh. Susah betullah keadaan dia sekarang ni!
Raysha menundukkan badannya sehingga tangannya nya boleh mencapai isi-isi di dalam beg. Dia mula menyelongar isi di dalam begnya. Apabila telefonnya berjaya diambil, dia membawa telefonnya ke katil. Kebetulan pula, telefonnya berbunyi kembali. Dia langsung mengangkat panggilan tersebut. Dia sempat menekan punat pembesar suara. Jadi dia tidak perlu susah-susah memegang telefon.
"Ray!!!!!!"jerit Lizzy di hujung talian. Dia tahu mesti Raysha akan marah dengan perbuatannya.
"Kau dah kenapa?!"marah Raysha dengan nada terkawal. Nanti tak pasal-pasal Imran mengamuk di biliknya.
"Teman aku shopping. Jommm . . ."kata Lizzy dengan nada menggediknya. Sudah lama dia tidak keluar berdua dengan Raysha. Dulu, ketika mereka kecil, semua benda mereka lakukan bersama-sama.
"Tak nak lah."tolak Raysha. Bukan dia tidak mahu ikut Lizzy. Tetapi keadaan nya yang menghalang dia untuk turut serta. Dengan dia demam lagi. Nasib baik dia tak batuk dengan selsema. Cuma demam biasa je.
"Why?"tanya Lizzy dengan nada sedihnya. Sedihlah Raysha tak nak ikut dia.
"Cause I got something to do today."balas Raysha lancar. Ye je ada benda nak buat? Haha. Sorry, cousin.
YOU ARE READING
Bahagia Yang Tertangguh
RomanceImpian Raysha hanyalah membahagiakan orang yang disayangi. Namun semua itu musnah akibat diceraikan dengan kejam pada usia perkahwinan yang cukup singkat. "Raysha Alya binti Kamil. Aku ceraikan kau dengan talak satu! Mulai hari ni aku tak nak tengok...